Al-Quran

Friday, July 30, 2021

 Dari

Alhamdulillah, pada pagi Rabu saya telah berpeluang menyertai program Pusat Pemberian Vaksin Bergerak (PPVB) oleh Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) bagi penduduk di Seri Menanti, Kuala Pilah, Negeri Sembilan.
Program PPVB Seri Menanti di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) ini bermula 26 - 30 Julai 2021 dengan sasaran liputan 80% penduduk iaitu seramai 2500 orang diberikan vaksin COVID-19 dos pertama.
PPVB sebegini adalah bertujuan untuk menyediakan akses yang lebih luas kepada masyarakat luar bandar untuk mendapatkan vaksin, terutamanya bagi mereka yang masih belum mendaftar untuk vaksinasi di bawah PICK atau pun belum menerima tarikh temujanji melalui aplikasi MySejahtera.
Sehingga 28 Julai 2021, seramai 1728 orang penduduk di sekitar Seri Menanti telah divaksinasi melalui dua kaedah penyampaian:
1. Pusat pemberian vaksin satelit di Seri Menanti Resort bagi individu yang stabil; atau
2. Lawatan rumah ke rumah dalam kawasan Seri Menanti bagi pesakit yang terlantar di rumah atau warga emas/OKU yang tiada kemampuan fizikal/mental untuk hadir ke PPV.
Program ini adalah hasil kerjasama pelbagai pihak iaitu HCTM UKM, Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Institut Pengajian Tinggi (IPT), Pasukan Petugas Khas Imunisasi COVID-19 (CITF) dan Jabatan Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan, KKM. Bantuan juga diberikan oleh Pejabat Daerah Kuala Pilah, pihak berkuasa tempatan, pemimpin masyarakat tempatan, ketua-ketua kampung, PDRM dan lain-lain agensi.
Jutaan terima kasih diucapkan kepada kesemua sukarelawan, petugas dan pemimpin masyarakat tempatan yang telah memberikan kerjasama yang baik dalam menjayakan program ini. Penghargaan khusus diberikan kepada pihak Seri Menanti Resort yang telah membenarkan penggunaan fasiliti hotel sepanjang program secara percuma. Bagi mengatasi cabaran liputan internet yang terhad di kawasan luar bandar pula, sebuah syarikat telco swasta telah menyediakan perkhidmatan internet demi kelancaran pengoperasian PPVB ini tanpa sebarang caj.
Semoga segala usaha ini akan dapat membantu negara dalam mencapai sasaran liputan imunisasi kelompok dengan secepat mungkin.
Lindung Diri, Lindung Semua
Facebook Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah






Ini keseluruhan kes pada 29/7/2021






Tuesday, May 26, 2020

Kes Covid-19


Hari ini daerah Jelebu telah diistiharkan sebagai zon hijau.

Kenyataan Akhbar KPK 26 Mei 2020 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

STATUS TERKINI KES DISAHKAN COVID-19 YANG TELAH PULIH

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa terdapat 62 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan telah discaj daripada wad adalah sebanyak 6,041 kes (79.4 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

BM DATA KES SETIAP NEGERI 26 Mei-01

STATUS TERKINI KES COVID-19 DI MALAYSIA

Sehingga 26 Mei 2020 pukul 12:00 tengah hari, terdapat 187 kes baharu yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 7,604 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 1,448 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Sehingga kini, seramai lapan (8) kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Daripada jumlah tersebut, lima (5) kes memerlukan bantuan pernafasan.

Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dimaklumkan bahawa tiada kes kematian berkaitan COVID-19 setakat ini. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia kekal sebanyak 115 kes (1.51 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Ingin dimaklumkan daripada 187 kes baru yang dilaporkan, 10 kes adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara (iaitu tujuh (7) warganegara Malaysia dan tiga (3) pemastautin tetap / pasangan kepada warganegara Malaysia). Daripada 177 kes penularan tempatan, 173 kes adalah bukan warganegara Malaysia di mana 155 kes telah dikesan di Depot Tahanan Imigresen (DTI) Bukit Jalil, dan 13 kes daripada Kluster Pengawal Keselamatan Cheras.

