Al-Quran

Sunday, May 15, 2016

Kenangan Hari Belia 1983

Selamat Hari Belia untuk semua.

Kini sudah menjadi purba belia-belia yang menyambutnya pada tahun 1983 dulu. Inilah beberapa photo yang masih tersimpan ketika Timbalan Perdana Menteri Datuk Musa Hitam merasmikan perhimpunan yang diadakan di Stadium Jalan Raja Muda, Kampung Baru Kuala Lumpur.

Tanggal 15 May 1983 menyaksikan  tidak kurang dari 1000 orang belia yang berkumpul memenuhi stadium. Timbalan Perdana Menteri waktu itu memangku jawatan Perdana Menteri menjadi tetamu kehormat serentak merasmikan Hari Belia Negara. Satu penghormatan kepada beliau kerana belia boleh memenuhi stadium.



Datin Maria diiringi masuk ke stadium




Wednesday, May 11, 2016

Lari Ke Taman Negara Kuala Tahan


Baru-baru ini peluang ke Taman Negara Kuala Tahan. Pergi tidak melalui egensi pelancongan kerana ini difikirkan lebih jimat dan bebas. Berkereta terus saja ke Kuala Tanan. Di sini banyak bilik yang sederhana hinggalah yang mahal seperti Mutiara Taman Negara. Kalau dari pantai barat ini kita akan melewati Banjaran Titiwangsa. Bersedialah untuk pening kerana melalui jalan yang berliku dan bermula adventure disitu,.

Kita ada lebih dari 30 Taman Negara, ada 5 yang terkenal, di Sarawak ada tiga, Bako, Mulu dan Tunku Abdul Rahman (laut), Sabah satu Taman Kinabalu dan Taman Negara Pahang yang paling tua di Malaysia dibuka sekitar tahun 1938 atau 1939 dengan nama Taman Negara King George V.  Taman ini berkeluasan  4,343 km². Ia dijenamakan semula selepas merdeka sebagai Taman Negara.(Malaysia National Park) dan dikatakan hutannya berusia 130 juta tahun.

Uniknya Taman Negara ini ianya terletak di tiga sempadan negeri, Pahang, Terenganu dan Kelantan. Ianya telah dienekmen dinegeri masing masing. Taman Negara Pahang berkeluasan 2,477 km², Taman Negara Kelantan seluas 1,043 km², dan Taman Negara Terengganu seluas 853 km².
Cerita banyak tak guna, marilah dikongsikan foto-foto saya disana. Tapi foto pertama ini saya ambil dari internet gambaran Pusat Penerangan Pelancungan di tebing Sungai Tembeling sewaktu banjir hujung tahun 2014 dulu.

Foto dari dalam sungai - yg warna biru Pusat Penerangan Pelancungan
Kemusnahan bangunan ini tinggalan banjir 2014



Jengkaut digunakan untuk mendalam sedikit laluan bot
Fenomina al nino menyebabkan air sungai kering atau ujian dari
Allah setelah dilimpakannya pada Disember 2014

Jangan mimpi untuk makan diatas restoren terapung yg beralun
kerana semuanya sudah terletak diatas batu.

Paras air banjir  1971 tebing sungai disebelah Mutiara Resort
Untuk masuk ke Taman Negara pengunjung hendaklah mendaftar RM1.00 seorang untuk mendapatkan permit . Kamera dikenakan bayaran sebanyak RM5.00 setiap unit dan lesen memancing setiap joran RM10.00. Untung PERHILITAN dahlah kamera di caj dapat lagi promosi percuma dari penunjung diblog-blog dan FB mereka.

Susah juga untuk shoot sebab kerap bergerak




Untuk sampai disini mudik dari Kuala Tahan mengambil masa 1 jam.
Dari sini berjalan kaki  1.5 km ke Lata Berkoh.

Denai ini diikuti untuk sampai ke Lata Berkoh.





Lubuk yg sangat dalam, dilarang mandi.


Sekiranya air sungai jernih dapat melihat ikan kelah bermain
atau menunggu para pengujung memberi makanan.

Bot-bot sewa

Aktiviti di Lubuk Tenor memerhati ikan kelah menunggu
pengunjung memberi makanan.




Mengilir ke Kuala Tahan

Pandangan dari dari dalam bot muara Kuala Tahan.
Inilah sebahagian pemandangan yang indah dan adventure yang dilalui selama berada di Taman Negara.
Oops!
Sekira suka pada keindahan alam semula jadi bolehlah mengunjungi Taman Negara. Ada beberapa cara untuk sampai kesana. Sekiranya melalui jalan darat terus saja ke Jerantut dari sini ke Kuala Tahan lebih kurang 16 km. Manaiki kereta api stesen terakhir ialah Stesen Keretapi Kuala Tembeling dari sini akan meyusuri sungai Tembeling selama 2-3 jam untuk sampai ke Kuala Tahan.