Al-Quran

Wednesday, December 31, 2014

Duka Rakyat

Sebentar lagi kita akan meninggalkan tahun 2014 dan akan melangkah ke tahun 2015. Awal tahun dulu kita dengan penuh bergaya menyambutnya dalam pesta-pestaan, nyanyian-nyanyian tanpa sedikit pun merasa bersalah segala bentuk hiburan yang melalaikan. Merancangnya untuk pelancung masuk ke Malaysia dengan membawa pitih yang banyak. Kita pun melancar tahun melawat Malaysia 2014 penuh kegembiraan.

Tetapi rancangan itu rupanya ada lagi yang maha perancang. Kita telah dikejutkan dengan kehilangan kapalterbang MAS MH370 pada 8 Mac 2014 yang ketika itu dalam penerbangan ke Beijing dari Kuasla Lumpur. Sehingga kini tidak diketahui nasib penumpang seramai 227 orang dan  anak kapal seramai 12 orang dalam penerbangan bernombur pendaftaran 9M-MRO. Kemana ghaibnya sebuah kapalterbang yang sebegitu besar.Boeing 777-200ER itu. Merata pelosok dicari bagi kita mustahil tidak dijumpai tetapi sehingga sekarang masih lagi tidak dijumpai seolah kita mencari sebatang jarum yang jatuh ditengah padang.

 Belumpun kesedihan rakyat malaysia dengan kehilangan MH370 reda sekali lagi pada 17 Julai 2014 kita dikejutkan dengan kemalangan MH17 Boeing 777-200ER yang ketika itu membuat penerbangan dari Amsterdem ke KLIA. Dikatakan telah ditembak dan jatuh di sempadan Ukraine-Rusia behampiran Donetsk.Seramai 283 penumpang dan 15 anak kapal telah terkorban.



Malaysia telah mengistiharkan hari pekabungan negara sewaktu jenazah-jenazah rakyat malaysia dibawa pulang ketanah air.


Kita dihukum lagi dengan kedatangan musim tengkujuh dan banjir yang besar. Banyak harta benda dan nyawa telah menjadi korban, beratus ribu menumpang dipusat pusat bantuan.


keh....keh...keh....
Sedang kita berkira-kira mungkin tiada apa lagi kejadian yang boleh meruntun jiwa tiba-tiba pada 28 Disember 2014 sebuah kapalterbang AirAsia Indonesia yang pengerusinya (CEO) rakyat Malaysia Tony Farnandes telah hilang dalam penerbangan dari Surabaya ke Singapura. Seorang rakyat Malaysia dari Kuching Sarawak menjadi penumpang tunggal rakyat Malaysia. Penerbangan bernombor QZ8501AirBus 320-200.



Oleh itu janganlah kita berputus asa berdoa semuga Allah menjauhkan kita dari ujian sebegini, yang maha dahshat. Ampunkanlah kami ya Allah yang alpa terhadapmu dan menzalimi diri kami. Sesungguhnya kamilah yang berharap sangat-sangat rahmatmu.

Al-Fatihah.....







Pengembaraan Dalam Tengkujuh

Taiping...lama juga berhajat hendak kesana. Sebuah bandar warisan yang penuh dengan sejarahnya. Bangunan stesen kereta api lamanya yang ingin aku lihat. Sekarang bangunannya telah moden sebagaimana stesen-stesen kereta api yang lain..

Tetapi perjalanan kali ini tidaklah begitu baik kerana cuaca telah ditakdirkan mendung dan hujan sepanjang perjanan, dari keluar rumah hinggalah  kesana. Hujan agak reda sewaktu kami memasuki hotel penginapan.

Tembok/menara kawalan penjara Taiping



Penjara Taiping
Muzium Perak

Sekitar bandar Taiping yang sempat singgah di lensa kamera aku.






Antara peniaga yang bertahan menjalankan perniagaan di depan stesen kereta api lama


Meneruskan perjalanan ke Liman Kati mencari ikan kering dan ikan pekasam atau apa saja sebagai buah tangan untuk dibawa pulang.
Jambatan Raja Muda Nazrin
Kampung yang terakir aku siinggah

Pengembaraan kali ini tidaklah memenuhi perancangan asal dan kurang berpuas hati karana faktor cuaca yang tidak menyebelahi. Satu hari nanti akan datang lagi untuk menembusi beberapa tempat yang jauh terpencil.
NYA


Saturday, December 27, 2014

Tengkujuh Dan Banjir

Perumpamaan ada mengatakan 'kecil menjadi kawan, besar menjadi lawan' selalunya merujuk kepada api dan jarang atau hampir tiada dirujuk kepada air. Aku kira air juga boleh diumpamakan sedemikian.

Musim ini banyak negeri dilanda bah atau banjir Kelantan, Terenganu dan Pahang dan sekarang Johor juga mula dilanda banjir. Musibah atau anugerah sendiri mau ingat.



Dulu lebih kurang tahun 70'an kampung aku juga pernah dilanda banjir dan kali ini setelah empat pulun tahun sekali lagi dilanda banjir.







Foto-foto dari FB beliau


Harapannya semua mengambil iktibar dan besabar muga kita dirahmati selamanya.

Saturday, November 15, 2014

MEGALITIK TERACHI

Hari ini Harian Metro menyiarkan rencana tentang 'batu hidup' ini di Terachi - Jalan Seremban ke Kuala Pilah.

Batu nisan ‘membesar’

Kini ia semakin membesar ada antaranya melebihi ketinggian saya dan mencecah hampir dua meter,” kata penjaga kubur Khalibah Ujang, 63, dari Kampung Ibol, Terachi, dekat sini, menceritakan kisah batu nisan ‘hidup’ jenis megalit atau batu hidup.
Walaupun tidak sehebat struktur batu Stonehenge di Wiltshire, England, penemuan batu nisan di beberapa perkampungan di Terachi, amat unik dan antara khazanah negara yang perlu dipulihara untuk tatapan generasi akan datang.
Bagi mereka yang melalui Jalan Seremban-Kuala Pilah, di Terachi, pasti ternampak beberapa lokasi di kiri dan kanan laluan berkenaan mempunyai papan tanda Tapak Megalitik atau tapak batu hidup yang menempatkan kawasan kubur lama dianggar berusia ratusan tahun dan di bawah pengawasan Lembaga Muzium Negeri Sembilan (LMNS).

selanjutnya

Berikut pula gambar-gambar yang dirakam empat tahun lalu tepatnya pada 25 Oktober 2010. Ianya merupakan salah satu tapak Megalitik di Terachi.






Wednesday, October 22, 2014

Adat Dipakai Baharu Kain Dipakai Usang

Adat bersendi hukum
Hukum bersendi Kitabullah
Adat tak lapuk dek hujan
Tak lekang dek panas
Diinjak layu dicabut mati

Baru-baru ini di Luak Jelebu telah berlangsung satu acara adat Majlis Kerapatan Menampong Anak-Anak Buah Waris Menteri  YAM Dato' Menteri Sah Mangku Alam Raja Sari Hj Mat Tarmizi bin Selamat Pemangku Undang Luak Jelebu. Ianya telah dihadiri oleh Dato' Dato' Lembaga adat, ibu-ibu Soko dan anak-anak buah dari 'Perut 'yang berkaitan.

*Dari buku Negeri Sembilan Gemuk Berpupuk Segar Bersiram - Luak Jelebu.
Dato' Menteri adalah Tali Adat dan juga Lunas Lembaga dan Dato' Ombi sebagai Tali Pesaka mempunyai jurai yang sama disebabkan mereka adik beradik. Empat perut Dato' Menteri itu ialah:

1.Perut Meribung........................Gelaran Buapak -- To' Lela Raja
2.Perut Kampung Tengah............Gelaran Buapak -- To' Beremban
3.Perut Durian Daun....................Gelaran Buapak -- To' Amar Pahlawan
4.Perut Mengkan.........................Gelaran Buapak -- To' Dagang @ To' Siamar Dagang

Perut Dato' Ombi pula ialah:

1.Perut Larong Hulu.....................Gelaran Buapak -- To' Senara Sakti
2.Perut Teriang.............................Gelaran Buapak -- To'Imam Perang
3.Perut Larong Hilir......................Gelaran Buapak -- To' Lela Perkasa



Persiapan Alatan Adat

Diatas terdapat Tabir Lelangit dan dibawah Lebah Bergayut

Deta, Tilam Pandak, Tepak Sirih, Tikar Pandak Dan Tabir Lingkung

Pendaftaran Mengikut Perut

Sebahagian Anak Buah Waris

Anak dipanggil makan
Anak buah disorong balas




Kata diseru:
Dato' Menteri Sah Mangku Alam Raja Sari
Hj Mat Tarmizi bin Selamat Pemangku Undang Luak Jelebu

Banyak samo disuap sikit samo dicolek, orang memberi kita merasa buah tangan atau boko dari Dato' Menteri untuk anak buah supaya balik tidak berlenggang

Samo banyak samo moghaso

Setelah mustaid  dijambarkan hidangan



Kata perbilangan adat;
Bulat air kerana pembentung (buluh)
Bulat anak buah menjadi buapak
Bulat buapak menjadi lembaga
Bulat lembaga menjadi undang

#Tulisan ini secara ringkas sahaja, jika ada kemuskilan sila rujuk kepada pemuka adat yang lebih arif dan buku-buku berkaitan. Malu botanyo sosek jalan, sosek hujung jalan balik pangka jalan. Kok ado yang tak boto sila maklumkan kepada saya.