Al-Quran

Friday, July 30, 2021

 Dari

Alhamdulillah, pada pagi Rabu saya telah berpeluang menyertai program Pusat Pemberian Vaksin Bergerak (PPVB) oleh Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) bagi penduduk di Seri Menanti, Kuala Pilah, Negeri Sembilan.
Program PPVB Seri Menanti di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) ini bermula 26 - 30 Julai 2021 dengan sasaran liputan 80% penduduk iaitu seramai 2500 orang diberikan vaksin COVID-19 dos pertama.
PPVB sebegini adalah bertujuan untuk menyediakan akses yang lebih luas kepada masyarakat luar bandar untuk mendapatkan vaksin, terutamanya bagi mereka yang masih belum mendaftar untuk vaksinasi di bawah PICK atau pun belum menerima tarikh temujanji melalui aplikasi MySejahtera.
Sehingga 28 Julai 2021, seramai 1728 orang penduduk di sekitar Seri Menanti telah divaksinasi melalui dua kaedah penyampaian:
1. Pusat pemberian vaksin satelit di Seri Menanti Resort bagi individu yang stabil; atau
2. Lawatan rumah ke rumah dalam kawasan Seri Menanti bagi pesakit yang terlantar di rumah atau warga emas/OKU yang tiada kemampuan fizikal/mental untuk hadir ke PPV.
Program ini adalah hasil kerjasama pelbagai pihak iaitu HCTM UKM, Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Institut Pengajian Tinggi (IPT), Pasukan Petugas Khas Imunisasi COVID-19 (CITF) dan Jabatan Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan, KKM. Bantuan juga diberikan oleh Pejabat Daerah Kuala Pilah, pihak berkuasa tempatan, pemimpin masyarakat tempatan, ketua-ketua kampung, PDRM dan lain-lain agensi.
Jutaan terima kasih diucapkan kepada kesemua sukarelawan, petugas dan pemimpin masyarakat tempatan yang telah memberikan kerjasama yang baik dalam menjayakan program ini. Penghargaan khusus diberikan kepada pihak Seri Menanti Resort yang telah membenarkan penggunaan fasiliti hotel sepanjang program secara percuma. Bagi mengatasi cabaran liputan internet yang terhad di kawasan luar bandar pula, sebuah syarikat telco swasta telah menyediakan perkhidmatan internet demi kelancaran pengoperasian PPVB ini tanpa sebarang caj.
Semoga segala usaha ini akan dapat membantu negara dalam mencapai sasaran liputan imunisasi kelompok dengan secepat mungkin.
Lindung Diri, Lindung Semua
Facebook Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah






Ini keseluruhan kes pada 29/7/2021






No comments: