Al-Quran

Monday, February 25, 2019

Maarof Mohd. Rashad sebagai Undang Luak Jelebu ke-16-tak direstui

Dato' Lembaga Luak Jelebu akan kemuka bantahan rasmi

Dato' Lembaga Luak Jelebu akan kemuka bantahan rasmi
ELEBU 20 Feb. - Para Dato' Lembaga Delapan Luak Jelebu akan mengemukakan bantahan rasmi terhadap penerimaan pengisytiharan pelantikan Maarof Mohd. Rashad sebagai Undang Luak Jelebu ke-16.
Persetujuan untuk mengemukakan bantahan itu telah dicapai dalam satu mesyuarat yang diadakan di Kuala Klawang hari ini yang dihadiri oleh para Dato' Lembaga, Buapak dan Anak Waris Kemin.
MOHD. RATHI SHAMSUDINDato' Shahbandar Mohd. Rathi Shamsudin berkata, surat bantahan itu akan dihantar kepada Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir selaku Pengerusi Dewan Keadilan dan Undang Negeri Sembilan.

"Salinan turut dihantar kepada Undang Yang Empat, Menteri Besar, Setiausaha Kerajaan Negeri dan Setiausaha dewan tersebut.
"Kami merayu bantahan ini dapat dipertimbangkan dalam usaha mempertahankan nama baik institusi Undang Luak di negeri ini," katanya di sini hari ini.

Pada Rabu lalu, para Dato' Lembaga terkejut dengan penyebaran surat Dewan Keadilan dan Undang Negeri Sembilan melalui aplikasi WhatsApp.
Kandungan surat itu yang ditandatangani Setiausaha Dewan Keadilan dan Undang Negeri Sembilan, Datuk Jemal Zainal Kasim menyatakan mengenai pengesahan terhadap pelantikan Maarof sebagai Undang Luak Jelebu ke-16.
Mohd. Rathi yang juga Setiausaha Lembaga Delapan luak itu berkata, seramai 30 orang yang telah memohon disenaraikan sebagai calon penyandang Undang Luak itu juga bersetuju menandatangani bantahan tersebut.
Tambahnya, bantahan itu sedang disiapkan dan akan dikemukakan kepada pihak yang berkenaan secepat mungkin.
Beliau memberitahu, para Dato' Lembaga luak itu juga akan memohon injunksi mahkamah bagi menghalang pelaksanaan pelantikan tersebut.

Utusan online



No comments: