Al-Quran

Thursday, December 1, 2011

Skim Baru Saraan Perkhidmatan Awam?

Entah buaya entah katak
Entah iya entah tidak

Itulah pantun yang pernah aku dengar dari orang tua-tua dahulu. Posting kali ini bukanlah mengenai dua ekor spisis yang kadang-kadang duduk didua alam, tetapi mengenai kenaikan pangkat/gaji kaki tangan awam- inilah yang aku dapat dari beberapa blog.

SKIM SARAAN BARU PERKHIDMATAN AWAM (SBPA) 2011

BERIKUT MAKLUMAT TERKINI BERKAITAN SKIM SARAAN BARU PERKHIDMATAN AWAM (SBPA) 2011 :

Semua kenaikan pangkat tidak lagi bergantung kepada kekosongan jawatan tetapi bergantung kepada tahap prestasi dan syarat kelayakan...

Seseorang guru boleh mencapai ke tahap DG 54 ( 1-6 ) set
elah 25 tahun berkhidmat... Syarat sah d...lm perkhidmatan hanya 6 BULAN dan 5 HARI menduduki KURSUS INDUKSI...

Kenaikan pangkat daripada :
DG 1-1 ke DG 1-2 = 8 tahun,
DG 1-2 ke DG 1-4 = 8 tahun,
DG 1-4 ke DG 1-5 = 6 tahun
DG 1-5 ke DG 1-6 = 3 tahun

Kenaikan tahunan untuk :

DG 41...RM 230
DG 44...RM 250
DG 48...RM 270
DG 52...RM 290
DG 54...RM 320

GAJI PERMULAAN :

DG 41 ( DG 1-1 ) RM 1925....maksimum RM 6220
DG 44 ( DG 1-2 ) RM 2985....maksimum RM 7235
DG 48 ( DG 1-4 ) RM 4390....maksimum RM 8710
DG 52 ( DG 1-5 ) RM 5260....maksimum RM 9610
DG 54 ( DG 1-6 ) RM 7025....maksimum RM 11,505

Gaji kakitangan awam akan disemak setiap 3 tahun sekali, bermakna 2015 ada lagi semakan, demikian juga pada 2018...

Pada 2013 dan 2016 kadar elaun akan disemak semula,

Pada 2014 dan 2017 pelarasan gaji akan dilakukan bergantung kepada kedudukan kewangan kerajaan supaya menjelang 2020 pendapatan perkapit
an kakitangan awam pada 2020 adalah USD15,000...

• Selepas ini tiada lagi gred DG 41, 44, 48, 5
2, dan 54.... semua gred DG itu diganti dengan 1-1,1-2,1-4,1-5 dan 1-6.....( 1-3 tak ada )...

Walau apapun sama-samalah kita tunggu pekeliling dari

Wednesday, November 30, 2011

Berat Hati Berat Tangan













Sudah lama tak update blog ini, hari ini dikejutkan oleh seseorang supaya kembali kepada blog. Tapi aku tak tau apa tajuk yang baik untuk ku tulis dan ulas.

Nak cerita pasal bola sepak, sudah berminggu Negeri Sembilan menjuarai Piala Malaysia setelah mengalahkan pasukan negeri Terengganu (29/10/11), beberapa hari lepas skuad N9 juga telah mengalahkan pasukan pilihan negeri Kelantan dan mengalahkan pasukan Bangladesh 3-2.
Musim depan Negeri Sembilan akan kehilangan beberapa tonggak yang berhijrah kepasukan pilihan mereka, walau apa pun kita mengharapkan supaya N9 akan cermelang musim hadapan dan ucapkan tahniah pada mereka.

Nak ulas kemenangan pasukan kita di SEA game yang memperolehi ibu segala pingat pun dah ramai yang mengulasnye dan memberikan ucapan tahniah. Tapi kemenangan N9 juga yang masih diperkatakan orang, hehehehehehe

Saturday, June 18, 2011

Tahniah!








Foto: n9kini.com

Petikan laporan Bernama;


Qari Negeri Sembilan, Qariah Johor Johan Tilawah Peringkat Kebangsaan Ke-54

KUCHING, 17 Jun (Bernama) -- Qari Negeri Sembilan Amirahman Abas dan qariah Johor Suraya Abu Hassan muncul johan tilawah Al-Quran peringkat kebangsaan ke-54 yang berlangsung di Dewan Majlis Islam Sarawak Jumaat malam.

Mereka masing-masing menerima hadiah wang tunai RM15,000, piala pusingan, piala iringan, sijil dan pakej haji, serta mewakili Malaysia pada tilawah Al-Quran peringkat antarabangsa.

Tempat kedua dimenangi qari Perak Anuar Hasin dan qariah Sarawak Roziah Ayup yang membawa pulang wang tunai RM7,000, piala iringan, hadiah iringan dan sijil.

Pemenang tempat ketiga ialah qari Terengganu Ahmad Tirmizi Ali dan qariah Nor Azrah Ayub (johan menunggu) yang membawa pulang RM5,000, piala iringan, hadiah iringan dan sijil, manakala peserta lain menerima hadiah saguhati berupa wang tunai RM2,000, hadiah iringan dan sijil.

Hadiah disampaikan Yang Dipertua Negeri Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng dan isteri Toh Puan Norkiah.

Seramai 29 qari dan qariah dari seluruh negara mengambil bahagian pada tilawah kali ini yang bertemakan '1Malaysia, 1Ummah" dan bermula 13 Jun lepas.

-- BERNAMA

Thursday, March 24, 2011

Jubli Emas

Hari ini dinar emas bank negara diniagakan RM 4,621 = 1 oz. Emas suatu bahan galian yang berharga kepada manusia berabad abad lamanya sehinggkan bahan galian yang hitam juga kita memberi gelaran emas hitam iaitu minyak.

Bagaimana pula usia emas, adakah manusia itu akan dihargai dan disayangi? Dari segi penampilan bagaimana? Adakah pemikiran dan pengalamannya akan dihargai atau setidak-tidaknya menjadi panduan kepada yang lain-lain. Wah! banyaknya persoalan yang ada dalam kepala.

Hari ini telah sampailah umur ku menyambut Jubli Emas. Rasanya singkat sekali masa berlalu dan meninggalkan kita. Besyukur aku kepada Allah subhanahuwataala yang menjadikan dan menghidupkan aku didunia ini. Memberikan kesihatan yang sangat baik dan hidup dalam aman dan tenteram. Rasanya baru saja zaman kanak-kanak dan muda belia aku lalui. Bagaimana melalui zaman itu dengan agak payah dan mengenang zaman muda melihat ibu dan ayah membesarkan dan mmendidik aku.

Bagaimana pula agaknya episod yang selanjut selepas ini dalam meniti usia setengah abad. Melihat anak-anak membesar dengan seribu macam pancaroba. Generasi ku diasak dari perbagai sudut. Ya Allah, berilah mereka ketabahan dan janganlah Kau uji mereka sehingga mereka melupai Mu. Jauhkanlah keluarga ku dari kekufuran.

Begitulah kalau sudah menjangkau umur jubli emas, banyak yang difikirkan hal-hal keluarga sehingga kulit menjadi kendur, mata menjadi kabur, gigi mulai gugur, uban mulai bertabur semuanya itu tanda makin dekat kekubur.




Monday, March 14, 2011

Alam Terkembang Jadikan Guru

Sudah lama tidak membuat posting di blog ini. Memandangkan Facebook agak perlahan dan membosankan, kembali kesini untuk mencoret kembali.

Kembali kepada tajuk, begitulah perbidalan orang tua-tua. Apa yang ada dimuka bumi ini menjadi pedoman dan pengajaran. Alangkah indahnye dunia ini. Begitu sekali mereka menyusun kata-kata.

Photo yang baru dipoting ini diambil pada 12/03/2011 berhampiran sungai Linggi, sempadan Negeri Sembilan dengan Melaka.