Bekas Undang Johol diminta berpindah dari kediaman rasmi
SEREMBAN 30 Mac - Bekas Undang Luak Johol, Datuk Mohd. Jan Abdul Ghani perlu keluar daripada Balai Undang Luak Johol bagi membolehkan Undang Luak Johol ke-15, Datuk Muhammed Abdullah menggunakan kemudahan tersebut.
Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, notis pindah keluar telah diserahkan kepada Mohd. Jan kerana masih tinggal di kediaman rasmi itu meskipun Muhammed telah sah diiktiraf sebagai Undang Luak Johol yang baharu.
"Itu rumah kerajaan, bukan rumah dia. Beliau perlu keluar sebab dia bukan Undang lagi.
"Keperluan Undang baharu, Datuk Muhammed Abdullah untuk tinggal di kediaman rasmi itu perlu disegerakan," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.
Muhammed yang sebelum ini adalah Baginda Tan Mas dimasyhurkan sebagai Undang Luak Johol ke-15 menggantikan Mohd. Jan yang dilucutkan jawatan pada 27 Mac tahun lalu kerana didakwa melakukan 13 kesalahan salah laku dan adat.
Pelantikan Muhammed disahkan oleh Dewan Keadilan dan Undang Negeri Sembilan pada 7 Oktober tahun lalu sebelum menghadiri Istiadat Menghadap Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir bagi menyempurnakan pelantikannya pada 15 Disember tahun lalu. - UTUSAN ONLINE
sedut di sini
@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
Jangan kelirukan kedudukan Undang Johol
30 Julai 2016 12:30 AM
Mohd. Jan Abdul Ghani (tengah) bersalaman dengan para Dato Lembaga dan Buapak Yang Enam Luak Johol selepas sidang akhbar di Balai Undang Luak Johol, Kuala Pilah, Negeri Sembilan, semalam. UTUSAN/ABD. RAZAK AID
KUALA PILAH 29 Julai – Balai Undang Luak Johol meminta masyarakat adat di luak berkenaan tidak terpedaya dan keliru dengan pelbagai dakwaan yang disebarkan terutamanya di media sosial berkaitan kedudukan Undang Luak Johol ke-14, Datuk Johan Pahlawan Lela Perkasa Setiawan, Datuk Mohd. Jan Abdul Ghani.
Ini kerana, Dewan Keadilan dan Undang Negeri Sembilan yang melakukan siasatan berkaitan isu pemecatan Mohd. Jan belum membuat keputusan rasmi berkaitan pertikaian tersebut.
Balai berkenaan melahirkan kebimbangan kerana sejak akhir-akhir ini pelbagai tuduhan dan tohmahan dibuat terhadap Mohd. Jan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab terutamanya di media sosial.
“Tuduhan itu mencapai kemuncaknya semalam apabila sebuah laman web mendakwa Mohd. Jan telah dilucutkan jawatan sebagai Undang Luak Johol Ke-14.
“Laman web itu juga mengheret Setiausaha Kerajaan Negeri dan Ketua Polis negeri dengan mendakwa kedua-dua pegawai kanan kerajaan ini kini merancang membawa Mohd. Jan keluar dari kediaman rasmi beliau di kompleks Balai Undang ini,” kata Balai Undang Luak Johol dalam sidang akhbar di balai berkenaan semalam.
Kenyataan bersama itu dibuat oleh para Dato Lembaga dan Buapak Yang Enam Luak berkenaan, antaranya Dato’ Baginda Tan Mas, Abdul Karim Mansor; Dato’ Jenang, Anuar Nordin dan Datuk Pawang, Mohd. Shari Abdul Razak.
Yang turut hadir, Mohd. Jan dan isteri, Tok Puan Khuzaimah Riduan serta Pensyarah Kanan, Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Perguruan Sultan Idris, Prof. Madya Datuk Paduka Dr. Mohd. Rosli Saludin.
Balai berkenaan menyifatkan perbuatan menyebarkan pelbagai tuduhan itu sebagai tidak menghormati Dewan Keadilan dan Undang Negeri Sembilan yang dipengerusikan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.
Para Dato Lembaga dan Buapak Yang Enam Luak itu menegaskan, sejak krisis Undang Luak Johol tercetus pada 27 Mac lalu dan penubuhan jawatankuasa siasatan oleh Dewan Keadilan dan Undang, Mohd. Jan telah mengambil pendirian untuk berdiam diri bagi menghormati dan melancarkan proses siasatan yang dijalankan.
|