Al-Quran

Saturday, August 24, 2013

Aidil Fitri Istana Seri Menanti

Sebahagian foto-foto di istana terbuka Istana Besar Seri Menanti dihari pertama aidilfitri 1434H bersamaan 8 Ogos 2013.


Tengku Ampuan Bersalaman Dengan Tetamu Istana Terbuka
Seri menanti




Pandangan Sisi Istana Seri Menanti


Pandangan Hadapan Istana Seri Menanti

Barisan Orang Ramai Menanti Bersalaman


Cenderamata Pertabalan

Monday, August 19, 2013

Ghajo Kito Bogayo Dongan 'Orang Kite'

Bagi saya sejak Tuanku Muhriz  naik takhta menjadi YPB Negeri Sembilan tidak melepaskan peluang untuk mengunjungi Istana terbuka Seri Menanti. Mengunjunginya bukan saja berpeluang  bertemu baginda dan keluarga tetapi dapat juga bertemu dengan kenalan dan kawan-kawan semasa bersekolah yang tidak jauh dari perkarangan istana turut juga hadir pada istana terbuka tersebut.

Masyarakat Orang Asli teruja bertemu 

Tuanku Muhriz



Tunku Ali Redhauddin Tuanku Muhriz beramah mesra dengan kanak-kanak ketika jamuan Aidilfitri di padang Felda Sungai Lui, Jempol, Negeri Sembilan, semalam.

JEMPOL 18 Ogos - Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir berkenan hadir pada majlis jamuan Aidilfitri anjuran Istana Besar Seri Menanti yang diadakan di padang awam Felda Sungai Lui dekat sini hari ini.

Turut berangkat Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud serta dua putera baginda, Tunku Besar Seri Menanti, Tunku Ali Redhauddin Tuanku Muhriz dan Tunku Zain Al-Abidin Tuanku Muhriz.

Majlis sambutan berkenaan turut dihadiri hampir 6,000 tetamu yang terdiri daripada penduduk sekitar yang gembira dapat bertemu secara lebih dekat dengan keluarga diraja Negeri Sembilan ini.
Menurut penduduk Kampung Orang Asli Sungai Lui, Junus Tahir, 67, kehadiran Tuanku Muhriz serta keluarga baginda pada majlis sambutan Aidilfitri di padang awam itu menunjukkan rasa kasih baginda terhadap rakyat, sekali gus dapat bersama-sama beramah mesra.

''Kita berasa amat bertuah kerana dapat bertemu dengan Tuanku Muhriz dan ahli keluarga baginda.
''Baginda bersedia untuk bertemu rakyat, mengetepikan suasana di istana dan dapat bersama-sama menikmati hidangan dalam suasana paling ceria dan muhibah ini," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Tegasnya, putera baginda juga begitu mesra dengan penduduk serta mengetepikan hal berkaitan protokol istana dan sanggup melayan rakyat dengan baik.

''Jika tahun ini kawasan Felda ini menjadi pilihan Tuanku Muhriz untuk turun mencemar duli dalam majlis Aidilfitri, kita berharap suatu masa nanti, keluarga diraja dapat pula memilih perkampungan Orang Asli sebagai tempat sambutan perayaan ini," jelasnya.
Sementara itu, Nor Hayati Abdullah, 20 berkata, dia berbangga kerana diberi peluang membuat persembahan pada majlis itu.

''Hari ini, seramai lapan belia dari Kampung Orang Asli Sungai Lui dipilih untuk membuat persembahan menyambut ketibaan rombongan diraja ini. Ini satu kebanggaan kepada kami," jelasnya.
Bagi Rina Buta, 44, dari Kampung Orang Asli Batu 17, Jelebu pula, ini merupakan kali pertama dia dapat menatap wajah Tuanku Muhriz secara dekat.
''Sebelum ini, kita hanya melihat wajahnya daripada akhbar dan poster. Tetapi hari ini, kita bersama penduduk Orang Asli lainnya dapat beramah mesra dengan keluarga diraja. Baginda sekeluarga adalah raja yang baik," katanya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Selatan/20130819/ws_02/Masyarakat-Orang-Asli-teruja-bertemu-Tuanku-Muhriz#ixzz2cRahNZiU

Wednesday, August 7, 2013

Selamat Hari Raya ( aidilfitri 1434H)

Sewaktu masih lagi kanak-kanak hari raya sangat ditunggu-tunggu apalagi mendapat baju baru dan kasut baru. Walaupun hanya dibeli disebuah pekan kecil sudah tentulah pakaian tanpa jenama. Tetapi hati riang menerimanya. Pakaian dibeli lama sebelum hari raya menjelang. kadang-kadang sebulan sebelum lebaran. Pasti baju yang simpan didalam almari dijenguk hampir setiap hari yang kasutnya pula diletak dibawah katil dijenguk sebelum tidur. Maklumlah dulu mendapatkan pakaian baru hanyalah setahun sekali kalau nasib agak kurang baik pakaian lama warisan dari abang atau kakak menjadi pakai raya.



Seawal pagi menunggu kawan-kawan datang menggayakan baju baru masing-masing. Bejalan dari rumah ke rumah sudah dirancang awal-awal lagi. Waktu itu bukanlah mengumpulkan duit raya jadi keutamaan tapi kebebasan itu yang sangat dihargai. Kalau ada pun duit raya hanyalah 10sen atau 20 sen, rumah orang yang berada sedikit dapatlah 50sen. Bandingkanlah dengan anak-anak sekarang.



Masa beredar zaman berubah, sekarang waktunya pula menunggu kanak-kanak datang yang hanya mengharapkan "duit raya". Kueh raya ketupat dan lemang langsung susah nak dijamah. Dengan seteguk air masing-masing sudah mula memohon diri dan kita pun telah maklum akan kedatangan mereka itu selagi tuan rumah datang tak bersalaman selagi itulah mereka melekat dikerusi.



Sesekali cuba interview mereka. Anak-anak ini mempunyai target tertentu dalam satu satu hari ,handphone
 i pad atau kemera menjadi idaman mereka, usah haraplah duit itu sampai ketangan ibu atau bapa mereka.



Apapun kemerapuan aku ini tidak bertujuan menyakit hati sesapa. Tiada kenemengena pada yang hidup ataupun yang mati. Kepada perantau selamat mengesat air mata.....