Al-Quran

Thursday, July 10, 2014

Kelahiran Kuala Pilah (I)

Rencana ini sebahagian dari internet dan beberapa info dari laman yang berkaitan. Posting ini sebagai perkongsian bersama muga ianya menjadi inspirasi untuk kita.

Pertama,  mari mengenali seorang tokoh peniagaan ini; ada desa desus mengakatakan ingin membuka kilang pertama NAZA di daerah Jempol. Siapakah yang bertanggung jawab menolaknya?

Allahyarham Tan Sri SM Nasimuddin SM Amin

Nama :Tan Sri SM Nasaruddin SM Amin
Lahir : 25 Januari 1955 di Kuala Pilah, Negeri Sembilan
Pekerjaan : CEO Naza Group
Pasangan Hidup : Puan Sri Zaleha Ismail
Bilangan Cahaya Mata: 11 Orang
Tarikh Meninggal Dunia: 2 Mei 2008 di Los Angeles, California, Amerika Syarikat



Tan Sri SM Nasimuddin SM Amin yang lahir pada tahun 1955 di Kuala Pilah, Negeri Sembilan ini sentiasa berminat terhadap kereta dan industri automobil. Beliau belajar di Sekolah Menengah Tuanku Muhammad, Kuala Pilah, Negri Sembilan.


Pada tahun 1974, ketika berusia 21 tahun, beliau menyimpan RM80,000 dalam akaun bank hasil gaji sebagai pembantu bapa beliau yang bekerja sebagai kontraktor. Beliau memulakan perniagaan automobil dengan satu peruntukan Permit Import (AP) untuk mengimport kereta buatan asing. Beliau meraih hasil sejuta ringgit pertama beliau dalam masa setahun.

Dalam satu temubual akhbar, apabila ditinjau kembali, Nasimuddin merasa diri beliau berjaya kerana beliau sudah bernikah sewaktu muda lagi dan berminat untuk menjalankan perniagaan sendiri. Kelebihan beliau ialah beliau adalah seorang lelaki sederhana dan bijaksana yang berjimat setiap sen yang ia terima dari orang tuanya sejak zaman persekolahannya lagi. Duit yang diterima ketika membantu ayahnya dalam perniagaan pembinaan dan kemudian dari pekerjaannya sendiri sebagai kerani.


Alam perniagaan
Beliau memperoleh jutaan pertamanya setahun kemudian dengan memohon Permit Import kerajaan untuk kereta dari Jepun.
Beliau dinyatakan berkata: “Saya sangat meminati kereta sejak remaja lagi. Sebab itulah saya berada dalam perniagaan ini. Perniagaan pembinaan ayah saya bukanlah minat saya.”
Memandangkan kecenderungan dan minat beliau kepada kereta dan industri automobil. Beliau bercadang untuk membawa kereta terpakai daripada Jepun. Tanpa bertangguh, dengan bermodalkan RM80,000, beliau memohon 20 AP dan berangkat ke negara matahari terbit dan menetap selama 3 bulan disana. Sekembalinya beliau daripada Jepun, beliau juga membawa pulang 20 kereta terpakai Jepun dan terus melakukan aktiviti pemasaran bagi memastikan kereta beliau terjual. Dalam masa 3 bulan, beliau berjaya menjual kesemua kereta tersebut.

Nasimuddin memulakan perniagaan kereta beliau dalam sebuah kedai di Taman Maluri, dan menjual 10 hingga 15 unit kereta sebulan. Pada tahun 1979, beliau membuka cawangan di Kampung Baru, Kuala Lumpur untuk menggiatkan perniagaan peruncitan beliau, dan menjual 40 hingga 60 buah kereta sebulan.Nasimuddin bermula dengan hanya lima orang kakitangan dan kini jumlah mereka meningkatkan kepada kira-kira 4,000 orang.

Beliau terpaksa menghadapi beberapa cabaran, termasuklah pembiayaan dan bagaimana untuk mendapatkan keyakinan pelanggan -pelanggan untuk membeli kereta - kereta terpakai apabila ramai diantara rakyat Malaysia kurang berminat pada kereta - kereta asing. Akan tetapi keghairahannya dan kepercayaan dalam perniagaan itu membuatkannya terus berusaha menuju kejayaan.

“Untuk memperoleh kejayaan, anda mesti mempunyai minat dengan apa yang anda lakukan dan anda mesti tahu apa yang anda lakukan. Anda perlu merancang dahulu dan mempunyai arahtuju,” katanya. “Dalam perniagaan anda mesti memulakannya dari kecil, melakukan kajian dan berjalan selangkah demi langkah.”


Meskipun menjadi seorang ahli perniagaan yang amat berjaya, Nasaruddin berkata beliau tidak banyak berubah. “Satu - satunya perbezaan adalah yang saya memulakan dengan lima kakitangan dan kini saya mempunyai kira - kira 4,000 orang,”.

“Untuk memperoleh kejayaan, anda mesti mempunyai minat dengan apa yang anda lakukan dan 
anda mesti tahu apa yang anda lakukan. Anda perlu merancang dahulu dan mempunyai arahtuju,” 
katanya. “Dalam perniagaan anda mesti memulakannya dari kecil, melakukan kajian dan berjalan 
selangkah demi langkah.”

1. Pandai Melihat Dan Merebut Peluang
Sikap usaha dalam melihat dan merebut peluang yang telah Tan Sri Nasaruddin lakukan dapat dilihat apabila beliau membeli 20 AP ( Permit Import ) lalu ke Jepun, dimana beliau menghabiskan tiga bulan dan membawa kembali 20 unit pertama kereta Jepun terpakai yang berjaya dijual kesemuanya dalam masa tiga bulan. Beliau memulakan perniagaan automobil dalam sebuah kedai di Taman Maluri dan menjual 10 hingga 15 unit kereta sebulan. Pada tahun 1979, beliau membuka cawangan di Kampung Baru, Kuala Lumpur untuk menggiatkan lagi perniagaan peruncitan beliau dan menjual 40 hingga 60 buah kereta sebulan. Melalui pengalamannya ini, beliau memperoleh kecekapan mencari dan mengenal pasti peluang perniagaan yang wujud dan berkemampuan didalam memperluaskan pasaran.
2. Yakin Terhadap Keupayaan Diri

Tan Sri Nasaruddin merupakan seorang yang mempunyai sikap yakin diri yang merupakan faktor penting dalam diri seseorang usahawan. Hal ini dapat ditonjolkan melalui minat beliau untuk membeli 40 % kepentingan dan mengambil alih perusahaan kereta kebangsaan Malaysia, PROTON yang dilaporkan menghadapi kemelut kewangan. Beliau berkata bahawa beliau sudah menggariskan rancangannya untuk memulihkan Proton jika kerajaan Malaysia membenarkannya membeli kepentingan pengawalan syarikat tersebut. Sikap ini dapat dilihat apabila seseorang usahawan itu tidak takut mencuba sebarang risiko yang bakal dihadapi. Dengan banyak membaca dan mengumpul pengalaman terutama dalam bidang - bidang yang dikhususkan merupakan salah satu kaedah mempertingkatkan keyakinan diri. Mempunyai kepercayaan terhadap kebolehan dan kemampuan diri untuk mencapai sesuatu yang dihajati dengan melahirkan perasaan yakin terhadap kemampuan dalam menyelesaikan sesuatu atau menyahut sesuatu cabaran. 

Kesimpulan yang didapati berdasarkan kisah Tan Sri SM Nasaruddin SM Amin ialah dengan melalui minat yang mendalam terhadap sesuatu perkara dapat membantu mencapai kejayaan seperti petikkan kata-kata beliau, “Untuk berjaya anda mesti suka apa yang anda lakukan dan anda mesti tahu apa yang anda lalukan. Anda mesti mempunyai rancangan dan mempunyai arah tujuan dan dalam perniagaan anda mesti memulakannya dari kecil dan berjalan selangkah demi selangkah.” 

Selain itu, beliau juga mempunyai rancangan jangka panjang dan jangka pendek dengan mengumpul wang sebanyak RM 80,000 pada usia 19 tahun dengan membantu bapanya yang bekerja sebagai kontraktor untuk digunakan sebagai modal dengan membeli kereta terpakai buatan Jepun.

Beliau telah meninggal dunia akibat barah paru-paru di Los Angles, California AS pada 1 Mei 2008. Jenazah telah diterbangkan semula ke Malaysia dan disemadikan di tanah perkuburan Islam kampung Melaka, Ulu Langat pada 4.30 petang 4 Mei 2008.




Alfatihah....

p/s: yang lain disini

No comments: