Al-Quran

Sunday, May 11, 2008

Penghargaan untuk ibu-ibu

Bermula dengan hari pekerja, hari ibu, hari belia, hari jururawat hari guru . Juga hari penubuhan UMNO. Pendek kata bulan Mei lah yang untung mempunyai bermacam-macam hari didalamnya. Kebetulan hari aku menulis ini pada 10 hb Mei dan besok ialah hari ibu jadi aku fokos pada hari ibu. Kerana ibulah segala-galanya bagi anak-anak, dari lahir, merawat dan membesarkan kita disamping jasa ayah. Beruntunglah bagi sesiapa yang masih mempunya ibu didunia ini dan marilah kita sedekahkan al-fatihah bagi ibu-ibu yang telah meninggalkan kita. Kerana doa anak yang soleh sahaja dapat membahgiakan mereka disana. Amin.


video

Pada sesiapa yang masih mempunya ibu/umi/emak/bonda atau apa jua panggilan buat mereka janganlah sesekali melukai hati mereka. Ingatlah susah payah mereka hatta kerana seekor nyamuk pun mereka sanggup bersengkang mata. Ingat kasih mereka sampai bila-bila. Tanpa ibu siapalah kita sebagai anak yang dapat menghirup udara dan melihat dunai yang indah ini.

Video ini bukan saja hiburan tetapi juga pengajaran yang patut di ikuti. Terima kasih kepada pembuat video ini. Dongalah orang kampung den nyanyi ni.


video

Thursday, May 8, 2008

Takanang Jo Kampung

Bagaimana dengan sifat kemelayuan semua? Cubalah renungkan Video ini. Ada sesetengan orang kita yang kulit tak berapa putih ingin menjadi orang putih. Bermata hitam atau coklat ingin bermata biru. Semua ingin ditiru bertindik ditelinga itu sudah lumrah, bagaimana satu telinga ditindik lebih dari satu. Anak melayu sudah pandai bertindik hidung,kalau dulu hidung yang bertindik aku perhatikan adalah aci-aci dipekan kecil tempat aku tinggal.

Maaf Raymond aku pinjam kau punya video. Video lagu Raymond ini sangat bermakna bagi aku, sementara terkenagkan kampung dan kawan-kawan lama ianya sebagai sindiran jua bagi anak anak muda sekarang.
video

Thursday, May 1, 2008

Masa Kini

Cuti baru baru ini den ambik kosompek an balik kampung jalan jalan bawak anak anak menunjukkan sokolah lamo den,memang lamo pokok-pokok pun dan tinggi mungkin yang baru tanam yang ado sokarang ni. Kalau dari luar paga ni memang susahlah nak nyongok kodalam. Paga pulak tak macam dulu, sekarang dah bertembok dulu pintu masuk dopan ni ado duo, satu untuk masuk dan satu lai untuk keluar. Pintu paga yang ado dalam gamba ni maso den dulu untuk keluar. Pintu paga yang lai satu tompek eh bolah kiri tembok nama sekolah tu. Memang tak banyak yang borubah.Maso PRU12 dulu den ngundi disini, dapeklah den masuk.Tak banyak tompek yang den poi nyongok. Tompek den ambil gambar tahun 1968 tu dah todoh dek pokok. Dah 40 tahun.Bilik guru latar gambar tu tak lai pakai tinggap nako. Wah lawa jugak nampak eh. Tandas eh pun boggoseh dan cantik. Tahniahlah.
Tambahan:
Masa balik rajo bogolek tempoh hari lai sekali den masuk kawasan sekolah ni, tompang parking keto. Memang ramailah orang malam tu, sampai kek sini parking. Yang tak sodap eh donga corito kawasan sekolah ni nak kono ambik, oleh sapo kito nantikan ajo, apo projek dan sapo punyo. Sodeh jugo nonga eh. Kek sapo-sapo yang bokonaan tu cubolah cari tompek lain kalau iapon.