Kes penularan tempatan di kalangan warganegara Malaysia adalah empat (4) kes sahaja.

graf-NEW-Purple-Update-case-number-covid-19 (10)

SITUASI TERKINI KLUSTER DEPOT TAHANAN IMIGRESEN (DTI) DI SEPANG, BUKIT JALIL DAN SEMENYIH

KKM ingin memaklumkan status terkini ketiga-tiga kluster Depot Tahanan Imigresen di Sepang, Bukit Jalil dan juga Semenyih, iaitu seperti berikut:

Depot TahananJumlah Sampel DiambilJumlah Kes PositifJumlah Kes NegatifMenunggu Keputusan**BWN
DTI Bukit Jalil1,543

(1,420 *OKT;

123 kakitangan)

2811,082180281
DTI Semenyih1,758

(1,630 *OKT;

128 kakitangan)

66

(1 kakitangan)

1,35533765
DTI Sepang1,450

(1,348 *OKT;

102 kakitangan)

361,405936

STATUS TERKINI KLUSTER-KLUSTER TAPAK PEMBINAAN 

Sehingga 26 Mei 2020 jam 12 tengah hari, KKM telah mengesan sebanyak 3 buah kluster yang melibatkan tapak pembinaan. Setakat ini, 88 kes positif COVID-19 telah dikesan dari semua tapak pembinaan tersebut, iaitu:

  1. Kluster Tapak Pembinaan Kuala Lumpur di mana daripada jumlah 488 sampel yang telah diambil:
    • 31 kes positif COVID-19 dikesan yang merangkumi 29 warga Bangladesh dan dua (2) warga Indonesia;
    • 457 kes negatif COVID-19.
  1. Kluster Tapak Pembinaan Setia Alam di mana daripada jumlah 91 sampel yang telah diambil:
    • 13 kes positif COVID-19 dikesan yang terdiri daripada semua warga Bangladesh;
    • 78 kes negatif COVID-19.
  1. Kluster Tapak Pembinaan Kuala Lumpur 2 di mana daripada jumlah 350 sampel yang telah diambil:
    • 44 kes positif COVID-19 dikesan yang merangkumi 34 warga Bangladesh, sembilan (9) warga Indonesia dan satu (1) warga Malaysia; (dikesan pada 25 Mei 2020)
    • 306 kes negatif COVID-19.

Ingin dimaklumkan bahawa kluster-kluster ini dikenalpasti susulan arahan saringan pekerja asing bagi industri pembinaan terutamanya di zon merah di Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Ini adalah sepertimana yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN). Setakat 26 Mei 2020, seramai 27,383 pekerja di tapak binaan telah disaring COVID-19 oleh majikan masing-masing.

Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan (JKWP) Kuala Lumpur dan Putrajaya juga telah mengenakan perintah tutup tapak pembinaan dan rumah kongsi yang terlibat dengan Kluster Tapak Pembinaan Kuala Lumpur 2.

Proses pembersihan dan nyah kuman di tapak pembinaan serta rumah kongsi berikut sudah mula dilaksanakan. Terima kasih diucapkan kepada pihak Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) yang giat menjalankan pemeriksaan tapak-tapak pembinaan bagi memastikan Prosedur Standard Operasi (SOP) dipatuhi sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

ISU PENGINAPAN SEMPIT / SESAK YANG MENGAKIBATKAN PENULARAN JANGKITAN COVID-19

Sehubungan penularan kes positif COVID-19 di tapak pembinaan, KKM mendapati bahawa antara punca utama penularan kes COVID-19 di kalangan pekerja bukan warganegara bagi kluster-kluster tapak pembinaan adalah seperti berikut:

  • Penginapan yang sesak dan mempunyai ruang yang sempit mengakibatkan tiada amalan penjarakan sosial (social distancing) antara satu sama lain di tempat penginapan;
  • Amalan tahap kebersihan diri dan persekitaran yang kurang memuaskan.

Majikan adalah bertanggungjawab untuk memberi pendidikan kepada para pekerja tentang amalan kebersihan dan langkah pencegahan. Majikan juga harus memastikan amalan-amalan ini bukan sahaja diamalkan di tempat kerja, malahan adalah penting langkah-langkah pencegahan turut diamalkan di tempat penginapan pekerja. Tindakan ini dapat mengurangkan risiko penularan jangkitan COVID-19 dari tempat penginapan ke tempat kerja dan sebaliknya.

WhatsApp Image 2020-05-17 at 16.45.25

Para majikan dikehendaki memastikan langkah-langkah berikut adalah dilaksanakan di tempat kerja:

  • Penyediaan tempat mencuci tangan atau hand sanitizer;
  • Amalan jarak sosial selamat iaitu sekurang-kurangya 1 meter termasuk di ruang kerja dan ruang makan seperti:-
  • Elakkan pekerja berkumpul di ruang sempit (confined space)
  • Elakkan terlalu ramai pekerja bersama pada satu masa (crowded place)
  • Amalkan jarak 1 meter semasa bertutur (close conversation)
  • Kerap melaksanakan proses nyah kuman dan nyah cemar terutamanya di ruang guna sama;

Walaubagaimanapun, pematuhan kepada SOP di tempat kerja akan menjadi sia-sia sahaja sekiranya majikan tidak proaktif dalam memastikan langkah-langkah pencegahan penularan COVID-19 turut diambil dan diikuti oleh pekerja di tempat penginapan mereka seperti berikut:

  • Elakkan 3C / 3S seperti yang telah disarankan;
  • Pastikan katil atau tempat tidur disusun mengikut penjarakan sekurang-kurangya 1 hingga 2 meter antara satu sama lain;
  • Elakkan penyediaan makanan secara berkumpulan atau beramai-ramai;
  • Elakkan makan beramai-ramai di ruang makan;
  • Pastikan tempat tonton TV atau ruang rehat tidak sesak pada masa yang sama;
  • Pastikan kebersihan tempat penginapan termasuk tandas dan persekitarannya dijaga dengan kerap menjalankan sanitasi dan pembersihan tempat penginapan masing-masing.

Penyelesaian masalah penginapan pekerja asing ini memerlukan pendekatan yang menyeluruh secara bersepadu daripada semua pihak. Arahan Majlis Keselamatan Negara agar saringan COVID-19 dijalankan di kalangan warga pekerja asing industri pembinaan di Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur adalah satu langkah berjaga-jaga yang memberi status kesihatan pekerja pada masa itu sahaja, sebelum mereka dibenar bekerja semula. Namun yang lebih utama adalah amalan langkah-langkah pencegahan penularan jangkitan ini. Mencegah penyakit sememangnya lebih baik daripada merawati.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM menyeru Rakyat Malaysia agar terus mempraktikkan norma dan kebiasaan baharu dalam kehidupan seharian. Patuhi segala nasihat dan saranan KKM, antaranya:

  • Elakkan 3S / 3C: iaitu elakkan kawasan yang sesak (Crowded place), elakkan kawasan yang sempit (Confined space) dan elak sembang atau bertutur dengan jarak yang dekat (Close conversation).
  • Amalkan 3W: iaitu kerap mencuci tangan dengan air dan sabun (Wash), sangat digalakkan memakai alat penutup hidung dan mulut (face mask) di tempat awam atau jika bergejala (Wear), dan (Warn) iaitu amaran dari KKM yang lebih berkonsep peringatan seperti:
    • Elak bersalaman / bersentuhan;
    • Amalkan etika batuk dan bersin;
    • Dapatkan rawatan segera jika bergejala;
    • Duduk di rumah dan elakkan amalan kunjung-mengunjung;
    • Lakukan aktiviti disinfeksi dan pembersihan di kawasan yang kerap disentuh.

3W-01

Orang ramai dinasihatkan untuk sentiasa ingat kepada S.O.P, iaitu:

  • S: Syarat-syarat seperti yang ditetapkan di bawah PKPB;
  • O: Orang yang berisiko tinggi seperti kanak-kanak, bayi, warga emas dan orang kurang upaya (OKU) perlu dilindungi, individu tidak sihat dan bergejala dikehendaki segera menjalani pemeriksaan kesihatan;
  • P: Penjarakan sosial (social distancing) diamalkan pada setiap masa iaitu sekurang-kurangnya 1 meter.

KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

DATUK DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

 

26 Mei 2020 @ 4.30 petang

 

BILANGAN KES COVID-19 MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 26 MEI 2020, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERIBILANGAN KES BAHARU *(   )BILANGAN KES KUMULATIF
PERLIS018
KEDAH096
PULAU PINANG0121
PERAK0255
SELANGOR9 (6)1,838
NEGERI SEMBILAN1793
MELAKA0216
JOHOR0671
PAHANG0344
TERENGGANU0111
KELANTAN0156
SABAH0343
SARAWAK0549
W.P. KUALA LUMPUR177 (4)1,984
W.P. PUTRAJAYA093
W.P. LABUAN016
JUMLAH KESELURUHAN187 (10)7,604

 *(   ) adalah merujuk kepada kes-kes import

PRESS STATEMENT

MINISTRY OF HEALTH MALAYSIA

UPDATES ON THE CORONAVIRUS DISEASE 2019 (COVID-19)

SITUATION IN MALAYSIA

 

Current Status of Confirmed COVID-19 Cases Who Have Recovered

26 May 2020 – The Ministry of Health (MOH) would like to inform that 62 cases have fully recovered and discharged well today. Cumulatively, 6,041 confirmed COVID-19 cases have fully recovered (79.4% of total cumulative cases).

CONFIRM CASE BY STATE baru 26 Mei-01-01

Current Situation of COVID-19 in Malaysia

26 May 2020, 12 pm – A total of 187 additional confirmed COVID-19 cases were reported to the National Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) MOH today. Cumulatively there are now 7,604 confirmed COVID-19 cases in Malaysia. Therefore, there are currently 1,448 active and infective COVID-19 cases. They have all been isolated and given treatment.

Currently, eight (8) confirmed COVID-19 cases are receiving treatment in intensive care units (ICU), and of these, five (5) cases are on ventilation support.

Fortunately, no additional COVID-19 death was reported to the National CPRC MOH today. Cumulatively, there are 115 COVID-19 deaths in Malaysia (1.51% of total cumulative cases).

Of the 187 additional cases reported today, 10 are imported cases who were infected overseas (7 Malaysians and 3 permanent residents / spouses to the Malaysians). Out of the 177 local transmission cases, 173 cases were amongst non-Malaysians, of which 155 cases were detected at Bukit Jalil Immigration Detention Centre, and 13 cases from the Cheras Security Guards Cluster.

Local transmission amongst Malaysians are only four (4) cases.

NEW-Purple-Update-case-number-covid-19 (11)

Current Status of the Sepang, Bukit Jalil and Semenyih Immigration Detention Centres Clusters

MOH would like to inform on the current status of the three clusters in Sepang, Bukit Jalil and Semenyih Immigration Detention Centres, as follows:

Immigration Detention CentreNo. of samples takenNo. of positive casesNo. of negative resultsAwaiting resultsNon-Malaysians
Bukit Jalil1,543

(1,420 detainees; 123 staff)

2811,082180281
Semenyih1,758

(1,630 detainees; 128 staff)

66

(1 staff)

1,35533765
Sepang1,450

(1,348 detainees; 102 staff)

361,405936






Segala  maklumat semasa boleh diikuti melalui link di bawah.

https://kpkesihatan.com/2020/05/24/kenyataan-akhbar-kpk-24-mei-2020-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19-di-malaysia/


https://kpkesihatan.com/2020/05/24/kenyataan-akhbar-kpk-24-mei-2020-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19-di-malaysia/

Monday, February 25, 2019

Gunung Besar Hantu-Jelebu

Pengsan sebelum meninggal ketika daki gunung

Maarof Mohd. Rashad sebagai Undang Luak Jelebu ke-16-tak direstui

Dato' Lembaga Luak Jelebu akan kemuka bantahan rasmi

Dato' Lembaga Luak Jelebu akan kemuka bantahan rasmi
ELEBU 20 Feb. - Para Dato' Lembaga Delapan Luak Jelebu akan mengemukakan bantahan rasmi terhadap penerimaan pengisytiharan pelantikan Maarof Mohd. Rashad sebagai Undang Luak Jelebu ke-16.
Persetujuan untuk mengemukakan bantahan itu telah dicapai dalam satu mesyuarat yang diadakan di Kuala Klawang hari ini yang dihadiri oleh para Dato' Lembaga, Buapak dan Anak Waris Kemin.
MOHD. RATHI SHAMSUDINDato' Shahbandar Mohd. Rathi Shamsudin berkata, surat bantahan itu akan dihantar kepada Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir selaku Pengerusi Dewan Keadilan dan Undang Negeri Sembilan.

"Salinan turut dihantar kepada Undang Yang Empat, Menteri Besar, Setiausaha Kerajaan Negeri dan Setiausaha dewan tersebut.
"Kami merayu bantahan ini dapat dipertimbangkan dalam usaha mempertahankan nama baik institusi Undang Luak di negeri ini," katanya di sini hari ini.

