Al-Quran

Friday, September 30, 2016

Ranah Minang - Bukit Tinggi => Padang

HARI KE TIGA: 18 Sept 2016
Selepas sarapan dan cek out hotel, menuju ke Batusangkar kami melihat panorama dan menikmati suasana pegunungan. Masha Allah maha kaya Tuhan yang menjadikan alam ini. Betullah kata perbidalan dulu "alam terkembang jadikan guru..."

Dalam perjalanan kami terserempak perarakan kanak-kanak berpakaian seragam dan kostium tradisional. Kanak-kanak ini sedang diraikan dalam majlis khatam Quran.






Menuju ketempat pembuatan kerepik labu bundo kanduang, kilang keropuk yang menjual keropuk labu agak sibuk dengan pelanggan yang datang dari Malaysia atau dari daerah lain Indonsia.




Perjalanan diteruskan lagi untuk meninjau pembuatan telekung Hjh Rosmah. Di sini bukan saja produk dijual hasilnya tapi juga tempat melatih anak-anak remaja belajar menjahit atau membuat sulaman telekung.



Kami singgah pula ke kilang pembuatan kopi Kiniko cara tradisional sambil menikmati beberapa hasil makanan tempatan. Secara tradisionalnya minuman kopi dibancuh sendiri dengan memasukkan sedikit serbuk kopi dan gula tebu asli kedalam tempurung dan dikacau menggunakan kulit kayu manis.



Kiri kanan jalan menuju ke Bukittinggi sawah padi saujana mata tapi kedudukan sawah sawah disini bertingkat dan berlopak-lopak kecil, semuanya dilereng bukit. Menjadikan pemandangan kita terus kekaki gunung yang membiru.




Pandangan ini dari pondok Flora tempat kami makan tengahari

Datang kesini kalau tidak ke Istana Pagaruyung tidak lengkap. Walaupun istana ini dirikan semula setelah berlakunya tragedi kebakaran besar pada istana ini, ciri-ciri tradisionalnya dan juga keasliannya tetap dipelihara sewaktu pembangunan semula. Sayangnya keseluruhan artifaknya telah hangus.





Tasik Singkarang yang berombak umpama laut yang terbentang menghasilkan pemandangan yang terindah dan ikan bilis air tawarnya menghasilkan pendapatan tambahan penduduk disini.


Pulang semula ke Padang melalui keluk 44 yang sungguh mencabar kenderaan.  Mata tidak lepas dari menikmati pemandangan gunung ganang, bukit bukau, lembah dan jurang yang dalam. Jalur kereta api masih juga merintasinya.





Surau dimana Bung HAMKA mengasah ilmunya

Sampai di Padang lebih kurang pukul 7.20 malam waktu tempatan kami terus saja makan malam disebuah restoren ikan bakar. Biasalah dimana-mana kedai makan disini hidangan memenuhi meja.



Selasai makan cek,in hotel terus. Rehat

HARI KE EMPAT: 19 Sept 2016
Usai urusan cek out hotel menuju aiport Minang kabau. Tanah minang akan kami tinggalkan...



No comments: