Al-Quran

Tuesday, October 20, 2015

Kelahiran Seri Menanti, Kuala Pilah

Tunku Tan Sri Dato' Shahriman bin Tunku Sulaiman


Sedang saya mencari-cari tentang info Seri Menanti dan  Tuanku Abdul Rahman, Agung pertama saya terjumpa entry dalam blog tunkushahriman.wordpress.com tentang awal kehidupannya yang sangat indah disebuah kampung yang dikelilingi oleh bukit bukau yang menghijau ketika itu dan juga sehingga sekarang. Tidak banyak yang berubah. Itulah juga kampungku. Kecualilah tahi lembu dan juga padang golf seperti yang dicoretkannya.

Bukanlah bermaksud mengulangi apa yang ditulisnya disini tetapi hanyalah menghormati dan menghargai sumbangannya terhadap negara terutama membangunkan DARA bersama Tun Razak. Sebagai orang yang dipertanggung jawabkan tentulah bukan mudah untuk membangunkan sebuah kawasan sebesar Melaka dan negeri kelahirannya jika dicantumkan.





Y.M. Tunku Tan Sri Dato' Shahriman dilahir di Seri Menanti pada tahun 1932. Merupakan graduan universiti Malaya, Singapura. Memasuki M.C.S. atau 'Malayan Civil Service' pada tahun 1958, menyandang jawatan Penolong Setiausaha Kerajaan Perak.
1961-Urus Setia Kabinet di Jabatan Perdana Menteri
1961-1965- Pegawai Daerah Kuala Kangsar
1965-1971- Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang

Kembali semula ke Jabatan Perdana Menteri sebagai Pengarah 'Implementation Coordination and Development Adminstration' lalu menjadi Pengerusi DARA sehingga 1977 apabila ia ditubuhkan.

1974- Pengerusi Kumpulan dan Ketua  Eksekutif  Perbadanan Nasional Bhd
1976-1982-Pengerusi Malayan Bangking Corporation Bhd sekali lagi pada 1986-1989

Tunku juga menjadi Pengerusi atau Pengerusi Kumpulan antaranya:-
Goodyear, Malayawata, Tradewinds ,United Malayan Land, Ahli kepada 'Fellow Members of Institute of Banker Malaysia'

1977-Tokoh Majlis Pengkisahan Sejarah Lembaga Kemajuan Pahang Tenggara (DARA)

Sekarang Pengerusi Kebangsaan  Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSM)


sumber disini dan disini

nota kaki;
UDA -Perbadanan Pembangunan Bandar (1996)
DARA-Lembaga Kemajuan Pahang Tenggara (1972)
Uda dan Dara-dari puisi (1956) ke cerpen seterusnya ke pentas teater karya Usmang Awang



Thursday, October 8, 2015

Bakal Bandaraya Seremban

Seremban Sedia Diisytihar ‘Bandaraya’


Majlis Perbandaran Seremban (MPS) terus berkembang maju ke arah sebuah bandaraya dari sebuah pekan yang berkeluasan 31km persegi kepada sebuah perbandaran yang indah dengan keluasan 951.9km persegi apabila bergabung dengan Majlis Perbandaran Nilai (MPN).

Pada 2012, Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Haji Hasan mengumumkan bahawa cadangan untuk menggabungkan Majlis Perbandaran Seremban (MPS) dan Majlis Perbandaran Nilai (MPN) yang keduanya terletak dalam daerah Seremban bagi membentuk satu pihak berkuasa tempatan baru berstatus Majlis Bandaraya telah mendapat kelulusan dari Kerajaan Persekutuan.

MPN sekarang berperanan sebagai Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang mentadbir Daerah Seremban iaitu kawasan di luar Majlis Perbandaran Seremban tetapi berada dalam daerah Seremban.
Dalam usaha menjadi sebuah bandaraya, MPS dan MPN juga telah menggerakkan usaha transformasi iaitu inovasi imej pemetaan menggunakan kamera dari pesawat ringan tanpa pemandu iaitu Unmanned Aerial Vehicle (UAV) di Majlis Perbandaran Seremban, inisiatif Projek Hijau Lestari Kompos Sisa Makanan dan Taman Bio-Organik untuk komuniti Daerah.
Selain itu, terdapat juga pelaksanaan Projek Taman Tenaga Diperbaharui Bersepadu di bekas tapak pelupusan sampah di Pajam, pemeliharaan imej dan reka bentuk bandar Seremban serta Program Mengecat dan Mengindahkan Bangunan di kawasan Majlis Perbandaran Seremban.
Kemudahan asas, kemudahan insfrastruktur, sistem perparitan, jaringan jalan raya bersistematik dan PBT antara elemen yang perlu diambil berat agar dapat menampung keperluan asas kepadatan penduduk di kedua-dua bandar ini.
Dalam masa tiga tahun, kesemua elemen ini telah dipertingkatkan. Malah, Seremban dan Nilai kini mempunyai kemudahan yang lengkap ekoran tindakan kerajaan negeri yang sentiasa sensetif dalam hal kebajikan dan mensejahterakan rakyat.
Terbaharu, tanggal 1 Oktober lalu Yang Dipertua MPS dan MPN, Datuk Abd Halim Abd Latif telah membuat kenyataan di sebuah akhbar bahawa MPS dan MPN sentiasa berada dalam keadaan bersedia untuk diisytiharkan sebagai bandaraya.
Menurut beliau, penggabungan kedua-dua PBT ini menjadi bandaraya perlu penelitian kerana ia bukan sahaja melibatkan penggabungan dua daerah tetapi juga dua organisasi.

Dari segi kelayakan sememangnya MPS dan MPN boleh dijadikan satu entiti kerana jumlah penduduknya ramai, pendapatan tahunan tinggi, selain wujudnya kolej, universiti dan turut memenuhi syarat-syarat kelayakan untuk menjadi sebuah bandaraya.

“Dari segi syarat-syarat untuk menjadi bandaraya itu, kita sudah memenuhinya. Kita memang telah layak, cuma hendak diisytiharkan sahaja. Bila tarikh pengisytiharan Seremban sebagai bandaraya, perkara itu kita serahkan kepada kerajaan negeri untuk menentukannya,” katanya.

Abd Halim berkata, kerajaan negeri akan memilih tarikh yang sesuai untuk mengumumkan Seremban sebagai sebuah bandaraya dan pihaknya sentiasa dalam keadaan bersedia.

Namun demikian, sebelum dinaik status sebagai bandaraya, ia perlu mendapat perkenan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir dan juga Yang di-Pertuan Agong.
Pada ketika ini Malaysia sudah mempunyai 12 bandaraya seperti Kuala Lumpur, Ipoh, Kuching, Johor Bahru, Kota Kinabalu, Shah Alam, Melaka, Alor Setar, Miri, Petaling Jaya, Kuala Terengganu dan George Town.
Seremban dan Nilai yang termasuk dalam pembangunan wilayah pembesaran Lembah Kelang iaitu Malaysia Vision Valley (MVV) sebuah pembangunan holistik melibatkan keluasan tanah 1,800 ekar (108,000 hektar) dari Nilai, Seremban hingga ke Port Dickson dalam usaha Kerajaan Negeri dengan Persekutuan agar pembangunan menyempit di Lembah Klang dapat diperluaskan ke negeri ini di bawah gugusan Lembah Klang (Greater Klang Valley).
Pengisytiharannya sebagai bandaraya ke-13 di negara ini diharapkan dapat membawanya lebih pantas ke sasaran-sasaran impak dan perubahan yang dirancangkan selaras dengan dasar pembangunan dan pemodenan Negeri Sembilan 2015-2045 yang bakal dibentangkan Menteri Besar pada Disember nanti.