Al-Quran

Monday, April 24, 2017

Istana Kayu Empat Tingkat

Muzium Istana Lama Seri Menanti ditutup

Thursday, April 13, 2017

Pengkalan Udara Tuanku Muhriz, Sendayan?

Assaamualaikum warahmatullah...
Saya fikir bukan sesuatu yang janggal sekiranya Pengkalan Udara yang baru ini dan terletak di Sendayan dalam Negeri Sembilan dinamai sempena nama Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan sekarang.
Kem di Gemas telah pun menggunakan nama Raja Perlis Kem Syed Sirajuddin oleh itu molek kiranya pengkalan udara baru ini dinamai sempena nama raja memerentah Negeri Sembilan sekarang.
Apalah kiranya kerajaan memohon sembah pekenan terhadap Tuanku menggunakan nama baginda kepada pengkalan udara ini.
Apapun ini hanya pandangan marhaen, keputusan terakhir terpulang kepada kerajaan dan pekenan DYMM Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz.

Salam...
@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
Najib tinjau Pangkalan Udara Sendayan

Monday, April 10, 2017

Selamatkan Pantai PD Dari Jadi Hak Persendirian

Ini aku sangat setuju, sekiranya pantai-pantai peranginan di PD ini jadi hak kepada hotel-hotel di sepanjang pantai dimanakah tempat orang ramai yang merhain untuk bersantai.
Matahari terbenam dan masin air laut orang kampung yang bayar GST ini juga ingin merasainya.
Selagi menteri besar Negeri Sembilan bernama Datuk Seri Mohamad Hasan pantai-pantai PD akan selamat tetapi bagaimana jika beliau tidak lagi menjadi MB? Atau beliau ditarik ke pusat?
Satu lagi masalah di pantai PD adanya individu yang berniaga yang tidak masuk akal seperti rungutan ini:-
Madzin Kasim · 

Sekarang diPD tiada tempat lagi nak berkelah sebab .....semua tempat dipenuhi payung payung ..siapa nak ....sewa .....siapa tak nak boleh cari tempat lain ....tapi malangnya semua tempat telah dipenuhi payung dan meja '........ Harap kerajaan negeri ambil perhatian
Eloklah rasanya peraturan ini di kuat kuasakan melalui undang-undang.
Pantai PD tidak boleh dijadikan hak milik persendirian

Sunday, April 9, 2017

Ikutlah Aturan dan Adat

Potong bekalan elektrik, air

Tuesday, April 4, 2017

Perlantikan Undang Jelebu ke-16 Tidak Terima

Dewan Keadilan Putuskan Tidak Terima Perlantikan Undang Jelebu ke-16

Oleh SALAWATI HARIS 
(salawatiharis@gmail.com)

WISMA NEGERI, 30 MAC – Dewan Keadilan dan Undang yang bersidang pada 10 Mac lalu telah memutuskan tidak menerima sebarang perlantikan Yang Teramat Mulia (YTM) Undang Jelebu ke-16 yang telah dibuat sebelum ini kerana wujudnya kesangsian, keraguan dan terdapat kecacatan dalam proses memecat dan melantik datuk-datuk lembaga.
Sehubungan itu, Dewan Keadilan memulangkan semula kepada Luak Jelebu bagi proses pemilihan calon YTM Undang Luak Jelebu ke-16 mengikut adat sehingga selesai.
Perkara ini dinyatakan Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Haji Hasan dalam sidang media di Wisma Negeri, hari ini.
Katanya, Dewan Keadilan telah mengarahkan Kerajaan Negeri untuk menubuhkan Jawatankuasa Khas dilantik semula untuk memantau bagi setiap proses pemilihan supaya aturan adat di Luak Jelebu dipatuhi sepenuhnya.
“Kesemua mereka yang dilantik terdiri daripada anggota sama yang telah menjalankan siasatan terhadap Undang Johol sebelum ini,” ujarnya.
Jelasnya lagi, jawatankuasa yang diperakukan oleh kerajaan itu akan memaklumkan kepada semua yang berkenaan di Jelebu supaya memulakan proses perlantikan semula mengikut susur galur yang betul daripada awal.
Dalam hal ini, Dewan Keadilan dan Undang tidak akan mencampuri urusan perlantikan YTM Undang Luak Jelebu ke-16 tetapi akan memberi nasihat bagi maksud aturan adat dipatuhi sepenuhnya.
Terdahulu, jawatan Undang Luak Jelebu kosong selepas kemangkatan penyandangnya, Datuk Mendika Menteri Akhirulzaman, Datuk Musa Wahab, 77, pada 11 September 2014.

Monday, April 3, 2017

Makam Raja Melewar?

Makam Raja Melewar di tepi sungai

Friday, March 31, 2017

Sila Pindah

Bekas Undang Johol diminta berpindah dari kediaman rasmi

SEREMBAN 30 Mac - Bekas Undang Luak Johol, Datuk Mohd. Jan Abdul Ghani perlu keluar daripada Balai Undang Luak Johol bagi membolehkan Undang Luak Johol ke-15, Datuk Muhammed Abdullah menggunakan kemudahan tersebut.
Mohamad Hasan
MOHAMAD HASAN
Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, notis pindah keluar telah diserahkan kepada Mohd. Jan kerana masih tinggal di kediaman rasmi itu meskipun Muhammed telah sah diiktiraf sebagai Undang Luak Johol yang baharu.
"Itu rumah kerajaan, bukan rumah dia. Beliau perlu keluar sebab dia bukan Undang lagi.
"Keperluan Undang baharu, Datuk Muhammed Abdullah untuk tinggal di kediaman rasmi itu perlu disegerakan," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.
Muhammed yang sebelum ini adalah Baginda Tan Mas dimasyhurkan sebagai Undang Luak Johol ke-15 menggantikan Mohd. Jan yang dilucutkan jawatan pada 27 Mac tahun lalu kerana didakwa melakukan 13 kesalahan salah laku dan adat.
Pelantikan Muhammed disahkan oleh Dewan Keadilan dan Undang Negeri Sembilan pada 7 Oktober tahun lalu sebelum menghadiri Istiadat Menghadap Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir bagi menyempurnakan pelantikannya pada 15 Disember tahun lalu. - UTUSAN ONLINE

sedut di sini

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Jangan kelirukan kedudukan Undang Johol

30 Julai 2016 12:30 AM
Mohd. Jan Abdul Ghani (tengah) bersalaman dengan para Dato Lembaga
Mohd. Jan Abdul Ghani (tengah) bersalaman dengan para Dato Lembaga dan Buapak Yang Enam Luak Johol selepas sidang akhbar di Balai Undang Luak Johol, Kuala Pilah, Negeri Sembilan, semalam.
 UTUSAN/ABD. RAZAK AID

KUALA PILAH 29 Julai – Balai Undang Luak Johol meminta masyarakat adat di luak berkenaan tidak terpedaya dan keliru dengan pelbagai dakwaan yang disebarkan terutamanya di media sosial berkaitan kedudukan Undang Luak Johol ke-14, Datuk Johan Pahlawan Lela Perkasa Setiawan, Datuk Mohd. Jan Abdul Ghani.
Ini kerana, Dewan Keadilan dan Undang Negeri Sembilan yang melakukan siasatan berkaitan isu pemecatan Mohd. Jan belum membuat keputusan rasmi berkaitan pertikaian tersebut.
Balai berkenaan melahirkan kebimbangan kerana sejak akhir-akhir ini pelbagai tuduhan dan tohmahan dibuat terhadap Mohd. Jan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab terutamanya di media sosial.
“Tuduhan itu mencapai kemuncaknya semalam apabila sebuah laman web mendakwa Mohd. Jan telah dilucutkan jawatan sebagai Undang Luak Johol Ke-14.
“Laman web itu juga mengheret Setiausaha Kerajaan Negeri dan Ketua Polis negeri dengan mendakwa kedua-dua pegawai kanan kerajaan ini kini merancang membawa Mohd. Jan keluar dari kediaman rasmi beliau di kompleks Balai Undang ini,” kata Balai Undang Luak Johol dalam sidang akhbar di balai berkenaan semalam.
Kenyataan bersama itu dibuat oleh para Dato Lembaga dan Buapak Yang Enam Luak berkenaan, antaranya Dato’ Baginda Tan Mas, Abdul Karim Mansor; Dato’ Jenang, Anuar Nordin dan Datuk Pawang, Mohd. Shari Abdul Razak.
Yang turut hadir, Mohd. Jan dan isteri, Tok Puan Khuzaimah Riduan serta Pensyarah Kanan, Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Perguruan Sultan Idris, Prof. Madya Datuk Paduka Dr. Mohd. Rosli Saludin.
Balai berkenaan menyifatkan perbuatan menyebarkan pelbagai tuduhan itu sebagai tidak menghormati Dewan Keadilan dan Undang Negeri Sembilan yang dipengerusikan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.
Para Dato Lembaga dan Buapak Yang Enam Luak itu menegaskan, sejak krisis Undang Luak Johol tercetus pada 27 Mac lalu dan penubuhan jawatankuasa siasatan oleh Dewan Keadilan dan Undang, Mohd. Jan telah mengambil pendirian untuk berdiam diri bagi menghormati dan melancarkan proses siasatan yang dijalankan.



Friday, March 24, 2017

Undang Luak Johol ke-15 Ditabal

Pertabalan Undang Luak Johol ke-15 penuh adat

KUALA PILAH - Majlis istiadat Kerjan (pertabalan) Undang Luak Johol ke-15 Datuk Johan Pahlawan Lela Perkasa Sitiawan, Datuk Muhammed Abdullah berlangsung penuh adat istiadat yang bermula hari ini sehingga 27 Mac bertempat di Johol sekali gus melengkapkan perisytiharan Undang Luak Johol ke-15.

Bermula dengan upacara adat menurunkan alat kebesaran di kediaman rasminya di Kampung Tanggai, kemudian adat istiadat diteruskan kepada Mandi Berlangir untuk bersiram di perigi Godang di Kampung Bukit Istana yang diiringi oleh datuk Jenang dan Buapak Yang Enam Luak Johol jam 9 pagi tadi.

Sejurus selesai majlis bersiram, Muhammed diarak ke Makam Gobah bagi bertujuan menaikkan daulat diiringi penduduk kampung dan datuk-datuk adat.
Adat ini sebagai simbolik membersihkan jasmani dan rohani Muhammed sebagai Undang Luak Johol yang baharu.

Kemudian, beliau dibawa ke kediaman rasminya di Kampung Tanggai sebelum diarak ke sekitar Johol menggunakan kereta kuda bagi menemui penduduk kampung.
Hadir sama memeriahkan majlis, datuk-datuk adat, ketua-ketua jabatan dan penduduk yang dianggarkan 500 orang.

Menurut Batin Mukim Luak Johol, Datuk Batin Alam Suhut, pengisian dalam pertabalan atau Kerjan adalah upacara yang dianggap kemuncak Undang Luak Johol ditabalkan sebagai pemerintah sebuah kerajaan yang berdaulat bagi jajahannya di Luak Johol.

Katanya, Gobah ialah gelaran bagi Almarhum Datuk Abu Bakar yang menjadi Undang Luak Johol yang keenam pada tahun 1820-1840
.
"Datuk Gobah dikatakan Undang yang berdaulat, memiliki ilmu kesaktian yang luar biasa sehinggakan jika ada orang yang melintas belakangnya tanpa izin orang itu akan rebah (gobah).
"Disebabkan kehebatan ilmu kesaktian datuk Gobah itu, maka adat istiadat Mandi Berlangir itu menjadi satu tradisi yang wajib diikuti dalam adat istiadat Kerjan bagi sesiapa yang menyandang pusaka Johan Pahlawan Lela Perkasa Setiawan," katanya.

