Al-Quran

Thursday, July 17, 2014

Kelahiran Kuala Pilah (II)

Sempena Ramadhan tahun ini, blog ini cuba menulis beberapa ulama berkelahiran di daerah ini. Bukanlah menidakkan yang lain jika tidak tertulis nama-nama yang lain

Pertama nama yang telah bertahun-tahun ada dalam blog ini, iaitu Tuan guru Galau atau Hj Zakaria bin Mohd Kari atau Fakih Kiak. Galau adalah sebuah kampung yang tidak berapa jauh dari Seri Menanti, disitulah beliau lahir dan mula mengajar antara muridnya ialah aruan ayah aku dan beberapa adik beradiknya. Dikatakan doanya agak mustajab dan berkhoramah, satu hari beliau datang kerumah uwan (nenek) ibu kepada aruah ayah dalam hujan lebat tetapi beliau naik kerumah dalam keadaan kering. Satu hari lain, beliau hendak balik kerumahnya, telah beberapa ketika beliau hilang dari pandangan setelah kita menoleh kelian arah. Beliau meninggal pada usia 63 tahun.


Kedua nama yang tidak asing lagi bagi penduduk di daerah ini, iaitu Tuan Tulis atau Haji Ismail bin Hussien. "Tulis" adalah gelaran kepada beliau kerana semasa belajar beliau menyalin kitab kitab yang mana diluar kemampuannya untuk membeli lantaran kekangan kewangan. Beliau juga mempunya keramah, antaranya menziarahi Allahyarham Tuanku Muhamad yang gering di London tahun 1925 dengan memberikan air penawar sedangkan Tuan Tulis meninggal pada tahun 1922. Mereka mengenali antara satu sama lain kerana 
kampung Tuan Tulis Kuala Talang berhampiran dengan Seri Menanti tempat bersemanyamnya Yang Di Pertuan Besar.




Ketiga adalah Ustaz Hashim Abdul Ghani dikatakan dari kaum muda yang bertentangan dengan kaum tua dari segi fikiran. Surau tempat beliau dan kawan kawannya mengajar di kampunga Parit. Jika kita menyusuri jalan lama dari Kuala Pilah ke Ampang Tinggi kita akan menjumpai surau dua tingkat ini disebelah kiri jalan. 
Samsiah Fakih merupakan rakan seperguruan beliau di Pelangai.




Demikanlah beberapa nama ulama yang dapat dinukilkan buat masa ini. Semaga perjuangan dan kegigihan mereka dapat diikuti oleh generasi sekarang terutama anak anak aku. Ilmu yang mereka dapat bukan datang kepangkuan tetapi mereka berusaha berkelana, bermusafir menempuh kesusahan.

No comments: