Al-Quran

Wednesday, April 24, 2013

Artis Dalam Politik Kepartian

PRU 2013 menyaksikan fenomena (kalau boleh dikatakan) baru dalam politik Malaysia, beberapa orang artis telah menawarkan diri untuk bertanding dibeberapa kawasan pilihan raya di peringkat parlimen. Perwujudan kejadian ini bukanlah hal yang luara biasa tetapi telah pun berlaku diluar negara seperti di Amarika Syarikat pelakon Ronald Reagan menjadi presiden selama 2 penggal berturut-turut, Arnold Schwarzenegger Governor negeri California di Amarika Syarikat dan di asia khususnya di Filipina presidennya Joseph Estrada, semua yang disebutkan tadi merupakan pelakon/artis sebelum terjun kebidang politik.






Di Malaysia pelakun/pengarah "hari esok"..."esok hari" dilantik menjadi senator iaitu Jins Shamsudin selama 2 penggal;



Selain beliau beberapa penyanyi khususnya telah juga bergerak dalam badan-badan politik dengan tidak ketara hanya akhir-akhir ini beberapa orang telah menyatakan parti mana yang diwakilinya dan akhirnya bertanding dalam PRU 2013, mereka ialah Aishah, Dayangku Intan dan Herman Tino




Aishah (Wan Aishah Wan Ariffin) PAS bertanding di perlimen Jempol menentang Mohd Isa Abd Samad bekas MB Negeri Sembilan sekarang pengerusi FELDA. Beliau pernah menduduki kerusi parlimen Jempol pada PRU 2004 mengantikan Datuk Khalid Yunus sebelum itu mulai bertanding di DUN Linggi pada 1978 (....ai asik dio yo tak ado orang lain lai ko dari Linggi>Jompo>Bagan Pinang>balik ko Jompo) sementara Dayangku Intan (Tengku Intan Tengku Abdul Hamid) PKR menentang Azalina Othman di Pengerang sementara Wak Herman Tino (Masrun Tamsi) tidak mewakili mana-mana parti bertanding di Tanjong Karang menentang Noh Omar dan Mohd Rashdi Deraman (PAS)



Sama-samalah kita tunggu tarikh 6 Mei 2013 nanti akan keputusan PRU samada meraka dapat membawa populariti sebagai artis ke kotak undi.

P/S: Di India aktor filem hindustan Amitabh Bachan pada tahun 1984 MP Alahabat tapi setelah satu penggal (tiga tahun) menamatkan bidang politiknya.



Tapi yang dio kek bawah ni pulak nak jadi apo, penyanyi ko ahli politik ghaso eh tak buleh diikut doh sodo alah he sumbang.

Sunday, April 21, 2013

Pemilihan Adalah Hak Rakyat

Tidak dapat tidak sebagai rakyat sesekali kena juga membicarakan hal-hal politik dan kepemimpinan. Itulah demokrasi yang diamalkan oleh kita di Malaysia.

Demokrasi sudah lama diamalkan oleh penduduk dan pendukung adat di Negeri Sembilan. Kita disini lama sebelum adanya pilihan raya telah mengamalkan pemilihan sebegitu. Pemilihan pemimpin iaitu ketua adat terletak di tangan anak buah atau rakyat. Perhatikan dan hayati perbilangan adat ini:

Bulat anak buah menjadi Buapak
Bulat Buapak menjadi Lembaga
Bulat Lembaga menjadi Undang
Bulat Undang menjadi Yam Tuan (Raja)

Begitulah sistem pemilihan ketua di negeri beradat ini dilaksakan, pemilahan datang dari bawah. Dalam amalan demokrasi moden pun begitu juga setiap habis penggal pemerintahan akan  balik juga kepada rakyat untuk memilih pemimpin. Pemimpin yang bagaimanakah menjadi pilihan, terpulang kepada rakyat yang mana satu idaman kalbu. Pemimpin yang rajin bekerja, menolong, membantu, menyelesaikan masalah rakyat; pemimpin yang menundukkan kepalanya kepada rakyat apatah lagi kepada sang penciptanya iaitu Allah.

Perhatikan perbilangan adat ini

Kok godang jangan molando
Kok cerdik jangan menjual
Kok alim hendakkan doanya
Kok kaya hendakkan emasnya

Pemimpin itu seumpama pokok seperti perbilangan ini:

Banirnya tempat besandar
Dahannya tempat bergantung
Buahnya untuk dimakan
Daunnya tompek bolindung


Pada 5 May 2013 nanti sekali lagi medan dan gelanggang dibuka bagi rakyat memilih peminpin dan kepemimpinan. Parlimen Kuala Pilah (P129) 47,780 pemilih dan penduduk seramai 63541 orang telah diwakili oleh Dato' Hasan Malik timbalan menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Masyarakat orang kuat belia satu masa dahulu. Sekali lagi beliau akan mencuba nasib bertanding melawan calon dari PKR Mohd Nazree Mohd Yunus. Perlimen Kuala Pilah terdapat 5  DUN

N15-Juaseh
N16-Seri Menanti-Datuk Abdul Samad Ibrahim-Pengerusi J/Kuasa Bertindak Pembangunan Modal     Insan, Belia dan Sukan
N17-Senaling
N18-Pilah
N19-Johol

Dibawah ini adalah peta DUN Seri Menanti (cilok dari blog Tengku Zamrah) yang dinaungi oleh EXCO Jawatan Kuasa Bertindak Pembangunan Modal Insan, Belia Dan Sukan.

Dato' Samad Ibrahim
Peta DUN Seri Menanti
 Dato' Hasan Malik
                   
                                                                               

Kedua-dua mereka memegang jawatan diperingkat persekutuan (perlimen) maupun diperingkat negeri (DUN). Marilah merenung semula muka muka kacak lagi lawa terutama pemegang DUN ini. Bolehkah kita bergantung harap kepada beliau seperti perbilangan adat diatas seperti pokok yang rendang itu. Lawan beliau nanti tentulah anak muda yang bertenaga pernah bersekolah di Seri Menanti , manakah pilihan kita seperti perbilangan adat

Usang usang di perbaharui
Buruk dibaiki
Kusut diselesaikan

Tengku Zamrah Tengku Sulaiman
Inilah calun yang akan bertanding Tengku Zamrah Tangku Sulaiman  dari      PKR menentang muka kacak di DUN Seri Menanti nanti. Diharapkan perbilangan adat diatas akan menjadi panduan jika kejayaan berpehak kepada beliau.

Yang kurik kundi
Yang merah saga
Yang baik budi
Yang indah bahasa

Selamat berjuang ateh keteh meneh kek nogori kito. Tak salah memakan sedikit buah tetapi janganlah sampai diboliong pangka eh.


Saturday, April 20, 2013

Lagu Kempen Mengundi Pilihan Raya (PRU)

Kerana hari ini adalah penamaan calun bagi Pilihan Raya Umum (PRU) 2013, maka posting kali ini adalah lagu kempen menyeru bagi sesiapa yang layak untuk keluar mengundi pada 5 May 2013 nanti. Lagu yang pertama ini yang sering kita dengar bagi sesiapa yang lahir lewat 60'an.



Lagu yang dinyanyikan oleh Zainal Alam ini pula nostalgia bagi yang mengundi diawal pembentukan Melaya dan seterusnya Malaysia (1963)



Ini pula adalah bagi saya gabungan kedua buah lagu diatas. Lagu yang menepati citarasa anak muda zaman sekarang.



Tak lupa juga yang ini...hehehehe



Untuk yang keberapa kalikah pilihan raya diadakan ditanah air kita ini, ada yang mengatakan ke 13 dan ada yang mengatakan ke 14. Dibawah ini senarai pilihan raya yang telah diadakan menurut wikipedia.








Thursday, April 11, 2013

Lagu-Lagu Loghat Negeri Sembilan Vol 2

Lagu pertama nak dipostkan ini sangat hampir dengan hati dan jiwa aku, popular sewaktu aku merantau jauh dari kampung dengan pertuturan khalayak sekeliling amat susah difahami. Mujurlah cepat dapat belajar adat resam,budaya dan dailek mereka. Lagu inilah yang dapat mengubat kerinduan pada kampung halaman.



Berikut ini juga sebuah lagu yang semacam ada urutan dari lagu diatas tadi, apabila meninggalkan jauh kampung halaman, sesekali balik ke kampung tak dapat tidak kita akan mencari rakan-rakan lama kawan sepermainan . Tetapi kebanyakan mereka juga seperti aku membawa diri mencari rezeki ditempat orang.


Dan ini pula sebuah lagu rakyat, terkenang masa persekolahan dulu waktu dihujung tahun murid-murid membuat persembahan dan lagu rakyat ini tidak lepas dari aturcara. Bagitulah budaya ditanam dengan tidak secara lansung,tanpa budaya tak kenal bangsa. 



Tunggu....koleksi yang lain pula. Mudah mudahan terhibur!

Sunday, April 7, 2013

Keletah Anak Kecil Boleh Menghiburkan

Maaf catatan kali ini tak dapat lari dari hal-hal peribadi. Hujung minggu ini tidak banyak yang dilakukan selain menghadir  pertunangan cucu saudara di Seremban  itu pun disampingan tugas mengambil gambar. Juga sambil  duduk-duduk meng'edit' vedio anakku tengah mempamerkan krativitinya,



Jangan marah hah......



Friday, April 5, 2013

Nostalgia

Kehidupan dikampung sewaktu waktu dahulu tidaklah semewah kehidupan sekarang, dibandar maupun dikampung. Waktu dirasakan sangat perlahan berlalu. Seumur lagi kecil masa yang berlalu hanya mengikut kedua orng tua kesawah. kebetulan dikampung ini dikelilingi oleh bukit bukau lalu membentuk lembangan yang subur untuk bercucuk tanam dan menanam padi. Setelah penat bermain lumpur masanya pula untuk terjun ke sungai yang sangat jernih dan bersih airnya. Kadang-kadang mengikut ayah menjala ikan untuk dijadikankan lauk hidangan tengahhari nanti. Inilah saat yang paling seronok yang tidak dapat diulangi atau dirasai oleh anak-anak zaman sekarang. 

 

Walaupun berpuluh tahun aku meninggalkan pekan kecil ini, landkapnya hampir sama kecuali beberapa penambah baikkan kepada kedua-dua sekolah rendah maupun menengah. Sekolah Agama Rendah yang terletak dalam kawasan Masjid Di Raja Tunku Munawir telah dihuni oleh pelajar-pelajar tahfis. Alhamdulillah.

Ada satu lagi landmark yang aku cari agak lama juga, seingat aku kartunis Lat pernah mengabadikan dalam lukisan kartunnya iaitu puntu gerbang Seri Menanti yang terletak dihadapan pejabat pos. Khabarnya pintu gerbang ini berkecai dilanggar lori. Pernah juga mencari di internet dan melukis gambarnya melalui ingatan saja yang masih tersimpan dikepala lalu memuat naik ke laman Fb hinggalah satu ketika kawan di FB memuatnaik gambar sebenarnya.

  
Hasil perahan otak terhasillah lukisan kasar seperti di atas beberapa tahun dahulu.



Dan ini adalah gambar sebenar pintu gerbang tersebut.


Gerbang Seri Menanti baru terletak beberapa meter dari tapak gerbang lama.

Gerbang ini berbentuk tanduk kerbau sesuai dengan negeri ini yang mengamalkan adat Minangkabau Pagar Ruyung. Negeri beradat perpatih nan sebatang.

Tuesday, April 2, 2013

Kerajaan Negeri Sembilan Yang Sementara

Kemaskini 3 April 2013


Tetapi cuba dengar pengumuman mulai pada minit ke 0.28.
=====================================================================

Pada tengah malam 27 Mac 2013 yang lepas telah tamat penggal dewan undangan Negeri Sembilan yang dipilih oleh rakyat pada PRU 2008. Kononnya inilah sejarah pada kerajaan Negeri Sembilan. Belum ada  lagi peristiwa sebegini berlaku di Malaysia yang sangat dicintai ini. Berikut print screen dari beberapa laman sesawang.


Sehingga sekarang belum ada tanda-tanda atau pengumuman dari SPR bila pemilihan akan dibuat di negeri ini.

Monday, April 1, 2013

Lagu-Lagu Loghat Negeri Sembilan Vol.1

Mari cuba mengenal Negeri Sembilan; negeri beradat melalui beberapa buah lagu yang popular disatu masa dahulu. Kenali dahulu melalui loghatnya walaupun ada yang tidak tepat tutur percakapannya. Semuga serba sedikit akan dapat membantu mengenalinya.


Pulang Merantau: Umi Kalsom (Dari filem Tunang Pak Dukun)




Apo Nak Dikato: Blues Gang




Lagu Anak Bochek: Lagu rakyat

Lain -lain lagu akan di muatnaik dimasa akan datang. Sementara itu enjoyyyyyy......