Al-Quran

Thursday, May 23, 2013

Lagu-Lagu Loghat Nogori Vol 4

Apo koba somuo, payah yo nak cari lagu kek bawah ini. Dah lamo tak dongar cito  mungkin ado yang dah tolupo penyanyi ini. Kalau ado antaro pombaco kek sini yang tau bolehlah kongsi-kongsikan.



Tengok tajuk lagu pun kito dah tau asal dari mano. Sajo ambik link yang ado seni kato manolah tau kok nak belaja cakap nogori.



Ini pula bukanlah bahaso nogori tapi loghat minang yang mano rata-rata orang nogori bersusur galur. Penyayinya pulak asal dari nogori dan ponah botanding PRU 13 lopeh kek parlimen Jempol.



Malehlah nak tulih panjang-panjang, post ni post santai sambie sambie belaja cakap loghat nogori. Boleh lah cubo-cubo ikut manolah tau kok lidah tu buleh ngikut janji tak togoliat.

Wednesday, May 15, 2013

Senarai Kabinet Malaysia 2013




Perdana Menteri (Menteri Kewangan 1)
Datuk Seri Najib Tun Razak
Timb. Perdana Menteri  ( Menteri Pelajaran 1)
Tan Sri Muhyiddin Yassin
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri
Datuk Seri Jamil Khir Baharom
Datuk Seri Abdul Wahid Bin Omar
Datuk Seri Idris Jala
Paul Law Seng Kwa
Joseph Entulu
Nancy Shukri
Shahidan Kassim
Joseph Kurup
Menteri Pertahanan
Datuk Seri Hishammudin Hussien
Menteri Kewangan 2
Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah
Menteri Pelajaran & Pengajian Tinggi 2
Datuk Seri Idris Jusoh
Menteri Dalam Negeri
Zahid Hamidi
Menteri Pengangkutan 
Datuk Seri Hishammudin Hussien (Memangku)
Menteri Pelancongan 
Datuk Seri Nazri Aziz
Menteri Luar
Datuk Seri Anifah Aman
Menteri Kerja Raya
Fadilah Yusuf
Menteri Kesihatan 
Datuk Seri S Subramaniam
Menteri Belia Dan Sukan
Khairy Jamaluddin
Menteri Sumber Manusia
Richard Riot
Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna
Dato' Hassan Malik
Menteri Perdagangan Dan Industri
Datuk Seri Mustapha Mohd
Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani
Ismail Sabri
Menteri Sains Teknologi Dan Innovasi
Ivon Ibin
Menteri Sumber Asli Dan Alam Sekitar
Datuk G Palanivel
Menteri Tenaga, Teknologi Hijau Dan Air
Maksimus Ongkili
Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah
Datuk Seri Shafie Apdal
Menteri Perusahaan, Perladangan Dan Komoditi
Douglas Unggah
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga
Rohani Karim
Menteri Wilayah Persekutuan
Tengku Adnan Tengku Mansor
Menteri Perumahan & Kesejahteraan Bandar
Abdul Rahman Dahlan
Menteri Penerangan & Komunikasi Multimedia
Ahmad Shabery Cheek


Tahniah, inilah senarai terbaru kabinet terbaru selepas PRU13. Ada muka baru dan muka lama terutama kepada Parlimen Kuala Pilah yang telah dinaikkan pangkat ke menteri penuh dari timbalan menteri sebelum PRU lepas. Harapannya agar Kuala Pilah khususnya akan dapat membangun lebih lagi dan harga barangan lebih terkawal berpatutanlah dongan pendapat orang kampung kek Kolopilah ni ghato ghato hasil dari botani dan motong.

Kito banggolah kali ni kabinet Najib diwakili oleh duo wakil dari nogori sembilan sebagai montoghi ponoh,selain Dato Hasan Malik Khairi Jamaludin dari parlimen Rembau pun dilantik sebagi montoghi Belia dan Sukan. Duo-duo kono samo ghato, samo saksamo, belia pewaris, sukan menambahkan stemina. Kok bolio tak berstemina macam mano nak membawak Mesia ni belaghi lai laju dari nogaro disekeliling kito ni. Losu dan layu yo isap gam mentedaghah ice pusat rakan mudo tingga namo yo.

Akhir eh sey nak cakap sikit lai, kok nak makan buah tu makanlah tapi janganlah pangka eh diboliong pulak. Tinggakan orang lain samo makan, anak cucu nak mengaso yo.

Agak eh bilo pulak exco-exco nogohi sembilan ni nak dilantik, mungkin tunggu senarai kabinet supayo exco akan selari dengan senarai kabinet persekutuan.



Saturday, May 11, 2013

Tahniah Montoghi Bosa


Syukur alhamdulillah dan tahniah nak diucapkan kek montoghi bosa kito yang baghu angkek sumpah tadi, barisan exco mungkin kendian angkek sumpah agak eh. Mudah-mudah penggal kotigo ni akan menambahkan maju lai nogori kito ni. Ambiklah ingatan atas titah ucapan Yamtuan Bosa maso angkek sumpah tadi wakil rakyat memikul amanah dari rakyat dan menyuarakan segala pemesaalahan rakyat yang diwakilinya.
Ini inti yang paling baik dan patut menjadi peringatan kek somuo wakil rakyat, apo kato Yamtuan lai,

"Jangan sosokali mengkhianati amanah yang doboghi ini dengan menggunokannya untuk kopontingan diri sendiri. Menyalahgunokan kuaso dan kedudukan yang ado ini akan menjurus kepada ketidakadilan serta kerapuhan pelaksanaan sesuatu dasar yang tolah dirangko untuk kebaikan rakyat,"



Titah ucapan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz













Angkat sumpah YAB Menteri Besar Mohamad Hasan

Undang Yang Empat dan Tunku Besar Tampin












Semontaro tu kek luar setano diadokan sambutan oleh rakyat Senanti ateh perlantikan itu. Nampak eh rakyat Senanti mempunya harapan yang bosa kek montori bosa kito. Agak eh banyak yang bolom beres di DUN Seri Menanti dan yang lobih motan lai kek Senanti tu sendighi, harap-harap lopeh ni MB akan lobih poghatian kek sini dan exco yang nak membantu MB membangunkan Senanti.





Kito dah monang, lopeh ni kito nak kojo. limo tahun ni kito nak majukan nogori kito ni...buleh cam tu tok.












Kito tak maulah masalah-masalah lamo rakyat berulang. Perantau fobia nak balik kampung sobab masalah kampung yang suram. masalah air bocatu kekadang tak ado, kan nak mandi bondaa.






Ghamai yang datang ni bosa harapan rakyat banyak boban topiko kek bahu. Mudah mudahan lancar pentadbiran MB Tok Mat Mugo barisan exco momboghi kojosamo dan pegawai pegawai kerajaan pun momboghi kojosamo.

Wednesday, May 8, 2013

Lagu-Lagu Loghat Nogori Vol 3

Dah tolobih, duo tigo agri ni tak habih habih cito hal politik dan pilihan ghayo. Sudah sudah lah tu nak ngatoan orang, asik kito yo yang boto...ngumpek satu hal nak ko kito makan daging sodaro kito sendighi. Yang ponting sekarang ni sapo yang monang kono buek kojo tak kighro lah dio monong caghro monipu ko apo ko. Sapo yang monipu dio akan dapek gaji haram, hasil yang dimakan pun haram, ingat-ingatlah kek mano tompek kesudahan eh.

Jangan nak tension bona kang orang lain pakai selipar kek kaki, kito pulak selipar jopun sarungkan kek longan ko ulu ko ilir dengan ghambut moghuboi yo, tak tourus lai.

Sey goma bona nonga lagu ni>cubolah hiburkan hati



Lagu asal Elly Kasim: Ayam Den Lapeh



Ini pun lagu saduran...tak kighro lah



Ok kawan-kawan yang ponting kito appy, pikir-pikirkanlah...selamat beramal... keh..keh...keh....

