Al-Quran

Tuesday, December 7, 2010

Selamat Menyambut Maal Hijrah 1432



Bertambah umur kita setahun lagi- bertambahkah amal kita? Semuga dengan pertambahan umur akan bertambahlah iman dan takwa kepada Allah. Semuga kita dalam peliharaan Allah untuk selamanya.

Monday, August 30, 2010

Malam Lailatul Qadar Malam Merdeka




Malam ini adalah malam ke 21 dalam bulan ramadhan untuk tahun ini. Ulama menyarankan agar melipatgandakan amalam untuk malam 10 yang terakhir ini. Ada yang menyatakan maghrib, isyak dan taraweh telah mencukupi, ada yang menganjurkan di penghujung malam, ada juga yang menganjurkan sepertiga malam dan tidak kurang dikeseluruhan malam. Dimanakah kedudukan (aku)/ kita? Beserdahana mungkin jawapan yang sesuai



Besok juga adalah hari ulangtahun kemerdekaan Malaysia yang ke 53 dengan tema 1 Malaysia Menjana Tranformasi. Syukur juga malam kemerdekaan ini jatuh dalam bulan ramadhan - acara huburan banyak dikurangkan, setidak tidaknya. Sembilan bulan nanti Malaysia juga tidak menanti kelahiran yang tidak diingini.

Wednesday, August 25, 2010

Ramadhan Dah Setengah Bulan




Diam tak diam ramadhan tahun ini telah berlalu 15 hari. Teringat masa dulu-dulu kepala dah berdegar kelantai surau, imam masih lagi tegak berdiri, tersasul beb. (janganlah diperdebatkan soal kunut ini hendaknya...)

Ustaz-ustaz menyarankan supaya kita melipat gandakan lagi ibadah pada 15 hari terakhir ini. Ada mengatakan 15 hari terakhir ini malam yang teristimewa akan berlaku dalam salah satu malam ini. Tetapi apa yang berlaku orang telah mulai kurang dan saf makin pendek. Malam rahmat malam seribu bulan semuga dipertemukan...

Sunday, June 20, 2010

Selamat Hari Bapa



Hanya klip ini yang termampu aku buat untuk mengenangmu. Untuk seorang ayah yang aku rindukan, selamanya. Bukan hari ini saja untuk mengingatimu tapi setiap masa. Semuga engkau dalam rahmat Allah disana. Doa dari anakmu ini tidak akan pernah padam.

Kepada golongan bapa aku mengucapkan selamat hari bapa.

Friday, June 11, 2010

SUKMA DAN PIALA DUNIA FIFA

Minggu ini penuh dengan aktiviti sukan dengan Sukma ke 13 di Melaka dari 10 Jun hingga 19 Jun 2010 disertai 15 kontijen dan Piala Dunia FIFA di Afrika Selatan yang bermula hari ini hingga 12 Julai nanti dan disertai 35 pasukan, yang manakah menjadi tumpuan kita sebenarnya. Pastinya piala dunia akan menjadi buah mulut pengemar sukan tersebut selain nama-nama pemainnya yang menjadi pooojaan hati. Malam ini Afrika Selatan (tuan rumah) akan menentang Maxico sebagai perlawanan pembukaan. Apakah kita hanya menjadi penonton saja kepada piala dunia tersebut? Apakah Sukma tidak dapat mencungkil bakat yang boleh sebenar-benarnya diketengahkan? Disukan apa sekalipun. Apakah kita hanya layak untuk bertaruh atau istilah lainnya berjudi dengan sukan saja? (Ada pulak judi "halal" ye, keh...keh...keh).

Kepada peminat sukan khususnya bola sepak jangan lupa tugasan yang lain...Dan inilah lagu tema Piala Dunia 2010 sebagai hiburan semata.

Sunday, May 16, 2010

"Selamat Menyambut Hari Guru, Cikgu!"

Guru Pembina Negara Bangsa
Salam semua terutama kepada guru-guru yang penuh didikasi kepada profesyennya. Sesungguhnya budi dan jasa guru akan kita ingat selama-lamanya dan seharusnya begitu. Kepada guru-guru yang telah kembali menemui maha pencipta marilah menghadiahkan pahala al-fatihah untuk mereka.





Dan selamat menyambut hari guru



Friday, May 14, 2010

Hari Belia Negara

Teringat masa aktif berpesatuan dahulu selain dihantar berkursus khemah kerja,workshop dan sebagainya hari belia juga dinantikan. Pada masa itu belia yang berpesatuan dan yang tidak , tidak pernah mendengar merempit, bohsia,bohjan dan segala macam lagi lagi. Pernah juga aku menyambut hari ini di padang TPCA di Kg Baru Kuala Lumpur yang dirasmikan oleh Datuk Musa Hitam (sekarang Tun)bersama kawan-kawan dari persatuan Kawan Sebelia Kuala Lumpur(KSKL). Habis acara terus saja balik kerumah - tak adolah nak melencong tompek lain lai.
Selamat menyambur hari belia; Belia Kreatif Pemacu Pembangunan Negara




Tuesday, March 9, 2010

Selamat Ulang Tahun Sayang


Syukur, alhamdulillah umurnya telah meningkat ke dua belas tahun. Semuga kamu akan menjadi, sesuai dengan namanya yang tidak mengejar kemewahan dan aman dan bahagia, semuga begitulah!!!
Umur sekarang ini adalah umur yang penuh tenaga dan semangat. Anak-anak ku gunakanlah tenaga dan semangat itu kejalan yang lebih baik dari sekarang.
Pesan orang-orang yang lebih tua hendah diambil ingatan. Siapa jua yang menunjukkan jalan kepada kebaikkan adalah guru, guru perlu dihormati.
Alam sekeliling juga adalah guru, guru yang tanpa berkata-kata.

Friday, February 26, 2010

Kelahiran Junjungan



Segala puji bagi Allah, Selawat dan salam ke atas junjungan, Rasullullah kekasih, kaum kerabat,keluarga dan sahabat-sahabat baginda. Semuga syafaatnya bersama kita nanti. Anak-anakku sewajarnyalah baginda menjadi idola dan contoh yang patut kita ikuti. bukannya artis, bintang pelem filem) atau sapa-sapa saja melainkan baginda nabi dan rasul terakhir utusan Allah pembawa rahmat.


Beberapa fakta tentang Nabi Muhammad salallah alaihi wasalam:
1. Ibunya bernama Aminah bt Wahb

2.Dilahirkan di Mekah wafat di Madinah

3.Lahir sebagai anak yatim bapanya bernama Abdullah anak kepada Abd Mutalib

4. Menyampaikan kutbah terakhir di musim haji tahun 10 hijrah, antaranya,

"Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu, dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.
"Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu, segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.
"Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.
"Wahai manusia sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak ke atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak diberikan makan dan pakaian, dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.
"Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah solat lima waktu, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadah haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal saleh.
"Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.
"Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Qur'an dan Sunnahku.
"Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba-Mu."

Thursday, February 25, 2010

Ulang Tahun Pertama Zarifah Arifah

Foto 25022009 Foto 26052009

Syukur pada Allah kerana telah memberikan kesihatan dan seyuman kepada ayah dan ibu mu. Pada usia begini untuk membesar kau anakku menuntut kesabaran, keletihan melayan kerenah tetapi bila kau senyum dan ketawa semuanya hilang bak debu yang beterbangan.

Foto 31052009 Foto 02012010

Semuga kesihatan sentiasa bersama mu dan diberikan kesihatan yang baik dan yang penting menjadi anak yang solehah, amin.

Foto 25022010 Foto 25022010







Sunday, January 17, 2010

Jumpo Kawan Lamo







Besar sungguh nikmat dan peluang hari ini kerana dapat menghadirkan diri kemajlis walimatiurus anak kepada kawan sepersekolahan dulu, bapanya orang Buyau dan emaknya orang Tanah Datar (Tedatar bahasa sini). Majlis diadakan di Taman Cempaka, Seremban (Somban).


Menghadirkan diri bukan sahaja kerana majlis itu tetapi ingin berjumpa kawan-kawan lama, syukur juga ada juga dua tiga orang dapat berjumpa kembali. Mungkin juga diatas kelewatan sampai membuatkan aku terlepas peluang untuk bertemu lebih ramai lagi. Tak apalah bukan rezeki kali ini...

Perbilangan adat atau pepatah petitih dalam hal perkahwinan atau somondo monyomondo antaranya seperti berikut;



Kok nak menghubung nak panjang


Kok nak menyibar nak lebar

Datang berjemput dengan adat


Pergi dihantar sepanjang adat



Untung anak lelaki ditanya-tanyakan


Untung anak perempuan dinanti-nantikan


Diakuk-akukkan


Diminyak-minyakkan










Dah telanjur sampai Somban ni bbudak-budak ni nak bocomporo kek Ulu Bondo, ikut yolah sambil tu buleh yo nengok jalan baru Ulu Bendul


Wednesday, January 13, 2010

Keputeraan Ke 62 DYMM Yamtuan Negeri Sembilan


Esok 14 Feb 2010
Perkataan "Yamtuan" popular dituturkan oleh orang-orang tua dahulu, masih dalam ingatan lagi bagaimana uwan (nenek) menuturkan masa aku masih lagi anak-anak. "Tak lamo lai hari jadi Yamtuan, nak nengok rajo bogolek jangan main paneh, nanti domam."

Hari Jadi ke 62 adalah Hari Jadi yang pertama bagi Tuanku Muhriz diraikan sebagai Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan. Rakyat mengucapkan selamat kepada tuanku. Dirgahayu tuanku!!!

Rajo bogolek masa dulu penuh permainan disekeliling padang di Senanti. (Senanti= Seri Menanti)Orang berjualan pun banyak. Ramai yang beniaga sambilan seperti bulan Ramadhan sekarang ini. Kacang putih, jagung rebus tapi yang paling sodap teghaso sampai sekarang ni sotong kering titik atau sotong bakar, peralatannya hanyalah takong getah dibuat dapur membakar arang, ketulan kayu beruti sebagai alas untuk menitik sotong, penukul besi (tukul besi? yang siang tadi buat betukang rumah)dan diterangi lampu kabait. Itu semua nostalgia masa kanak-kanak, alangkah indahnya jika dapat dipusing masa itu.

Permainan rakyat disekeliling padang Senanti bukan saja terdiri dari tradisional melayu tapi meliputi seluruh kaum, makyong, wayang cina hinggakan pemainan orang asli pun diadakan. Wayang penganda (propanganda) tiap-tiap malam. Ceritanya tak lain tak bukan memajukan pertanian dan kehidupan orang kampung, heronya tentulah Tengku Abdul Rahman ataupun Tun Razak. Paling tidak pun penghulu atau DO akan berucap antara pertukaran ril filem. Tanpa kenderaan seperti sekarang ini rakyat penuh membanjiri padang tersebut. Ah! Itu semua nostalgia rajo bogolek.