Al-Quran

Sunday, May 11, 2008

Penghargaan untuk ibu-ibu

Bermula dengan hari pekerja, hari ibu, hari belia, hari jururawat hari guru . Juga hari penubuhan UMNO. Pendek kata bulan Mei lah yang untung mempunyai bermacam-macam hari didalamnya. Kebetulan hari aku menulis ini pada 10 hb Mei dan besok ialah hari ibu jadi aku fokos pada hari ibu. Kerana ibulah segala-galanya bagi anak-anak, dari lahir, merawat dan membesarkan kita disamping jasa ayah. Beruntunglah bagi sesiapa yang masih mempunya ibu didunia ini dan marilah kita sedekahkan al-fatihah bagi ibu-ibu yang telah meninggalkan kita. Kerana doa anak yang soleh sahaja dapat membahgiakan mereka disana. Amin.


Pada sesiapa yang masih mempunya ibu/umi/emak/bonda atau apa jua panggilan buat mereka janganlah sesekali melukai hati mereka. Ingatlah susah payah mereka hatta kerana seekor nyamuk pun mereka sanggup bersengkang mata. Ingat kasih mereka sampai bila-bila. Tanpa ibu siapalah kita sebagai anak yang dapat menghirup udara dan melihat dunai yang indah ini.

Video ini bukan saja hiburan tetapi juga pengajaran yang patut di ikuti. Terima kasih kepada pembuat video ini. Dongalah orang kampung den nyanyi ni.


No comments: