Wednesday, February 25, 2015

Satu Kehilangan Buat Penakuk Destar Negeri Sembilan

Dari Allah kita datang dan kepada Allah kita pulang

Kembalinya kerahmatullah penerima Anugeraha Karyawan Seni Tampak pembuat/penakuk destar di Negeri Sembilan Ustaz Md Isa bin Md Ali di Kampung Triang, Jelebu pada 24 Febuari 2015 dan jenazahnya selamat disemadikan ditanah perkuburan kampung tersebut hampir maghrib semalam.

Beliau semasa hayatnya pernah mengajar di Sekolah Kebangsaan Seri Menanti, ketika itu dan juga Sekolah Kebangsaan Gunung Pasir sebelum berpindah ke Jelabu dan menetap disana. setelah bersara mengajar dimasjid-masjid di daerah ini dan lain lain tempat.

Dari buku cenderemata

Dari buku cenderemata


Beliau pernah menasihati agar membuat sesuatu dengan betul dan memakai tanjak atau deta juga dengan betul, pekai berpatut patut.

Semuga Allah mencucuri rahmah ketas rohnya....

Al-Fatihah...

...amin...




Sunday, February 15, 2015

Asal usul Mukim Terachi



JIKA berkunjung ke daerah Kuala Pilah, pasti akan ditemani pemandangan cukup indah, dihiasi hijauan sawah padi, gunung ganang mendamaikan terletak di Mukim Terachi.

Mukim Terachi, dibarisi 17 kampung Tradisional bermula dari kampung Ulu Bendul sehingga bersempadanan di Simpang Seri Menanti.

Menyingkap sejarah bermulanya perkataan Terachi itu, Sinar Harian menemubual orang adat di Terachi dengan membawa gelaran Lembaga Kanan Luak Terachi, Ahmad Awaludin.

Ahmad, 65, yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Padang Lebar berkata, mengikut cerita orang dahulu, bermulanya peristiwa itu selepas orang Minangkabau meneroka kampung berkenaan.

“Di sinilah orang Minangkabau mengupah Orang Asli menebang sebatang pokok yang dikenali pokok Merbau.

“Pokok itu dipercayai sangat tinggi dan besar. Di sebalik pokok itu, mereka memberitahu lokasi pokok itu di kiri jalan jika arah Kuala Pilah.

“Difahamkan,  pokok itu turut mengeluarkan air dari akarnya. Tidak hairanlah, di sisi pokok itu terdapat satu perigi dan airnya keluar dari akar pokok Merbau,” katanya.

Disebabkan pokok tersebut terlalu besar, katanya, Orang Asli perlu mengambil tempoh yang lama untuk menebang pokok berkenaan.

“Maklumlah, zaman dahulu mana ada peralatan canggih seperti sekarang. Mereka semua gunakan beliung dan kapak semata.

“Mungkin kerana terlalu ambil masa lama untuk tebang pokok itu, orang Minangkabau berasa tertipu dengan helah Orang Asli yang melambat-lambat kerja penebangan pokok. Ini kerana pembayaran sudah dilakukan tetapi kerja tidak dilakukan.

“Maka, tercetuslah perkataan ‘tak chi’ yang membawa maksud tidak ikhlas, tidak jujur. Orang Minangkabau beranggapan mereka telah ditipu oleh Orang Asli,” katanya.

Selepas itu, katanya, dalam tempoh tersebut, Orang Asli berjaya jua menebang pokok itu dan akhirnya mewujudkan perkataan ‘ter’ chi.

"Sejak dari peristiwa itulah, tempat ini digelar Terachi," katanya.


Sejarah sebalik surau

Menurut Ahmad, kedudukan pokok Merbau itu berada di sebuah surau dua tingkat di kampung Padang Lebar, Terachi. Bagaimanapun perigi yang diceritakan oleh orang dahulu sudah tiada akibat dimamah usia.

“Surau itu turut diberikan nama Surau Perigi Merbau di Padang Lebar, Terachi. Bagi menterjemahkan nama Padang Lebar, ia bermula dari kawasan rata dan sangat luas. Oleh itulah, mereka menggelarkan Padang Lebar dan melekat sehingga kini,” katanya.

Menurutnya, usia surau tersebut melebih 100 tahun kerana dipercayai dibina abad ke-18.

“Surau ini masih aktif dengan pelbagai pengisian keagamaan dan mampu menempatkan 200 jemaah dalam satu-satu masa.

“Memandangkan ia dua tingkat, bahagian atas ditempatkan untuk kita bersolat, manakala tingkat bawah untuk solat jenazah,” katanya.

Sementara itu, Ahmad turut menyingkap tentang kewujudan salah satu khazanah peninggalan bersejarah iaitu batu megalitik yang mempengaruhi serta merujuk kepada perkembangan tradisi dan budaya masyarakat pada suatu ketika dulu.

“Batu megalitik turut tertanam di belakang surau ini. Perkataan ‘megalitik’ yang berasal dari perkataan Greek ‘mega’ yang membawa maksud besar dan ‘lithos’ iaitu batu, boleh didefinasikan sebagai batu besar yang didirikan di atas tanah secara bersendiri dan berpasangan.

“Lebih dari 10 buah batu megalitik tertanam di sini dan ia dilihat seperti hidup. Batu ini dibawah jagaan Lembaga Muzium Negeri Sembilan. Sehingga kini, tiada siapa tahu bagaimana kewujudan batu megalitik di sini.

“Difahamkan, batu ini hanya berada di sekitar Mukim Terachi,” katanya.

angkut dari senia





Saturday, February 7, 2015

Wajah Kolumpor Dulu Dulu

Mohon share....

Kuala Lumpur dinobatkan sebagai ibu negara Malaysia sebaik saja negara ini bebas dari penjajahan British. Bagaimana agaknya wajah bandaraya Kuala Lumpur suatu ketika dulu?
Kami bawakan untuk anda wajah-wajah klasik Kuala Lumpur dari zaman seawal 1880-an hingga ke zaman 90-an seperti yang telah dikongsikan diTumblr Vintage KL.
Kami percaya gambar-gambar ini pasti membawa kembali nostalgia lama buat Gen X dan memberi keterujaan untuk Gen Y mengenali Kuala Lumpur di masa silam.


1. 1888 – Sukarelawan kebakaran di Jalan High Street ( kini Jalan Tun HS Lee). Ya anda tak silap baca, ini gambar dari zaman 1888. Jauh di masa silam.

2. Sekitar 1920 – Hiasan dalaman sebuah banglow di pinggir Sg Klang. Rumah ini di diami oleh Major R.J.H Sidney, guru besar Victoria Institution.

3. 1920 – Stesen KTM


4. 1923 – Members of the (Dutch?) Far Eastern Association of Tropical Medicine sedang meninjau sistem perparitan sewaktu berkunjung ke Kuala Lumpur


 5. 1929 – Platform No 4, Keretapi Tanah Melayu
6. 1948 – Lapangan Terbang Sg Besi

7. 1950 – Warga British di Kuala Lumpur Rubber Plantation (kini bangunan Lembaga Getah Asli)

8. 1950 – Peace Corp mendarat di Lapangan Terbang Sungai Besi

9. 1953 – Isteri President Richard Nixon melawat Sekolah Perempuan Methodist


10. 1959 – Perpustakaan Universiti Malaya

11. 1960 – Pejabat IBM Malaysia di Jalan Pudu

12. 1960 – 2 bas di Jalan Sultan Sulaiman, berhampiran stesen KTM


13. 1960 – Kg Baru, wanita ini sedang berhari raya. Klasiknya!
4. 1960 –  South Building, Jalan Ampang

15. 1960 – Pasaraya Robinsons di Jalan Mountbatten (kini Jalan Tun Perak)
16. 1963 – Pelakon Willliam Holden and Tetsuro Tamba, di lokasi filen ‘Seventh Dawn’. Lokasi kemungkinan besar di Stesen KTM.

17. 1965 – Yang Dipertuan Agong, Tuanku Syed Putra di Stadium Merdeka

18. 1966 – Subang Airport. Kapal terbang yang membawa Presiden Lyndon B Johnson.

19. 1966 – wanita dan kacamata. Ini adalah di dalam bangunan Standard Chartered Bank, Jalan Melaka, KL. Teringat pop yeh yeh!

20. 1970 – Subang Airport, balai ketibaan selatan




21. 1970 – Pusat Lumba Kereta Batu 3, Shah Alam (kini dah jadi kawasan perumahan)


22. 1971 – Bangunan Abdul Samad; sewaktu banjir kilat

23. 1971 – Keratan akhbar The Straits Times bertarikh 6 Jan 1971

24. 1972 – Orkestra RTM mengiringi sebuah persembahan TV Malaysia iaitu rancangan Keroncong Merdeka 1972

25. 1976 – Miss Malaysia Cik Puteh Naziadin dan kereta Datsun 120Y. Wah wah, memang cantik lah!

26. 1980 – Kumpulan Rock! Rockers mana la ni. Anda kenal?

27. 1980 – Jalan Chow Kit

28. 1982 – Seorang pekerja mengendalikan botol minuman 7UP di kilang Kuala Lumpur Glass Manufacturers Company
29. 1983 – Di hadapan Kompleks Dayabumi. Lihatlah fesyen tudung orang dulu-dulu. 
Tapi nampaknya lebih kepada tangga Muzium Negara Kuala Lumpur


30. 1986 – Lawatan ke Tugu Negara. Nampaknya design Handbag LV memang long lasting dan tak lapuk dek zaman (alasan untuk membeli, hehe)


31. 1986 – Gambar ‘couple’ di Stesen Bas Pudu


32. 1988 – Pesawat Cessna di Lapangan Terbang Subang

33. 1989 – Petaling Street

34. 1990 – Kedai burung di Jalan Sultan, Chinatown

1947-Seorang kanak-kanak British bermain di Hotel Majestic Kuala Lumpur
1980'an Bangunan Hotel ini pernah dijadikan Balai Seni Lukis Negara

1979-Stesen Keretapi Kuala Lumpur


1989-Bangunan rumah kedai di Jalan Sultan



1989-The Mall dari dalam bangunan, 2 tahun selepas dirasmikan pada tahun 1987


Sedut dari sini dan asal dari sini