Al-Quran

Friday, July 18, 2008

Digarhayu DYMM Yang DiPertuan Besar



Antara negeri di Malaysia yang rajanya memakai gelaran Yang Di-Pertuan Besar adalah Negeri Sembilan. Inilah keunikan negeri beradat ini selain penduduknya memakai dan menjujung adat perpatih sebagai panduan kehidupan seharian.
Esok 19 Julai hari jadi atau hari keputeraan baginda yang ke 86 tahun. Sebagai rakyat yang berasal dari negeri ini aku juga ingin mengucapkan selamat.
Dan setiap tahun juga akan diadakan keraian untuk rakyatnya di sekitar padang Seri Menanti ini. Orang disekitar kampung ini menamakankan keraian ini 'raja bogolek', raja tu, raja lah dan 'bogolek' itu adalah cakap minang 'beralek gadang' atau kenduri besar. Kerana ketiadaan perhubungan yang baik seperti sekarang , inilah masanya orang ramai bersosial dan bertanyakan khabar antara satu dengan yang lain. Disamping itu akan adalah orang-orang kampung mencari duit lebih dengan berniaga menjual lemang, tapai dan lain lain lagi. Raja bogolek ini seingat aku dari zaman kanak-kanak hinggalah usia meningkat sekarang tidak pernak tidak diadakan.
Walau apapun esok aku nak cuba juga untuk pulang ke kampung, nak layan raja bogolek, khabarnya acara sebelah siang telah diadakan antaranya Forum Perdana.
Untuk lebih mengenali negeri ini dan Yang Di-pertuan Besarnya sila ke http://rajakitans.gov.my

No comments: