Hasrat ini telah sekian lama terpendam namun kesempatan itu tidak pernah tiba. Maka baru-baru ini dengan pelawaan kawan dan juga harsat yang lama untuk mengunjungi tanah Minang kabau aku memulakan langkah.
Hari pertama 16 Sept 2016.
Perjalanan dimulakan menuju ke KLIA2 (kedegilan operator penerbangan masih terpampang di tiket dengan meletak LCCT merujuk kepada KLIA2).
Penerbangan menuju ke Padang dijadualkan pukul 7.00 waktu Malaysia pagi lebih kurang dan memakan masa satu jam sepuluh minit untuk sampai. Syukur kapal selamat mendarat seperti dijadualkan lebih kurang pukul 7.20 pagi waktu tempatan. Pemandu pelancung kami telah sedia menunggu.
Lebih kurang 40 minit perjalanan dengan trafik yang agak sesak kami sampai di Rumah Makan Lamun Ombak untuk minum pagi dengan berbagai menu.
Kami meneruskan perjalanan dengan dikiri dan kanan kehijau sawah yang subur saujana mata. Didepan pula tersergam banjaran Bukit Barisan lalu berhubung dengan Gunung Merapi dan Gunung Singarang. Dimana lagi satu gunung yang dikatakan "gunung tiga sejerangan" itu. Manakala jalur kereta api peninggilan penjajah Belanda masih terdapat disini menuju ke Bukit Tinggi.
Sumatra Barat masih terpelihara alam semulajadinya, Lembah Anai yang dikelilingi kehijauan dan gunung lalu terdapat air terjun ditepi jalan menuju bukit tinggi menjadi tarikan dan persiggahan orang ramai melepaskan lelah atau menikmati kedamaian alam semula jadi disini.
Hampir tiga jam perjalanan meniki bukit, menempuh liku yang panjang kami sampai di Pusat Dokumentasi Dan Infomasi Kebudayaan Minangkabau Padang Panjang. Disini kami ditaklimatkan berbagai info rumah gadang, bilik yang banyak di rumah gadang dan tujuan bilik yang sempit.
Hari telah pun meninggi jam lebih kurang 12.30 (waktu tempatan) kami meneruskan perjalanan ke Rumah Makan Pak Datuk untuk mengiisi perut. Menunya tentulah masakan Padang. Selesai makan, jemaah dari masjid berhampiran sudah mulai keluar. Kami disurau restoren saja bersolat jamak.
Dalam perjalnan ke Bukit Tinggi ini kaum hawa dengan syurga dan alamnya dengan meneruskan meringankan dompet masing-masing. Lelaki lebih banyak jadi pemerhati.
8.15pm kami dihidangkan pula persembahan kebudayaan minangkabau disatu tempat (lupa nama tempat). Tarian Piring dan kaca menarik perhatian penonton.
Usai menonton, Hotel Royal Damai dituju untuk melepaskan penat setelah seharian dijalanan.
Hari Ke Dua 17 Sept 2016.
Acara pertama hari ini adalah melawat Tasik Meninjau tapi sebelum itu aku nak tunjuk tunjuk dahulu sebuah tempat yang panoramanya sanggat memukau iaitu Sungai Landia.
Habis sarapan di hotel, bersiap untuk meringan dompet lagi sekali. Kali ini gedung Sulaman dan Bordiran Anisa dituju. Telekung sulaman, kain sutera dan lain-lain fabrik jadi perhatian. Usai bershoping balik semula kehotel. Menghadiri walimatulUrus putri timbalan Wali Kota Bukit Tinggi Dikha & Oktria bertempat di Perpustakaan Proklamator Bung Hatta.
Acara pertama hari ini adalah melawat Tasik Meninjau tapi sebelum itu aku nak tunjuk tunjuk dahulu sebuah tempat yang panoramanya sanggat memukau iaitu Sungai Landia.
Ini pula yang dikata awal tadi gunung tiga sejerangan. Dikhabarkan telah menjadi tasik yang sangat cantik. Tak tau pulak lagenda atau metos. Tasik Meninjau sungguh aku tertawan.
Selesai di majlis walimatulurus balik semula ke hotel untuk menyalin pakaian. Kali ini Jam Gadang dituju. Pasar Atas dan Pasar Bawah adalah syurga perempuan meringankan dompetnya. Aku hanya duduk dikedai kopi sambil menikmati teh panas yang telah beberapa hari. Kalau mau minum teh minta saja teh susu disini.
Sekitar Jam gadang ini menjadi menjadi tumpuan pelancung ataupun penduduk tempatan juga warga dari daerah lain.
Jamuan makan malam ini kami memilih makan makan masakan panas dan segera, ayam penyet, nasi goreng seafood (tak lokek rencah) minuman alvakado segar tempatan, manakala sirap bandung, mee bandung, mee jawa tak pernah ada dalam senarai menu restoren disini.
Hari Ketiga dan ke empat...akan datang
No comments:
Post a Comment