Al-Quran

Saturday, May 4, 2013

1001 Pasal Raya

Kata Jalil Hamid dalam lagunya  macam-macam pasal raya tapi hanya dia tak menyebut pasal pilihan raya mungkin pilihan raya datang sekali dalam lima tahun.. Apakah benda yang datang lima tahun sekali ini kita nak lupakan. Tantulah jawapannya tidak kerana inilah masa depan kita dan anak cucu kita kata promo yang diwar-warkan dalam semua saluran media massa terutamanya parti yang telah lama memerintah negara ini. Hakikatnya dalam pilihan raya tahun ini ramai yang berlambagkan bunga kebangsaan iaitu bunga raya. Ada tidak yang berlambangkan hantu raya...heheheehe....santai saja, mari kita dengar lagu raya dari Jalil Hamid.


Kalau menang pilihan raya tu dengan cara berhemah (mudah-mudahan begitu)  akan menjadi YB kepada rakyat yang memerlukan khidmat sudah tentu dairi kehidupan akan penuh kesibukan. Sesibuk macam mana sekalipun YB YB nanti tidak dapat tidak pelanggan mereka iaitu rakyat dan hatinya terpaksa dijaga. Kenagkan pada mereka yang memanjat tiang untuk menaikkan bendera dan membentangkan sepanduk. Kalau bendera parti dan sepanduk tak naik bakal bakal YB pun tidak akan naik.



Semuga para YB yang telah beroleh jaya tidak melupakan jerih perih, keringat para penyokong untuk memberikan kemenangan kepadanya.



No comments: