Al-Quran

Friday, April 8, 2016

Perlantikan Undang Jelebu Ke 16

Berlangsung di Balai Undang Jelebu. Tujuh dari Lapan Dato' Dato' bersetuju melantik YM Dato' Mendika Akhir Zaman Mohd Azafean bin Hj Mohd Fahmi dari perut Kemin menyandang pesaka Undang tersebut.

Perlantikan telah diistiharkan oleh pemangku Undang Dato' Menteri Sah Mangku Alam Raja Sari Tuan Haji Mat Tarmizi bin Selamat sebagaimana aturan adat Luak Jelebu.






Semuga tiada lagi pahat berbunyi setelah rumah ini siap.

Dari Akhbar;

Muhamad Azafean diumum Undang Luak Jelebu

JELEBU 8 April - Pengarah urusan sebuah syarikat swasta, Muhamad Azafean Muhamad Fahmi, 39, hari ini diisytiharkan sebagai Undang Luak Jelebu yang baharu.

Majlis pengisytiharan itu dibuat di Balai Undang Luak Jelebu di Kuala Klawang dekat sini sebentar tadi.
Pengisytiharan itu dibuat oleh Dato’ Menteri Sah Mangku Raja Sehari, Datuk Tarmizi Selamat pada majlis yang turut dihadiri  tujuh daripada lapan Dato Lembaga adat Luak Jelebu. - UTUSAN ONLINE

link

*****************************************************************************

Jurutera diumum Undang Luak Jelebu ke-16

JELEBU 8 April – Pengurus Besar Jualan (Automotif) di Ichikoh (M) Sdn. Bhd., Nilai, Muhamad Azafean Muhamad Fahmi, 39, hari ini diisytiharkan sebagai Undang Luak Jelebu ke-16.
MUHAMAD AZAFEAN MUHAMAD FAHMI bersama isteri, Rozijihan Kaliwon Ahmad selepas diisytiharkan sebagai Undang Luak Jelebu ke-16 di Balai Undang Luak Jelebu, Kuala Klawang, Negeri Sembilan, semalam. Utusan/ASWAD YAHYA
Bagaimanapun, pelantikan beliau itu mencetus kontroversi apabila dianggap tidak sah oleh Datuk Menteri Sah Mangku Alam Raja Sehari, Ismail Md. Zin yang mendakwa ia dilakukan tidak mengikut aturan adat yang menjadi amalan di Luak Jelebu.
Majlis pengisytiharan pelantikan Muhamad Azafean dijalankan di Balai Undang Luak Jelebu, Kuala Klawang dekat sini pada kira-kira pukul 10 pagi ini.
Pengisytiharan itu mengakhiri penantian kira-kira hampir dua tahun berikutan kematian Undang Luak Jelebu ke-15, Datuk Mendika Menteri Akhirulzaman, Datuk Musa Wahab pada 11 September 2014.
Pengisytiharan itu dibuat oleh Datuk Menteri Sah Mangku Alam Raja Sehari, Datuk Mat Tarmizi Selamat dalam majlis yang turut dihadiri lima daripada lapan Ahli Tiang Balai Datuk Lembaga Adat Luak Jelebu.

Sebaik pengisytiharan dibuat, Muhamad Azafean dan isteri, Rozijihan Kaliwon Ahmad, 33, dijemput datang ke Balai Undang Luak Jelebu dan pengumuman pelantikan dibuat sekali lagi oleh Mat Tarmizi.

Muhamad Azafean kemudian telah dipakai tanjak sebelum lima Datuk Lembaga melafazkan ikrar taat setia dan menghadap Undang Luak Jelebu yang baharu.

Muhamad Azafean yang fasih berbahasa Jepun mempunyai kelulusan Ijazah Elektrikal dan Kejuruteraan Elektronik dari Universiti Nagasaki, Jepun dan Ijazah Bersekutu Elektronik dan Kejuruteraan Kawalan dari Kolej Kebangsaan Teknologi Sasebo, Nagasaki, Jepun.

Dalam sidang akhbar selepas majlis tersebut, Mat Tarmizi berkata, sebanyak 25 calon disenaraikan untuk jawatan Undang Luak Jelebu pada peringkat awal dengan lapan orang terpilih dalam senarai pendek.
Menurutnya, proses mengenal pasti calon layak dan sesuai mengambil masa kerana tapisan perlu dilakukan secara teliti dengan mengambil faktor seperti giliran, salasilah, ketrampilan dan kepemimpinan.

Jelasnya, beliau bersama Datuk Ombi Pangkal Maharaja Lela, Kadim Kidam akan menyembahkan pengisytiharan Undang Luak Jelebu yang baharu itu kepada Dewan Keadilan dan Undang Negeri Sembilan dalam tempoh terdekat.

Katanya, pertabalan Undang Luak Jelebu yang baharu itu juga akan dibuat mengikut kesesuaian masa dan peruntukan daripada kerajaan negeri tetapi persiapan untuk majlis itu akan mula dibuat oleh Datuk Undang Yang Ke Delapan.

Ditanya mengenai kedudukan beliau yang didakwa telah dipecat sebagai Datuk Menteri Sah Mangku Alam Raja Sehari, Mat Tarmizi memberitahu, beliau menyerahkan perkara itu kepada Undang Luak Jelebu yang baharu untuk memutuskan mengenainya.

“Kalau ikut peraturan adat, saya masih memangku jawatan Undang Luak berdasarkan surat tauliah yang dikeluarkan oleh Datuk Ombi Pangkal Maharaja Lela. Dalam masa sama, saya disokong oleh lima daripada lapan Datuk Lembaga yang telah menandatangani surat,” ujarnya.

Sementara itu, Ismail memberitahu, tindakan Mat Tarmizi mengisytiharkan nama Undang Luak Jelebu ke-16 itu bercanggah dengan aturan adat kerana ia perlu melalui persepakatan Tali Pesako dan Tali Adat.
“Setelah mendapat persepakatan tersebut, baharulah Datuk Menteri Sah Mangku Alam diiringi Tali Pesako dan Tali Adat mempersembahkan nama kepada Dewan Keadilan,” katanya.

disini

No comments: