Al-Quran

Friday, July 25, 2014

MH17:Rumah Terbuka Aidilfitri Dibatal Atau Ditangguh

MH17: Kerajaan Negeri Batal 

Rumah Terbuka Aidilfitri

Diterbitkan: Jumaat, 25 Julai 2014 1:38 PM



KUALA LUMPUR: Kerajaan negeri turut membatalkan atau menangguhkan majlis rumah terbuka sempena Aidilfitri 2014, ketika negara diselubungi kesedihan dengan nahas pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH17 yang mengorbankan 298 penumpang dan anak kapal, termasuk 43 rakyat tempatan.

Pembatalan atau penangguhan itu juga selaras dengan keputusan pembatalan Majlis Rumah Terbuka Anggota Jemaah Menteri Aidilfitri 2014 yang diumumkan pejabat Perdana Menteri, Khamis.

Kabinet juga bersetuju membatalkan majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Malaysia 2014 anjuran Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan yang dijadual diadakan di Rembau, Negeri Sembilan.

Walaupun seluruh negara sedang bersedih atas tragedi ini, umat Islam masih disyariatkan untuk meraikan Aidilfitri setelah sebulan mengerjakan ibadat berpuasa di bulan Ramadan dengan sempurna dan kembali ke jalan fitrah Ilahi.

Majlis sambutan Aidilfitri tahun ini masih boleh diadakan tetapi perlulah bersederhana dan penuh tertib.

Pesawat MH17, dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur yang membawa 298 penumpang dan anak kapal terhempas di wilayah Donetsk di timur Ukraine pada 17 Julai. Pihak berkuasa Ukraine percaya pesawat itu ditembak jatuh.


No comments: