Sokonyang-konyang banting, Ghumput eh dimamah yo, Sejauh-jauh topolanting Jatuh eh ko tanah yo
Al-Quran
Thursday, December 17, 2009
Salam Maal Hijrah-1Muharam1431=18 Dis 2009-Ahlan Wa Sahlan
Ada pendapat mengatakan dizaman nabi semua ini tidak ada, tapi marilah kita melupakan pertelingkahan pendapat ini sebentar dan mengamal kebaikan darinya semuaga kita semakin hampir denganNya.
Semoga kita dipanjangkan umur, ditetapkan iman dan dimurahkan rezeki.
Tuesday, November 3, 2009
Teruskan Berpesta Ke Bukit Jalil
Sumber,
'Jaringan awal bakar semangat'
PEMAIN Negeri Sembilan, Shahurain Abu Samah meraikan kejayaan menjaringkan gol pertama pada minit ke-18 pada perlawanan akhir Piala Malaysia 2009 di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi. - BERNAMA
KUALA LUMPUR - Jaringan awal beri kemenangan kepada Negeri Sembilan, perkara itu diakui oleh jurulatih, Wan Jamak Wan Hassan selepas pasukannya berjaya menjuarai Piala Malaysia menewaskan Kelantan 3-1 di Stadium Nasional, Bukit Jalil, semalam.
Bekas jurulatih kebangsaan itu berkata, hala tuju perlawanan di Stadium Nasional Bukit Jalil itu sudah dirasainya sebaik sahaja Shahurain Abu Samah menjaringkan gol pada minit ke-17.
"Corak permainan kami bertambah bagus apabila memperolehi jaringan awal, pemain terus bersemangat untuk memburu jaringan seterusnya," katanya pada sidang media selepas perlawanan, semalam.
Tanpa menghiraukan sorakan lebih 60,000 penyokong Kelantan anak buah Wan Jamak terus beraksi seperti biasa, malah mendapat jaringan kedua pada awal separuh masa kedua melalui jaringan Hairuddin Omar.
Disiplin yang tinggi juga menjadi faktor utama kemenangan pasukan Negeri Sembilan, walaupun penyokong Kelantan melontar objek dan mercun ke dalam padang ia langsung tidak mengganggu fokus mereka.
Statistik perlawanan
"Awal-awal lagi saya sudah menasihati pemain supaya sentiasa mengawal disiplin mereka dan ternyata mereka mengikutnya," katanya.
Kekebalan Shukor Adan di barisan pertahanan juga menjadi kunci utama kegagalan Kelantan menembusi kubu pertahanan Negeri Sembilan, pemain terbaik perlawanan akhir itu berganding baik dengan Aidil Zafuan Abd. Radzak.
Bagi B. Sathianathan pula, Negeri Sembilan berhak untuk muncul juara tetapi dia berbangga dengan prestasi yang dipamerkan oleh pemainnya.
"Selepas jaringan pertama dan kedua mereka (Negeri Sembilan) mula menunjukkan keyakinan dan pemain saya mula hilang tumpuan," kata bekas jurulatih kebangsaan itu.
Bagaimanapun Sathia yakin pemain muda yang diturunkan memperoleh pengalaman berharga dan yakin mereka mampu bangkit pada musim seterusnya.
"Saya bangga dengan pemain mereka mampu membawa pasukan sehingga ke peringkat ini dan kehadiran penyokong yang ramai bukan punca kami tewas, ia adalah kelebihan buat kami tetapi kemenangan berhak kepada Negeri Sembilan," katanya.
oOo HANTARAN TERDAHULU oOo
Somugo pasukan kita monang perlawanan bola Piala Malaysia hujung minggu nanti iaitu 7 Nov 2009 nanti Stadium Nasional di Bukit Jalil. Kek sesapo yang nak poi Bukit Jalil tu jangan lupo pakai baju kuning (bukan kempen Bersih) tapi sebagai sokongan kek pasukan kito.
Bulat air kerana pembontong,
bulat kata kerana muafakat.
Adat berkeluarga, keluarga dipertahankan
Adat berkampung, kampung dipertahankan
Adat bernegeri, negeri dipertahankan.
Kalau sepasukan, pasukan dipertahankan
Tapi dalam pada itu jangan lupo jago namo baik kito. Jago tingkah laku. Jangan salah tingkah nanti parah.
Tuesday, October 27, 2009
Dirgahayu Yang Dipertuan Besar Ke 11
Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan yang ke 11 dalam upacara istiadat pertabalan. Semuga negeri ini aman dan makmur dibawah pemerintahan tuanku.
Raja Dan Yang Dipertuan Bersar Negeri Sembilan yang terdahulu sebahagian dipetik dari buku Takhta Kerajaaan Negeri Sembilan oleh Tan Sri Abdul Samad Idris:-
1. Raja Melewar 1773-1795
2. Raja Hitam 1795-1808
3. Raja Lenggang 1808-1824
4. Raja Raden 1824-1861
5. Yamtuan Imam (Adinda)1861-1869
6. Tengku Ampuan Intan 1869-1872 (memangku)
7. Yamtuan Antah (Putera Raja Radin)1872-1888
8. Tuanku Muhammad (Putera) 1888-1933
9. Tuanku Abdul Rahman (Putera) 1933-1.4.1960
10. Tuanku Munawir (Putera) 1960-14.4.1967
11. Tuanku Jaafar (Adinda)1967-27.12.2008
12. Tuanku Muhriz (Putera Tuanku Munawir) Dimasyurkan 28.12.2008 dan ditabalkan pada 26.10.2009
Sunday, October 25, 2009
Istiadat Bersiram
Perarakan menghela Takhta Rencana meninggalkan perkarangan Istana Besar Seri Menanti menuju ke Panca Pesada untuk istiadat bersiram.
Didahului oleh pasukan Dikir Rebana.
Tuanku Muhriz dan Tengku Ampuan bersemayam diatas Takhta Rencana.
Takhta Rencana dihela oleh pegawai/dato' 99 istana.
Doa ditampung dipimpin oleh mufti kerajaan Negeri Sembilan menandakan istiadat bersiram berakhir.
Thursday, October 22, 2009
Pameran Kereta Antik Dan Kelasik
Disepanjang jalan dari Seremban ke Seri Menanti tadi banyaklah bena dan kain pemidang juga panji-panji ditegak dan digantungkan. Dahulu dikhabarkan alat-alat kebesan dikeluarkan satu persatu oleh datuk datuk bergelar di Istana.
Sempena pertabalan DYMM Yang Dipertuan Besar yang ke 11 banyak acara diatur diantaranya pameran kereta yang aku sendiri mengambil bahagian ini. Malam nanti akan diadakan Forum Perdana.
Diantara deretan kereta Volkswagen
Sedang melintasi Panca Persada berlatarkan Istana Lama
Friday, October 2, 2009
Bencana atau amaran
Cuba perhatikan disekeliling kita sekarang setiap sudut ada bencana ataukah peringatan dari Allah yang manusia seolah-olah mulai lupa kepadaNya. Apakah kita lupa tsunami yang melanda Acheh dan negara sekitarnya termasuk kita pada 26 Disember 2004.Gempa bumi di Lautan India menyebabkan tsunami melanda banyak negara dan mengorbankan lebih 150,000 orang.Foto dibawah keadaan selepas gempa minggu ini.
Kesan Gempa Di Padang
Minggu ini dunia dikejutkan lagi dengan ombak tsunami di negara--negara Polesinia- Samoa, Samoa Amarika dan Fiji, beratus jiwa yang terkorban.Dan pada masa yang hampir sama Filipina juga dilanda oleh ribut tropika Ketsana , Indonesia khususnya daerah Padang Sumatra Barat digegarkan oleh gempa yang dahsyat. Ini semua mungkin peringatan dari Allah kepada kita yang lalai tentang kekuasannya.
Tuesday, September 29, 2009
Sujutlah...
Masjid Lama Seri Menanti ini sudah tiada fungsikah lagi. Uasaha harus diambil untuk memeliharanya.
Masjid Kuala Dulang, Jelebu, Negeri Sembilan.
Dikatakan kawasan ini pernah dilanda banjir yang besar tetapi dengan takdir allah masjid ini selamat dari banjir tersebut.