Pada Rabu lalu, para Dato' Lembaga terkejut dengan penyebaran surat Dewan Keadilan dan Undang Negeri Sembilan melalui aplikasi WhatsApp.
Kandungan surat itu yang ditandatangani Setiausaha Dewan Keadilan dan Undang Negeri Sembilan, Datuk Jemal Zainal Kasim menyatakan mengenai pengesahan terhadap pelantikan Maarof sebagai Undang Luak Jelebu ke-16.
Mohd. Rathi yang juga Setiausaha Lembaga Delapan luak itu berkata, seramai 30 orang yang telah memohon disenaraikan sebagai calon penyandang Undang Luak itu juga bersetuju menandatangani bantahan tersebut.
Tambahnya, bantahan itu sedang disiapkan dan akan dikemukakan kepada pihak yang berkenaan secepat mungkin.
Beliau memberitahu, para Dato' Lembaga luak itu juga akan memohon injunksi mahkamah bagi menghalang pelaksanaan pelantikan tersebut.

Utusan online



Sunday, February 24, 2019

Montori Bosa Daki Gunung Angsi

Aminuddin cabar diri daki Gunung Angsi

Aminuddin dan isteri tidak menyangka boleh sampai ke puncak

SEREMBAN – Buat pertama kali dalam sejarah hidupnya, Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun mencabar diri dan berjaya mendaki Gunung Angsi yang mempunyai ketinggian 825 meter di Jalan Bukit Putus Seremban - Kuala Pilah di sini, hari ini.
Seawal jam 7.50 pagi, Aminuddin bersama isteri Datin Seri Wan Hasni Wan Yusof disertai anak mereka Nur Amalina,25; Mohd Irfan, 20; Nur Athira Basyirah,17 dan Mohd Farid Hazim,12, memulakan pendakian dan selamat sampai ke puncak tepat jam 10 pagi.
Berkongsi pengalamannya pertama kali mendaki, Aminuddin berkata, beliau sendiri tidak menyangka boleh sampai ke puncak meskipun terpaksa berhenti beberapa kali kerana kepenatan dan tidak menolak untuk cuba mendaki gunung lain di negeri ini, namun bergantung kepada kesihatannya.
Aminuddin dan isteri berehat seketika sebelum sampai ke puncak.
Aminuddin dan isteri berehat seketika sebelum sampai ke puncak.
“Keputusan nak ‘hiking’ bersama keluarga ini dibuat saat akhir. Selama ini saya hanya tengok rakan-rakan lain yang sertai aktiviti ini dan timbul juga rasa cemburu.
“Jadi saya cuba cabar diri dan sampai juga ke puncak dan selamat turun jam 1.45 petang. Sepanjang mendaki, saya juga tak rasa sesak nafas atau sakit, cuma pergerakan tidaklah selaju pendaki lain,” katanya kepada Sinar Harian.
Menurutnya, peluang melakukan aktiviti itu membolehkan beliau melihat gunung terbabit yang baru dinaik taraf.
Aminuddin (tiga, kanan) bersama isteri dan anak-anaknya yang berjaya sampai ke puncak Gunung Angsi.
Aminuddin (tiga, kanan) bersama isteri dan anak-anaknya yang berjaya sampai ke puncak Gunung Angsi.
“Melalui pemerhatian yang dilakukan, saya yakin Gunung Angsi boleh berkembang menjadi salah satu produk utama pelancongan Negeri Sembilan. Lagipun aktiviti mendaki ini sudah jadi satu ‘trend’ dan saya diberitahu seramai 500 orang yang mendaki gunung ini semalam.
“Kerajaan negeri juga sudah mempunyai pelbagai perancangan untuk menambah baik lagi kawasan ini dan sekitar termasuk jalan lama Bukit Putus bagi menarik minat pelancong dari dalam dan luar negara,” katanya.
Sementara itu Pengarah Jabatan Perhutanan negeri, Salim Aman berkata, antara penambahbaikan dilakukan ketika penutupan trek Gunung Angsi yang bermula 3 hingga 31 Disember lalu ialah pembinaan wakaf baharu menggantikan pondok uzur di puncak gunung.
“Selain itu, kita juga membina pondok dan kerusi di beberapa ‘check point’ di sepanjang laluan, terutama di kawasan yang mempunyai pemandangan cantik bagi membolehkan pendaki berehat dan bergambar.
“Tali serta tangga besi di beberapa kawasan di sepanjang dua trek pendakian bermula di Jalan Lama Bukit Putus dan Hutan Lipur Ulu Bendul itu juga ditukar, trek yang rosak dan licin terutama di kawasan curam pula diperbaiki,” katanya yang turut menyertai pendakian besama Aminuddin.

    Friday, January 4, 2019

    'Wave Rock' daya tarikan baharu Kuala Pilah

    'Wave Rock' daya tarikan baharu Kuala Pilah
     14 Dec 2018


    Ramlan, 52, bergambar berlatarkan Batu Berombak atau 'Wave Rock' yang terletak di puncak Bukit Baginda, Batu Kikir, dekat sini. - Foto Bernama



    KUALA PILAH - Bukit Baginda di Kampung Majau dekat sini secara tiba-tiba menjadi popular ekoran memiliki Wave Rock atau Batu Berombak yang cukup unik, yang merupakan daya tarikan baharu di daerah ini.
    Mula dibuka kepada umum sejak dua bulan lepas, ia memberi peluang kepada masyarakat luar untuk melihat sendiri keunikan batu berkenaan yang berbentuk bulat dengan sebahagian daripada batu berkenaan memilik tekstur beralun seperti ombak.
    Wave Rock yang terletak di puncak Bukit Baginda, iaitu 13 kilometer dari pekan Batu Kikir dan memiliki ketinggian 450 meter, telah merekodkan kedatangan pengunjung seramai 1,000 orang sejak ia dibuka 6 Oktober lepas.
    Anak jati kampung berkenaan Ramlan Ruspan, 52, berkata pendaki yang ingin melihat keunikan Wave Rock perlu mempunyai ketahanan mental dan fizikal yang baik.
    “Batu ini jumpa dah lama dah tapi baru diviralkan oleh kawan saya Abdul Razak Hashim, 45. Setahu saya setakat ini Wave Rock ini tidak dijumpai lagi di mana-mana kawasan lain di negeri ini sebab batu ini pelik sikit, jalur dia senget. Ketinggian batu ini dianggarkan mencecah 20 meter,” katanya.
    Ramlan yang merupakan guru pendidikan jasmani di Sekolah St Aidan, Bahau berkata sebaik sahaja dibuka, beliau dan rakan sekampung yang kerap kali mendaki Bukit Baginda menawarkan diri menjadi juru pandu arah kepada mana-mana kumpulan atau individu yang ingin menjelajah kawasan bukit berkenaan.
    “Setakat ini mereka yang telah datang ke sini selepas ia tular adalah daripada Perancis, Jepun, United Kingdom, Vietnam dan Filipina. Dalam maklum balas, mereka amat teruja dan memuji kecantikan hutan Bukit Baginda dan juga Wave Rock,” katanya.
    Selain Wave Rock, Bukit Baginda juga memiliki empat buah gua yang masih belum diterokai mana-mana pihak setakat ini, kata Ramlan.
    “Hanya baru-baru ini sekumpulan pengkaji daripada Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, Selangor telah datang meninjau keadaan gua berkenaan,” katanya sambil menambah kawasan itu yang belum diteroka sepenuhnya perlulah diwarta sebagai kawasan pelancongan dan kawasan aktiviti penyelidikan khasnya penyelidikan dan pembangunan daripada kerajaan negeri.
    Para pendaki yang berminat mendaki dan melihat sendiri Wave Rock akan dikenakan bayaran masuk sebanyak RM11 iaitu RM5 daripadanya adalah permit hutan yang dikeluarkan Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan.
    “Permit wajib dibayar pada Sabtu dan Ahad kepada pegawai perhutanan yang berada di situ manakala Isnin hingga Jumaat, bayaran permit boleh dibayar di Pejabat Hutan Kuala Pilah. Bayaran RM6 untuk masuk ke Bukit Baginda dikutip oleh Majlis Pembangunan Komuniti Kampung (MPKK),” katanya.
    Selain Wave Rock yang dianggarkan sebesar kira-kira 40m x 20m ukur lilitnya, daerah ini juga terkenal dengan 70 tapak batu megalit atau lebih dikenali sebagai 'Batu Hidup' daripada 300 tapak batu megalit di Negeri Sembilan. - Bernama