Al-Quran

Friday, April 11, 2014

SAINS JANGAN TAK SAINS

TAHNIAH ! Caj potong dan pasang meter air di N.Sembilan naik

Kerajaan negeri mengumumkan kadar caj meliputi deposit, fi dan caj perkhidmatan pemasangan meter air bagi domestik serta komersial dan industri telah dirombak berkuatkuasa serta-merta.



Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan menjelaskan, sebelum ini kadar semasa bagi pemasangan air bagi domestik adalah sebanyak RM75 manakala kadar bagi komersial dan industri semasa berjumlah RM300.

“Bagi rumah dua dan berbilang tingkat kadarnya sebanyak RM100,'' katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di sini hari ini.

Pada masa sama, beliau turut menjelaskan, Syarikat Air Negeri Sembilan (Sains) telah menaikkan kos pemotongan atau penyambungan semula air daripada RM25 mengikut jenis meter.

‘Bagi meter bersaiz 50 milimeter (mm) kadarnya adalah sebanyak RM70, bagi saiz 50 mm hingga 100 mm adalah sebanyak RM100, untuk saiz 100 mm hingga 150 mm kadarnya adalah RM200.

Sumber

No comments: