Al-Quran

Wednesday, March 25, 2009

Aqiqah,Marhaban,Berindoi Dan Cukur Jambul

Hari ini 25 haribulan genaplah usia putri baru kami sebulan.














Marhaban dan berzanji memuji-muji nabi Muhammad s.a.w













Potong jambul atau cukur jambul yang pasti gunting rambut













Berindoi tradisi dan adat melayu, syair-syairnya penuh dengan pengajaran dari asal kejadian hingga membesarnya seorang manusia.











Ini baru bercukur.
Keletihan seharian menjadi perhatian dan mangsa pisau cukur/shaver ayahnya, licin kene kerjakan.










Hari ini juga kebetulan hari ulang tahun aku, macam Mr Been pulak sendiri ucap selamatlah...

Semuga bertambah rezeki lagi dan redha Allah bersama kami.


Monday, March 9, 2009

Keputeraan Junjungan Muhammad SAW

[KEMASKINI]
Hari ini juga kebetulan hari ulang lahir anak kami yang kedua Zahidah Amirah yang ke 11. Ayah dan ibu mu mengharapkan semoga anak sejahtera dan murah rezekinya. Semoga menjadi anak yang boleh digantungkan harap. Dalam tergesa-gesa ayah cuba menyiapkan VT ini, terimalah sumbangan yang tidak seberapa.
OOOOOOOooooooOOOOOOO
Apa yang terjadi pada 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 20 April 571 Masihi tidak lain hanyalah keputeraan Nabi Muhammad s.a.w (Sallallahu Alaihi Wasallam). Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh Malaysia khususnya dan dunia amnya akan mengadakan majlis maulud nabi bagi memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya.. Menyambut Maulud (kelahiran) Nabi Muhammad SAW bertujuan untuk memuliakan Nabi Muhammad SAW berasaskan firman Allah dalam Al-Quran (terjemahannya ) :- "maka orang yang beriman kepadanya (Muhammad saw) memuliakannya, menolongnya dan mengikuti cahaya yang terang yang diturunkan kepadanya (Al-Quran) mereka itulah yang beruntung." Al-Araf: 157 Disamping mengingati akan semangat Salahudin al Ayyubi ketika menghadapi pasukan salib dan berhasil memimpin tentera Islam memasuki Jurusalem. Kita juga mengingati 12 Rabiul Awal dengan zikir khusus nyanyian lagu-lagu memuji Nabi Muhammad S.A.W. Terdapat 2 pendapat mengenai Maulud Nabi, iaitu pendapat pertama melakukannya adalah satu perbuatan yang dianjurkan bagi umat Islam. Pendapat kedua pula menyatakan menyambut hari Maulud adalah satu bidaah disebabkan ia tidak pernah dilakukan semasa zaman Rasullullah dan para sahabat. Aku pun tidak ada kepakaran untuk menjawab dalam soal ini tetapi cuba perhatikan pendapat-pendapat berikut. Menurut pendapat pertama, yang telah diamalkan oleh umat Islam di Malaysia rata-rata ahli sunah waljamaah mengikut Iman Al Syafie berhujah mengapa Maulud Nabi boleh diraikan adalah :- Bahawasanya Nabi Muhammad S.A.W. datang ke Madinah maka beliau mendapati orang-orang yahudi berpuasa pada hari Asyura iaitu hari 10 Muharram, maka Nabi S.A.W. bertanya kepada orang yahudi itu: "Kenapa kamu berpuasa pada hari Asyura?" Jawab mereka: Ini adalah hari peringatan, pada hari serupa itu dikaramkan Firaun dan pada hari serupa itu Musa dibebaskan, kami berpuasa kerana bersyukur kepada Tuhan. Maka Nabi S.A.W. berkata: "Kami lebih patut menghormati Musa berbanding kamu." Riwayat Bukhari dan Muslim.