Al-Quran

Thursday, March 24, 2011

Jubli Emas

Hari ini dinar emas bank negara diniagakan RM 4,621 = 1 oz. Emas suatu bahan galian yang berharga kepada manusia berabad abad lamanya sehinggkan bahan galian yang hitam juga kita memberi gelaran emas hitam iaitu minyak.

Bagaimana pula usia emas, adakah manusia itu akan dihargai dan disayangi? Dari segi penampilan bagaimana? Adakah pemikiran dan pengalamannya akan dihargai atau setidak-tidaknya menjadi panduan kepada yang lain-lain. Wah! banyaknya persoalan yang ada dalam kepala.

Hari ini telah sampailah umur ku menyambut Jubli Emas. Rasanya singkat sekali masa berlalu dan meninggalkan kita. Besyukur aku kepada Allah subhanahuwataala yang menjadikan dan menghidupkan aku didunia ini. Memberikan kesihatan yang sangat baik dan hidup dalam aman dan tenteram. Rasanya baru saja zaman kanak-kanak dan muda belia aku lalui. Bagaimana melalui zaman itu dengan agak payah dan mengenang zaman muda melihat ibu dan ayah membesarkan dan mmendidik aku.

Bagaimana pula agaknya episod yang selanjut selepas ini dalam meniti usia setengah abad. Melihat anak-anak membesar dengan seribu macam pancaroba. Generasi ku diasak dari perbagai sudut. Ya Allah, berilah mereka ketabahan dan janganlah Kau uji mereka sehingga mereka melupai Mu. Jauhkanlah keluarga ku dari kekufuran.

Begitulah kalau sudah menjangkau umur jubli emas, banyak yang difikirkan hal-hal keluarga sehingga kulit menjadi kendur, mata menjadi kabur, gigi mulai gugur, uban mulai bertabur semuanya itu tanda makin dekat kekubur.




1 comment:

Anonymous said...

today gold is at RM5,783 per oz sudah!!!!