Masjid Datuk Undang Kamat, Johol, Negeri Sembilan.
Kubah/bumbung masjid ini menyerupai bumbung -bumbung masjid yang terdapat di Melaka, apa kaitannya?
Wednesday, September 23, 2009
Berhari Raya Di Kampung
Masjid Tunku Menawir Seri Menanti. Alhamdulillah dapat juga aku sembahyang ditempat yang agak selesa walaupun orang ramai membanjiri masjid.
DYMM Yang Dipertuan Besar diiringi menteri besar keluar bersalaman dengan rakyat sebelum menuju kemakam di raja.
Aku juga mengunjungi makam kedua ibu dan bapa, sambil berdoa semuga rohnya ditempatkan bersama orang-orang yang soleh dan solehah, amin.
Di Jelebu, sanak saudara mengunjungi saudara yang tua, mengiratkan siratulrahim.
Saturday, September 19, 2009
Minal Aidil Wafaizin 1430Hijrah
Thursday, September 10, 2009
Ramadhan Ini
Ramadhan telah masuk 10 yang terakhir. Kalau nak dikirakan banyak lagi yang patut dilakukan selain dari memikirkan perhiasan rumah dan kosmestik luaran peribadi. Kita hanya punya waktu yang tidak sampai 10 hari lagi sebelum ramadhan ini berakhir dan membuatkan kita rindu kepadanya. Apakah kita akan bakal bertemu lagi dengan ramadhan yang akan datang?
Samalah berdoa agar kita ditemukan lagi pada tahun-tahun mendatang.
Dalam pada kita meniti ramadhan ini, zakat fitrah jangan dilupakan begitu juga dengan zakat-zakat lain yang wajib dikeluarkan, 2.5% darinya bukan mutlak kepunyaan kita ada lagi tangan-tangan lain yang wajib kita hulurkan bantuan. Sedarlah 2.5% yang kita infakkan itu tidak akan menjadikan kita papa melarat, tetapi Allah akan melapangkan jalan untuk kita menambah rezeki, inshaallah. Ingatlah itu wahai anak-anakku. Bukankah tangan yang diatas itu lebih baik dari tangan yang dibawah.
Thursday, August 20, 2009
MARHABAN YA RAMADHAN 1430H
ÙŠٰٓـاَÙŠُّÙ‡َا الَّØ°ِÙŠۡÙ†َ اٰÙ…َÙ†ُÙˆۡا Ùƒُتِبَ عَÙ„َÙŠۡÚ©ُÙ…ُ الصِّÙŠَامُ Ú©َÙ…َا Ùƒُتِبَ عَÙ„َÙ‰ الَّØ°ِÙŠۡÙ†َ Ù…ِÙ†ۡ Ù‚َبۡÙ„ِÚ©ُÙ…ۡ Ù„َعَÙ„َّÙƒُÙ…ۡ تَتَّÙ‚ُÙˆۡÙ†َۙ ﴿Û±Û¸Û³
yaa ayyuhaa alladziina aamanuu kutiba 'alaykumu alshshiyaamu kamaa kutiba 'alaa alladziina min qablikum la'allakum tattaquuna
183. Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa,
Semuga anak-anak dan adik-adik dapat pengajaran dari video ini.
Cuba dengarkan lagu ini pula
Betapa syahdunya pula lagu ini, dalam kesyahduan menuntut pengertian.
Thursday, August 13, 2009
Ustaz Asri Rabbani meninggal dunia
Khamis Ogos 13, 2009
Ustaz Asri Rabbani meninggal dunia
Tinggal kenangan..Asri (dua dari kiri, bawah) ketika bersama anggota Rabbani yang lain pada dua hari lalu ketika majlis sidang media dan memeterai satu lagi perjanjian kerjasama bersama Hotel Singgahsana untuk terus membuat persembahan di hotel tersebut sepanjang bulan ramadan yang bakal tiba nanti. -foto The Star
PETALING JAYA: Vokalis kumpulan nasyid Rabbani, Ustaz Mohd Asri Ibrahim, 40, disahkan meninggal dunia kurang sejam yang lalu akibat serangan jantung di Hospital Pantai, Bangsar.
Menurut rakannya, Azadan, jenazah arwah Asri akan dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) selepas ini.
Dimaklumkan, arwah meninggal dunia selepas jatuh pengsan semasa memberikan ucapan dalam sidang media program 'Syahadah' di Angkasapuri, Radio Televisyen Malaysia (RTM) kira-kira pukul 10.30 pagi tadi.
Asri dilahirkan pada 3 Ogos 1969 di Klang, Selangor.
Arwah meninggalkan seorang balu, Halizah Shahzan, 39, dan enam orang anak.
Asri menyertai kumpulan nasyid terkenal itu sejak ia ditubuhkan secara rasmi pada 1 Mac 1997 dengan dianggotai oleh sembilan orang termasuknya.
Asri juga pernah menyanyi secara duet dengan beberapa penyanyi terkenal seperti Mawi menerusi lagu 'Saksi' dan 'Mentari Merah Di Ufuk Timur' nyanyian bersama Amy Search.
Kehilangan Asri kini bermakna hilanglah tunjang Rabbani memandangkan arwah banyak menyumbangkan kemajuan prestasi sekaligus memberikan kejayaan kepada Rabbani.
Atas kejayaan itu, maka tidak hairanlah jika Rabbani dijulang sebagai Penyanyi/Artis Nasyid Popular di Anugerah Bintang Popular (ABP) selama lapab tahun berturut-turut.
Tidak kurang juga anugerah yang dicapai di Anugerah Industri Muzik (AIM) seperti Album Nasyid Terbaik 2001 (Iqrar - 1421), Vokal Berkumpulan Terbaik Dalam Album 2001 (Iqrar-1421), Album Terbaik 2001 (Iqrar-1421), Album Nasyid Terbaik 2002 (Intifada), Album Nasyid Terbaik 2003 (Qiblat) serta Album Nasyid Terbaik 2009 (Nostalgia Nada Murni) dan Lagu Nasyid Terbaik 2009 (Bila Nur Melimpah Di Hati).
Kemunculan Rabbani yang turut dianggotai oleh Mohd. Asri Baidul @ Ubaidullah, Azadan Abdul Aziz, Muhammad Luqman Abd Aziz, Muhammad Rithauddeen Yaakob, Mohamad Afandi Ahmad Shafie, Nazrul Azhar Tamrin dan Zulkiflee Azman ini adalah dengan konsep yang tersendiri.
Dalam tempoh lebih 12 tahun berada dalam industri ini, Rabbani telah menghasilkan 19 buah album seperti 'ARAH Dari Mana… Ke Mana…' (1997), 'Pergi Tak Kembali' (1999), 'Intifada' (2000), 'Yalla Beena' (2004) dan yang terbaru, 'Nostalgia Nada Murni'.
Bermula dengan berkonsepkan nasyid klasik, melalui irama-irama yang dipetik dari Timur Tengah, Afrika dan Andalusia, kemudian diadun dan diolah mengikut citarasa yang sesuai dengan era yang terkini.
Juga dipersembahkan bersesuaian dengan citarasa remaja.
Disamping itu ditampilkan dengan adunan muzik ala melayu timur dan digabungkan dengan adunan muzik timur tengah.
Dan kini Rabbani muncul pula dengan konsep yang lebih global dalam bidang muzik tanpa mengurangkan kualiti mesej yang akan disampaikan dengan menampilkan world music didalam lagu-lagu terbarunya.
Ini adalah untuk menjadikan irama nasyid ini akan terus segar dari semasa ke semasa dan terus diminati oleh semua golongan tanpa mengira had bangsa dan negara.
Bagaimanapun dalam menyampaikan irama nasyid ini mesej adalah yang paling utama sekali dengan berpersepsikan bentuk nasihat, dakwah dan panduan.
Sekurang-kurangnya sedikit demi sedikit pendidikan secara tidak langsung itu berjaya masuk ke ruang fikiran sambil berhibur.
Lantaran itu juga boleh mendorong sikap kita ke arah kebaikan.
Takziah dan Al Fatihah...
##Nostalgia NADAMURNI adalah album dari kumpulan HIJJAZ.
Wednesday, August 12, 2009
Dharmala NS Meninggal Dunia
Aug 12, 09 4:01pm
Sasterawan dan budayawan Dharmala NS atau nama sebenar beliau Abdul Muluk Daud meninggal dunia di Hospital Selayang, Selangor kira-kira 8.45 pagi ini akibat sakit jantung.
Abdul Muluk, 62, yang turut mesra dengan panggilan Pak Dharma meninggalkan seorang balu dan enam orang anak - empat lelaki dan dua perempuan, antara 16 hingga 31 tahun.
Balunya Adiah Matlana, 54, berkata Dharmala diserang sakit jantung selepas bersahur bersama ahli keluarganya di Taman Seri Gombak, Selangor pada 4 Ogos lepas, lapor Bernama.
"Pak Dharma terus dikejarkan ke Hospital Selayang oleh ahli keluarga dan dimasukkan di Unit Rawatan Jantung (CCU) sehingga menghembuskan nafas terakhir pagi ini," katanya kepada agensi berita itu.
Abdul Muluk juga pengendali laman blog Warga Prihatin Malaysia (Prima).
Adiah berkata jenazah allahyarham dikebumikan di kampung asalnya di Kampung Bachang Mantin, Jelebu selepas solat Asar.
Allahyarham semasa hayatnya merupakan penulis novel, cerpen, sajak, drama televisyen dan penulis skrip filem Raja Melewar.
Novel hasil buah tangannya termasuklah Hanya Tinggal Kenangan, Lembah Tercinta dan Tinggal Kasih Tinggallah Sayang, sementara cerpennya pula Rumah Baru (antologi bersama), Sayembara II (antologi bersama), Sayembara III.
Drama TV karyanya antaranya Terbang Kenyalang dan Satu Anugerah.
Takziah kepada keluarga beliau dan Al Fatihah untuk seorang penulis yang bernama Dharmala NS.
Dan ini adalah laman blog beliau http://abdulmulukdaud.blogspot.com/
Monday, July 20, 2009
Israk Dan Mikraj
Hari ini bersamaan 27 Rejab 1430 hari yang penuh peristiwa bagi umat Islam . Dimana Nabi Muhammmad Salallahhualaihiwasam telah Israk di Masjidil Haram di Mekah ke Masjidil Aqsa di Batulmuqadis dan Mikraj ke Sidratul Muntaha dilangit ketujuh.
Kita tinggalkan dahulu hujah-hujah Israk dan Mikraj Nabi ini dengan jasad dan roh atau roh sahaja.
Sedari kecil kita diperdengarkan tentang peristiwa perjalanan Nabi SAW ini oleh ustaz-ustazah bagi memperkukuhkan keimanan kita. Bagaimana Nabi dalam peristiwa ini diperlihatkan akan pembalasan wanita-wanita yang telah melakukan dosa (tak silap 10 semuanya) dan keagungan wanita bernama Masyitah. Ambillah pengajaran dari semua itu.
Dan yang penting sekali bagaimana Baginda mendapat wahyu yang teristimewa di Mustawa dibawah Arash Allah menembusi langit ke tujuh ia itu solat (sembahyang) lima kali sehari semalam. Tidak dipesan-pesan seperti ibadat-ibadat lain melalui Jibril.
Sistem adat perpatih juga tidak lepas dari mengikut hukum, seperti kata pebilangan;
Adat bersendikan hukum
Hukum sersendikan kitabullah
Kuat adat tak gaduh hukum
Ibu hukum muafakat
Ibu adat muafakat
Tuesday, July 14, 2009
"Wahdah Pemangkin Khaira Ummah"
Bulat air kerana pombontong
Bulat kato kerana muafakat
Sepakat pangka selamat
Sengketa pangka colako
Saturday, July 11, 2009
Persukuan Adat Perpatih 2009
Perasmian hari ini oleh DYMM Yang Dipertuan Bosa. Mulo dari semalam hinggo sampai esok 12 Julai 2009. Opo nak buek tak dapek balik. Alangkah baik eh kalau dapek balik, buleh yo nonga-nonga seminar atau nengok-nengok aktiviti kek sinun. Donga eh macam-macam ado, dari lauk pauk eh yang tak ponah den donga, khoba ada gulai "bono" (apo namo eh tu...)hinggolah ko majlis-majlis yang buleh tambah sikit ilmu adat pepatih ni.
Inilah namo eh ni...
yang bulat datang bogolek
yang pipih datang melayang
tapi tak bosambut
Thursday, July 9, 2009
Selamat Hari Lahir Along
Wednesday, July 8, 2009
Harimau Mati Meninggalkan Belang...
MJ akan dijadualkan membuat persembahan yang terakhir dan istimewa dalam abad ini di London tetapi belum pun persembahan itu berjalan beliau telah pun menemui Tuhannya. Raptai persembahan itu telah berlangsung beberapa ketika.
Subhanallah, bagi aku tiada ruginya beliau menemui rabuljalil ketika ini, Tuhan itu maha kaya dan pengetahuannya melitupi sekelian alam memandangkan persembahan-persembahan beliau sebelum ini dan juga kelakuan peminatnya dalam setiap konset yang diadakan. Mungkin Allah mahu memelihara beliau dari kemuflisan iman…
Disini aku selitkan salah satu daripada raptai terakhir beliau.
Sunday, May 10, 2009
Selamat Hari Ibu
Khas buat ibu-ibu yang disayangi oleh anak mereka aku didikasikan video di bawah yang tak seberapa ini untuk mereka.
Wednesday, March 25, 2009
Aqiqah,Marhaban,Berindoi Dan Cukur Jambul
Marhaban dan berzanji memuji-muji nabi Muhammad s.a.w
Potong jambul atau cukur jambul yang pasti gunting rambut
Berindoi tradisi dan adat melayu, syair-syairnya penuh dengan pengajaran dari asal kejadian hingga membesarnya seorang manusia.
Ini baru bercukur.
Keletihan seharian menjadi perhatian dan mangsa pisau cukur/shaver ayahnya, licin kene kerjakan.
Hari ini juga kebetulan hari ulang tahun aku, macam Mr Been pulak sendiri ucap selamatlah...
Semuga bertambah rezeki lagi dan redha Allah bersama kami.
Monday, March 9, 2009
Keputeraan Junjungan Muhammad SAW
Wednesday, February 25, 2009
Ahli Keluarga Kami Yang Ke Lima 25 Feb 2009@30 Safar 1430Hijrah
Dari seorang dah berdua. Dari berdua dah bertiga dan seterusnya hinggalah kelima buat masa sekarang ini. Syukur pada Allah hari ini isteriku selamat melahir anak kami yang kelima tetapi yang ada sekarang ini tiga termasuk yang baru lahir pagi tadi kira kira jam 9 pagi. Pada orang kiranya telah dikurniakan anak perempuan sementah lagi telah ada dua tentulah mengharapkan yang bakal lahir anak lelaki, tetapi siapalah kita yang boleh menentukan semua itu. Aku tetap bersyukur anak aku lahir selamat dengan cara biasa seberat 3.9kg Putri kami yang ini tetap dibelai juga. Hari ini bertalu-talu panggilan masuk diterima. Semuanya bertanyakan baby apa yang lahir, hadiah dan amanah Allah yang aku terima.Semuanya secara kebetulan seolah-olah mereka tahu isteriku masuk hospital hendak melahirkan. Tetapi soalan yang popular baby apa yang aku dapat.
Foto Kira-kira Jam 7.00 malam
Tuesday, February 10, 2009
Selamat Pengantin Baru
Tahniah dan selamat menjalani hidup berumahtangga. Selamat menempuh gerbang perkahwinan pada 6 Feb 2009. Acu didikasikan vedio tak seberapa ini untukmu. Hidup dalam alam rumahtangga ini juga ada pasang surutnya. Bila pasang berhati-hati dan bila surut pun berhati-hati.Ingatlah perkahwinan satu ibadah, bila dikatakan ibadah ada rukun dan tertibnya. Acu mengingatkan diri Acu dan semuanya tentang perkara ini. Pesan orang tua-tua hendaklah di ingat; keruh dihulu selesaikan dihulu
Tuesday, January 13, 2009
Tokonang Maso Dulu
Ghupo eh orang nogorilah yang mulo-mulo menyanikan lagu yang ado rap, tak cayo teruskan tengok. Jangan lupo nak fokus kek orang tuo sorang tu.
>">