Dalam pada itu, Kerjan diakhiri dengan istiadat menjunjung kasih dan ikrar taat setia oleh datuk adat, Ibu Waris dan Ibu Soko serta pembesar lain di Luak Johol, di kediaman rasmi Datuk Undang di Kampung Tangai di sini.

Muhammed, 50, yang sebelum ini adalah Baginda Tan Mas (Timbalan Undang Luak Johol), dimasyhurkan sebagai Undang Luak Johol menggantikan Datuk Mohd Jan Abdul Ghani yang dilucutkan jawatan pada 27 Mac tahun lalu kerana didakwa melakukan13 kesalahan salah laku dan adat.

Pelantikan Muhammed disahkan oleh Dewan Keadilan dan Undang Negeri Sembilan pada 7 Okt tahun lalu sebelum menghadiri Istiadat Menghadap Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir bagi menyempurnakan pelantikannya pada 15 Disember lalu

Monday, March 20, 2017

Pesta Menuai dan Mongoca Kg Gagu Jelebu

Tradisi tangkap ikan guna tangan

Aktiviti mengoca pupuk perpaduan penduduk

SERONOK...Sebahagian daripada pengunjung dan penduduk kampung

 
JELEBU 19 Mac - Kebanyakan generasi mu­da termasuk yang ber­asal dari Negeri Sembilan tidak tahu signifikan tradisi mengoca kepada masyarakat di negeri ini.
Justeru tidak salah jika dikatakan aktiviti berkenaan kurang mendapat sambutan dari ge­nerasi muda sedangkan mengoca merupakan hari yang ditunggu-tunggu penduduk kampung satu ketika dahulu.
Bagi masyarakat di Jelebu, me­ngoca merupakan aktiviti yang sentiasa dinantikan kerana ke­seronokan menangkap ikan beramai-ramai jarang berlaku kecuali pada hari berkenaan.
Aktiviti mengoca ini biasanya dilakukan selepas musim me­nuai padi dan tertumpu di kawasan sungai, tali air atau kolam berhampiran.
Dahulunya, keutamaan akti­viti ini bukanlah pada hasil yang diperoleh tetapi keseronokan mencari ikan dan bermain air secara ‘berjemaah’ setelah seha­rian membanting tulang di sawah.
Bagi mengimbau nostalgia itu, satu keramaian diadakan di Kampung Gagu, dekat sini baru-baru ini untuk memberi gambaran sebenar kepada generasi baru terhadap aktiviti yang dilakukan ketika dahulu.
Pengerusi Jawatankuasa Ke­majuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) kampung itu, Mohd. Saad Harun, 63, berkata, Pesta Menuai dan Mengoca anjuran Yayasan Budi dengan kerjasama masyarakat setempat itu bertujuan menghidupkan kembali aktiviti berkenaan.
Pesta yang diadakan itu turut disertai kira-kira 300 penduduk dari pelbagai lapisan masyarakat untuk bersama-sama merasai ke­seronokan pesta berkenaan.
“Penduduk kampung ini ma­sih mengamalkan tradisi me­ngoca biarpun kita berada pada zaman serba moden dan ternyata, usaha penganjuran pesta ini mencapai matlamatnya apabila pengunjung yang turut serta dapat merasai sendiri pengalamannya,” ujar beliau.
Katanya, kesemua peserta yang mengikuti pesta ini menzahirkan perasaan teruja dan jika tidak dikembalikan usaha sebegini mungkin tradisi ini dilupakan oleh generasi muda akan datang.
“Bukan sahaja penduduk kam­pung yang hadir malah pe­ngunjung dan pelajar dari universiti luar turut hadir merasai sendiri aktiviti mengoca di dalam kolam yang mempunyai pelbagai jenis ikan air tawar antaranya lampam dan jelawat,” katanya.
Mohd. Saad berkata, selain dari aktiviti mengoca turut diadakan acara mengemping padi dan memanah.
Pastinya program itu sekali gus mengembalikan nostalgia yang semakin jarang dapat dilihat dan sudah tentunya meninggalkan pengalaman yang manis buat peserta.
Seorang peserta, Sebghatullah Qazi Zada, 26, berkata, pesta itu sangat menyeronokkan dan unik.
“Ini pertama kali saya melihat pesta sebegini. Memang seronok dapat merasai sendiri aktiviti tradisional masyarakat Melayu di Kampung Gagu,” katanya yang berasal dari Afghanistan.
Dia yang merupakan pe­lajar dari Universiti Islam Antaraba­ngsa (UIA) itu berkata, pe­ngalaman se­harian di kampung itu amat berharga buat­nya.
Sementara itu, Pe­ngerusi Ya­yasan Budi, Tan Sri Dr. Rais Yatim berkata, masyarakat Me­layu perlu menilai, meneliti serta menghayati se­mula cara-cara kehidupan yang diamalkan di kampung dalam konteks sebenar.
“Maka sebab itu diadakan pesta untuk mengoca ikan, membuat emping dan kenduri di kampung ini,” katanya.
Jelasnya, pesta ter­sebut dapat mewujudkan perasaan kekitaan dan me­mulihara wa­ri­san.

Artikel Penuh


Image may contain: house, grass and outdoor
Rumah Jumbang:pandangan dari sawah padi

Image may contain: 2 people, people standing
Tan Sri Dato' Rais Yatim mengunggu tetamu di tangga rumah Jumbang

ps:Rumah Jumbang sempena rumah ini diambil dari kg Jumbang Seri Menanti

Wednesday, March 15, 2017

Bekas mufti NS meninggal dunia

Image result for Dato Mohd Murtadza AhmadAl-Fatihah....
Bekas Mufti Negeri Sembilan Datuk Mohd Murtadza Ahmad, 79, meninggal dunia hari ini akibat sakit tua. (hari ini 14 Mac 2017).
Allahyarham meninggal dunia pada 3.08 petang tadi di rumah anaknya di Sendayan, dekat Seremban.
Anak sulung Allahyarham, Hafif, 41, berkata jenazah akan dibawa ke kediaman bapanya di Taman Seri Putih, Rasah, untuk disembahyangkan dan akan dikebumikan di Makam Haji Said, 11 pagi esok.
Mohd Murtadza, menjadi Mufti Kerajaan Negeri Sembilan selama 22 tahun mulai tahun 1987.
Antara pencapaian Allahyarham ialah pernah dianugerahkan Tokoh Maal Hijrah peringkat Negeri Sembilan pada tahun 2000 dan Anugerah Tokoh Ulama sempena sambutan 100 tahun madrasah Al-Attas Arabiah, Johor pada 2011.
Allahyarham meninggalkan seorang isteri, Datin Lily Mohd Sidek, 68, dan enam orang anak.
- Bernama
@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
15.3.2017
Sekitar pemakaman mantan mufti Negeri Sembilan ditanah perkuburan Makam Tuan Hj Said, Seremban.

Image may contain: one or more people, sky, motorcycle, cloud and outdoorImage may contain: one or more people, people standing and outdoor

Image may contain: one or more people, tree, sky, plant, cloud, flower, outdoor and natureImage may contain: one or more people, crowd and outdoor

Foto dari FB tuan Hj Khalil YDP ASFON Negeri Sembilan
@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Kenali Sheikh Tarekat Al-Ahmadiyyah



KENALI SYEIKH TAREKAT AL-AHMADIYYAH AL-IDRISIYYAH

AR-RASYIDIYYAH AD-DANDRAWIYYAH

1.   
Maklumat Peribadi:
                      i.        Nama: Dato’ Haji Mohd Murtadza bin Syeikh Haji Ahmad
                    ii.        Tarikh lahir : 05.05.1937
                   iii.        Kewarganegaraan:  Malaysia
2.    Maklumat Pendidikan:
                      i.        Ijazah Sarjanamuda Syariah Wal Qanun, Universiti Al-Azhar, Mesir
                    ii.        Maahad Kaherah, Mesir
                   iii.        Madrasah Al-Masyhoor, Pulau Pinang
                   iv.        Madrasah al-Attas, Johor Bahru
                    v.        Madrasah Al- Khairiyah, Singapura
                   vi.        Sekolah Kebangsaan Dato’ Bandar Rasah, Seremban, N.Sembilan
3.    Pengalaman Kerja:
                      i.        Mufti Kerajaan Negeri Sembilan ( 1987 – 2008 )
                    ii.        Kadi Besar Negeri Sembilan merangkap Pegawai Penerangan Agama  ( 1984 – 1987 )
                   iii.        Pegawai Penerangan Agama merangkap Imam Besar ( 1980 – 1984 )
                   iv.        Kadi Daerah Kuala Pilah dan Jempol, Negeri Sembilan ( 1976 - 1980 )
                    v.        Guru Agama di Sekolah Ugama Menengah Tinggi, Seremban, N.S.       ( 1974 - 1976 )
4.    Anugerah:
                      i.        Dikurniakan Darjah Kebesaran Negeri Sembilan (DKNS) yang membawa gelaran Dato’ pada tahun 1988.
                    ii.        Mendapat anugerah Tokoh Ma’al Hijrah 1421H peringkat Negeri Sembilan bersamaan tahun 2000 masihi.
                   iii.        Mendapat anugerah Tokoh Perkhidmatan Cemerlang pada tahun 2004
                   iv.        Mendapat anugerah Tokoh Ulama’ sempena Sambutan 100 tahun (1332-1432H) Madrasah Al-Attas Al-Arabiah Johor yang dirasmikan oleh Y.A.B Tan Sri Dato’ Hj. Muhyiddin B. Hj. Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran Malaysia pada 29 September 2011.

5.    Perlantikan Sebagai Syeikh Tarekat Al-Ahmadiyyah Al-Idrisiyyah Ar-Rasyidiyyah Ad-Dandrawiyyah

Pada 5 Januari tahun 1997, dilantik sebagai Sheikh Tarekat Al-Ahmadiyyah Al-Idrisiyyah Ar-Rasyidiyyah Ad-Dandrawiyyah bagi kawasan Asia Tenggara oleh Almarhum Sayyidi Ahmad bin Idris bin Sayyidi Muhammad Hassan bin Sayyidi Muhammad Sharif bin Sayyidi al-Ali bin Sayyidi Ahmad bin Idris al-Idrisi atau lebih dikenali Sayyidi Ibn Idris iaitu merupakan waris kepada pengasas utama Tarekat Ahmadiah. Peristiwa bersejarah ini berlaku bersempena majlis Haul Syeikh Hj Ahmad

6.    Sumbangan:
Semasa menjawat jawatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan;
                      i.        Beliau berjaya mewujudkan Enakmen Murtad (2004) dan Enakmen Kawalan Tarekat (2007) yang menjadikan Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan sebagai negeri yang pertama mewujudkan kedua-dua enakmen ini dan enakmen ini telah dijadikan contoh bagi negeri-negeri yang lain.
                    ii.        Menganjurkan Seminar Dakwah Dan Tarekat Tasawuf Peringkat Antarabangsa yang pertama kali diadakan di Malaysia bermula pada tahun 2002, 2003, 2004 dan 2007 masihi. 
                            iii.            Beliau juga telah berjaya meyakinkan Duli Yang Maha Mulia Almarhum Tuanku Jaafar Ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman al-Haj untuk menarik diri daripada menjadi penaung pertama ajaran Nasrul Haq seterusnya memastikan arahan daripada keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan bahawa ajaran ini telah menyimpang daripada ajaran Islam yang sebenar dilaksanakan dan dikuat-kuasakan di peringkat negeri.
                             iv.            Di bawah pimpinannya, sahabat-sahabat beliau di Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan telah berjaya menghasilkan lebih daripada 80 buah buku rujukan dalam bidang agama untuk memberikan panduan, penjelasan dan bimbingan kepada masyarakat.

7.    Pengiktirafan:
                      i.        Perlantikan beliau sebagai Kadi Besar Negeri Sembilan (1984-1987)  mendapat sokongan daripada almarhum Prof. Dr. Ahmad Ibrahim dan almarhum Prof. Dr. Mahmud Saedon. Dengan sokongan ini, beliau berjaya mengangkat martabat Mahkamah Syariah kerana beliau memiliki hubungan yang baik dengan semua sahabat beliau yang menjawat jawatan penting dalam urusan agama negeri di seluruh negara.
                    ii.        Mendapat kepercayaan daripada Jabatan Agama Islam Johor untuk mengajar dan berceramah di sekitar negeri Johor dari tahun 1980 hingga kini.
                            iii.            Ahli Jilsah Turuq Sufiyah Negeri Sembilan bersama-sama Sohibus Samahah Dato’ Hj. Mohd Yusof B. Hj. Ahmad (Mufti Kerajaan Negeri Sembilan), Dato’ Hj. Borhan B. Hashim (Ahli Majlis Fatwa Negeri Sembilan), Tuan Guru Dr. Hj. Jahid B. Hj. Sidek Al-Khalidi (Syeikh Mursyid Tarekat Naqsyabandiyah Khalidiyah), Dr. Muhammad Uthman el-Muhammady (Felo INSTAC), Dr. Abdul Manam B. Mohamad (Pensyarah Universiti Sultan Zainal Abidin) dan Dr. Sulaiman B. Ibrahim Al-Baruhi (Pensyarah Universiti Brunei Darul Salam).

                   iv.        Membentangkan kertas kerja yang bertajuk “Manual Amalan Masyarakat Negara Zikir : Satu Pengenalan” di Seminar Negara Zikir sempena perayaan ulang tahun Hari Keputeraan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darul Salam Ke-62 tahun jemputan Yang Mulia Dato Seri Paduka Eussoff Agaki Haji Ismail (Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri), Yang Mulia Pengiran Dato Seri Setia Dr. Haji Mohammad B. Pengiran Haji Abdul Rahman (Timbalan Menteri Pendidikan) dan Pehin Dato Seri Setia Maharaja Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Abdul Azizi Juned (Mufti Kerajaan Brunei Darussalam) pada 28-29 Julai 2008 bertempat di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas, Brunei Darussalam. Pembentangan ini adalah merupakan usaha Kerajaan Negara Brunei Darussalam untuk menjadikan Brunei sebagai sebuah “Negara Zikir”.

8.    Pengalaman:
                      i.        Menghadiri kursus imam-imam selama 3 bulan di Universiti Al-Azhar, Mesir pada tahun 1986 .  Kursus ini dianjurkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
                    ii.        Raja Moroko (Al-Malik Hasan Al-Sani) telah meminta Duli Yang Maha Mulia Yang Dipertuan Agong, Sultan Mizan Zainal Abidin menghantar wakil kerajaan Malaysia untuk menghadiri Seminar Sufi Peringkat Antarabangsa Pertama Di Moroko pada tahun 2004, Almarhum Dr. Hamid Othman (Menteri di Jabatan Perdana Menteri) telah mencadangkan agar Yang Maha Mulia Tuanku untuk memilih Dato’ Syeikh Haji Mohd Murtadza sebagai wakil Malaysia. Dato’ Syeikh Mohd Murtadza telah berjaya menjadikan Tarekat Al-Ahmadiyyah Al-Idrisiyyah sebagai contoh terbaik di Malaysia dan kerana ini beliau telah terpilih sekali lagi bagi mewakili kerajaan Malaysia untuk menghadiri Seminar Sufi Peringkat Antarabangsa Kedua Di Moroko pada tahun 2009.
                   iii.        Beliau memiliki pengetahuan di dalam bidang Fiqh dan Tasawuf yang meluas di samping sentiasa mendampingi para ulama’ dan mufti-mufti di dalam majlis-majlis ilmu serta mesyuarat Majlis Fatwa kebangsaan.
                   iv.        Beliau memiliki pengalaman yang luas dalam pentadbiran negeri dan pendidikan kepada masyarakat Islam.

