Mohon share....
Kuala Lumpur dinobatkan sebagai ibu negara Malaysia sebaik saja negara ini bebas dari penjajahan British. Bagaimana agaknya wajah bandaraya Kuala Lumpur suatu ketika dulu?
Kami bawakan untuk anda wajah-wajah klasik Kuala Lumpur dari zaman seawal 1880-an hingga ke zaman 90-an seperti yang telah dikongsikan di
Tumblr Vintage KL.
Kami percaya gambar-gambar ini pasti membawa kembali nostalgia lama buat Gen X dan memberi keterujaan untuk Gen Y mengenali Kuala Lumpur di masa silam.
1. 1888 – Sukarelawan kebakaran di Jalan High Street ( kini Jalan Tun HS Lee). Ya anda tak silap baca, ini gambar dari zaman 1888. Jauh di masa silam.
2. Sekitar 1920 – Hiasan dalaman sebuah banglow di pinggir Sg Klang. Rumah ini di diami oleh Major R.J.H Sidney, guru besar Victoria Institution.
3. 1920 – Stesen KTM
4. 1923 – Members of the (Dutch?) Far Eastern Association of Tropical Medicine sedang meninjau sistem perparitan sewaktu berkunjung ke Kuala Lumpur
5. 1929 – Platform No 4, Keretapi Tanah Melayu
6. 1948 – Lapangan Terbang Sg Besi
7. 1950 – Warga British di Kuala Lumpur Rubber Plantation (kini bangunan Lembaga Getah Asli)
8. 1950 – Peace Corp mendarat di Lapangan Terbang Sungai Besi
9. 1953 – Isteri President Richard Nixon melawat Sekolah Perempuan Methodist
10. 1959 – Perpustakaan Universiti Malaya
11. 1960 – Pejabat IBM Malaysia di Jalan Pudu
12. 1960 – 2 bas di Jalan Sultan Sulaiman, berhampiran stesen KTM
13. 1960 – Kg Baru, wanita ini sedang berhari raya. Klasiknya!
4. 1960 – South Building, Jalan Ampang
15. 1960 – Pasaraya Robinsons di Jalan Mountbatten (kini Jalan Tun Perak)
16. 1963 – Pelakon Willliam Holden and Tetsuro Tamba, di lokasi filen ‘Seventh Dawn’. Lokasi kemungkinan besar di Stesen KTM.
17. 1965 – Yang Dipertuan Agong, Tuanku Syed Putra di Stadium Merdeka
18. 1966 – Subang Airport. Kapal terbang yang membawa Presiden Lyndon B Johnson.
19. 1966 – wanita dan kacamata. Ini adalah di dalam bangunan Standard Chartered Bank, Jalan Melaka, KL. Teringat pop yeh yeh!
20. 1970 – Subang Airport, balai ketibaan selatan
21. 1970 – Pusat Lumba Kereta Batu 3, Shah Alam (kini dah jadi kawasan perumahan)
22. 1971 – Bangunan Abdul Samad; sewaktu banjir kilat
23. 1971 – Keratan akhbar The Straits Times bertarikh 6 Jan 1971
24. 1972 – Orkestra RTM mengiringi sebuah persembahan TV Malaysia iaitu rancangan Keroncong Merdeka 1972
25. 1976 – Miss Malaysia Cik Puteh Naziadin dan kereta Datsun 120Y. Wah wah, memang cantik lah!
26. 1980 – Kumpulan Rock! Rockers mana la ni. Anda kenal?
27. 1980 – Jalan Chow Kit
28. 1982 – Seorang pekerja mengendalikan botol minuman 7UP di kilang Kuala Lumpur Glass Manufacturers Company
29. 1983 – Di hadapan Kompleks Dayabumi. Lihatlah fesyen tudung orang dulu-dulu.
|
Tapi nampaknya lebih kepada tangga Muzium Negara Kuala Lumpur
|
30. 1986 – Lawatan ke Tugu Negara. Nampaknya design Handbag LV memang long lasting dan tak lapuk dek zaman (alasan untuk membeli, hehe)
31. 1986 – Gambar ‘couple’ di Stesen Bas Pudu
32. 1988 – Pesawat Cessna di Lapangan Terbang Subang
33. 1989 – Petaling Street
34. 1990 – Kedai burung di Jalan Sultan, Chinatown
|
1947-Seorang kanak-kanak British bermain di Hotel Majestic Kuala Lumpur 1980'an Bangunan Hotel ini pernah dijadikan Balai Seni Lukis Negara |
|
1979-Stesen Keretapi Kuala Lumpur
|
|
1989-Bangunan rumah kedai di Jalan Sultan
|
|
1989-The Mall dari dalam bangunan, 2 tahun selepas dirasmikan pada tahun 1987 |