Al-Quran

Friday, July 18, 2008

Digarhayu DYMM Yang DiPertuan Besar



Antara negeri di Malaysia yang rajanya memakai gelaran Yang Di-Pertuan Besar adalah Negeri Sembilan. Inilah keunikan negeri beradat ini selain penduduknya memakai dan menjujung adat perpatih sebagai panduan kehidupan seharian.
Esok 19 Julai hari jadi atau hari keputeraan baginda yang ke 86 tahun. Sebagai rakyat yang berasal dari negeri ini aku juga ingin mengucapkan selamat.
Dan setiap tahun juga akan diadakan keraian untuk rakyatnya di sekitar padang Seri Menanti ini. Orang disekitar kampung ini menamakankan keraian ini 'raja bogolek', raja tu, raja lah dan 'bogolek' itu adalah cakap minang 'beralek gadang' atau kenduri besar. Kerana ketiadaan perhubungan yang baik seperti sekarang , inilah masanya orang ramai bersosial dan bertanyakan khabar antara satu dengan yang lain. Disamping itu akan adalah orang-orang kampung mencari duit lebih dengan berniaga menjual lemang, tapai dan lain lain lagi. Raja bogolek ini seingat aku dari zaman kanak-kanak hinggalah usia meningkat sekarang tidak pernak tidak diadakan.
Walau apapun esok aku nak cuba juga untuk pulang ke kampung, nak layan raja bogolek, khabarnya acara sebelah siang telah diadakan antaranya Forum Perdana.
Untuk lebih mengenali negeri ini dan Yang Di-pertuan Besarnya sila ke http://rajakitans.gov.my

Friday, July 11, 2008

Ulang Tahun Ke 12-Along




Hari ini 9 Julai adalah hari jadi anak aku yang pertama. Selamat Ulang tahun, semuga di murahkan rezeki dan selamat. Antara lain doa seorang ayah. Apalah yang dapat aku berikan selain pendidikan yang terjamin.
Sempena ulang tahunnya, aku terus membawa mendaftar untuk mendapatkan satu kad yang amat penting. Dengan maklumat yang sedikit ada terus saja kekuanter pertanyaan, untuk mendaftar berumur 12 tahun. Lain yang kenyataan yang terpampang di-pintu masuk, lain yang diminta. Antaranya kad pengenalan dan salinan kedua-dua ibu dan bapa, ini tak menjadi masalah. Menjadi masalah kerana isteri aku tidak ikut bersama dan masalah lain ketiadaan kedai yang menjalankan khidmat membuat salinan fotostat. Bila ditanya kepada pegawai di-kaunter apa perlunya kad pengenalan dan salinan kedua ibu bapa, dia hanya menjawap sekadar perlu sahaja. Tidak ada penerangan yang jitu dan dapat menyakinkan. Kerana tidak mahu bertengkar aku terus saja berjalan kira-kira 100 meter mencari kedai fotostat bersama anak aku. Kelihatan muka anak aku kemerah-merahan dan peluh yang mengalir berjalan dalam cuaca yang panas.
Walau apa, aku berpuas hati kerana hajat aku terlaksana hari ini untuk mendaftarkannya mengikut tarikh lahir.

Selamat Hari Lahir, semoga Allah selamatkan kamu.