9.    Aktiviti Semasa:
                             i.        Sebagai Syeikh Tarekat Al-Ahmadiyyah Al-Idrisiyyah Ar-Rasyidiyyah Ad-Dandrawiyyah , beliau berusaha memperkasa tarekat Al-Ahmadiyyah Al-Idrisiyyah Ar-Rasyidiyyah Ad-Dandrawiyyah dan mengembalikan kegemilangan Madrasah As-Saidiyyah di Kampung Pondok Rasah, Seremban sebagai pusat pengamalan tarekat melalui usaha-usaha berikut, antaranya;
a)    Membina bangunan Pusat Pengamalan Tarekat Al-Ahmadiyyah Al-Idrisiyyah Ar-Rasyidiyyah Ad-Dandrawiyyah melalui skim wakaf
b)    Menegaskan kepentingan ilmu yang bersumberkan Al-Quran dan Al-Hadis. Oleh itu, kuliah beliau diadakan pada setiap hari Selasa    ( malam ) di surau Madrasah As-Saidiyyah, Kampung Pondok Rasah, Seremban.
c)    Menggalakkan budaya membaca kitab-kitab yang muktabar dan bahan-bahan ilmiah dengan menjadikannya sebagai rujukan dalam kuliah-kuliah yang diadakan
d)    Menolak sebarang amalan bid’ah dan khurafat dalam aktiviti tarekat serta  amalan taasub pengikut terhadap pemimpin tarekat kerana pemimpin tarekat adalah manusia biasa yang tidak maksum
e)    Membimbing ahli-ahli tarekat supaya beramal dengan betul mengikut ajaran para syeikh tarekat tanpa tambahan atau melakukan sebarang perubahan.
f)     Memimpin majlis-majlis zikir dan majlis-majlis haul berpandukan prosedur  yang telah diamalkan oleh para syeikh tarekat
g)    Mematuhi Enakmen Tarekat Tasawuf  ( 2005 ) N.Sembilan.


h)   .Menjalin hubungan baik dengan pengamal tarekat yang berdaftar dan diakui sah oleh Jilsah Turuq Sufiyah Negeri Sembilan  dan negeri-negeri lain serta negara-negara lain seluruh dunia
i)     Mempertingkat kefahaman masyarakat tentang tarekat melalui penganjuran program-program keilmuan dan beberapa siri Simposium Tarekat Tasawuf di Madrasah As-Saidiyyah, Kampung Pondok Rasah
j)      Menjemput tokoh-tokoh ulama menyampaikan kuliah ilmu di surau Madrasah As-Saidiyyah, Kampung Pondok Rasah, Seremban.
k)    Menerima kunjungan  alim ulama serta rombongan-rombongan pelawat dari dalam dan luar negara. Antara tokoh-tokoh ulama yang telah mengunjungi Dato’ Syeikh Hj Mohd Murtadza ialah Syeikh Muhammad bin Ibnu Idris ( Sudan ), Dr.Abdul Latif Farfur ( Syria ), Syeikh Ahmad Dabbagh ( United Kingdom ), Syeikh Asraf ( Imam Masjid Universiti Al-Azhar, Mesir ), Syeikh Walid ( Palestin ), Syeikh Habib Umar ( Yaman ), Syeikh Maan Syeikh Abdul Kadir Al-Jailani, rombongan dari Turki dan beberapa rombongan pelawat dari dalam negeri.

                            ii.        Beliau juga masih mengajar dan berceramah di beberapa buah masjid di sekitar Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan beberapa tempat di Selangor.
                           iii.        Menjadi penaung beberapa organisasi pendidikan dan dakwah seperti Madrasah Tahfiz As-Saidiyyah, Negeri Sembilan

Dari