Tuesday, May 7, 2013

Keputusan PRU13 Bagi Artis Dan DUN Seri Menanti

Keputusan PRU 13 telah diketahui, siapa yang menang siapa yang kalah tak kurang juga yang tersungkur. Ada yang berkecil hati dengan pengundi dan akan mengingati akan kekalahannya kononnya dia sudah cukup berbakti dengan kawan dan pengundinya.

Posting ini hanya ingin menyemak posting terdahulu berkenaan artis-artis yang menyertai PRU ini dan juga kawan satu sekolah lebih-lebih lagi mereka saudara kandung tapi bertanding diberlainan negeri.

Dibawah ini adalah keputusan PRU 13 yang ditandingi oleh artis/penyanyi tersebut




Disebelah kiri adalah keputusan PRU13
bagi parlimen Pengerang yang ditandingi
oleh Dayangku Intan.

Sementara dikanan pula adalah yang ditandingi oleh Herman Tino di perlimen Tanjong Karang.











Bagi perlimen Jempol artis yang mencuba adalah Aishah yang   memperolehi undian yang agak besar  bagi seorang novis kalau dibandingkan dengan Isa Samad yang diperingkat pro.
















Disebelah kiri adalah keputusan PRU13 yang bagi DUN Seri Menanti di tandingi oleh kakak, disebelah kanan pula ditandingi oleh adik beliau di DUN Kuang Selangor











Di Parlimen Kuasla Pilah Hasan Malek mengekalkan kedudukannya dengan mengalahkan Mohd Nazree, dibawah parlimen ini terdapatnya DUN Seri Menanti. Tentunya pengundi atau penduduk di Kuala Pilah amnya dan Seri Menanti khususnya mengharapkan pembangunan yang lebih baik, maju dan boleh dibanggakan.

Jangan nanti bilo anak-anak balik boghayo kek kampung masalah-masalah lamo masih ado lai, air bocatu koghoh lak tu, jalan tak boturap betaun-tahun bilo malam jalan kampung golap bumim, macam mano orang kampung nak keluar komosojid memalam takut kok didogham an kek ghimau. Ini semuo konolah boghi perhatian.

Akhirnya pado yang kalah jangan putuih aso lain kali cubo lai sekarang ni mungkin bukan joki kito. Pado yang monang konolah buek kojo kan nak galeh tangan tu kek bolakang yo!

*Lain-lain semakan sila ke http://www.myundi.com.my/





Saturday, May 4, 2013

1001 Pasal Raya

Kata Jalil Hamid dalam lagunya  macam-macam pasal raya tapi hanya dia tak menyebut pasal pilihan raya mungkin pilihan raya datang sekali dalam lima tahun.. Apakah benda yang datang lima tahun sekali ini kita nak lupakan. Tantulah jawapannya tidak kerana inilah masa depan kita dan anak cucu kita kata promo yang diwar-warkan dalam semua saluran media massa terutamanya parti yang telah lama memerintah negara ini. Hakikatnya dalam pilihan raya tahun ini ramai yang berlambagkan bunga kebangsaan iaitu bunga raya. Ada tidak yang berlambangkan hantu raya...heheheehe....santai saja, mari kita dengar lagu raya dari Jalil Hamid.


Kalau menang pilihan raya tu dengan cara berhemah (mudah-mudahan begitu)  akan menjadi YB kepada rakyat yang memerlukan khidmat sudah tentu dairi kehidupan akan penuh kesibukan. Sesibuk macam mana sekalipun YB YB nanti tidak dapat tidak pelanggan mereka iaitu rakyat dan hatinya terpaksa dijaga. Kenagkan pada mereka yang memanjat tiang untuk menaikkan bendera dan membentangkan sepanduk. Kalau bendera parti dan sepanduk tak naik bakal bakal YB pun tidak akan naik.



Semuga para YB yang telah beroleh jaya tidak melupakan jerih perih, keringat para penyokong untuk memberikan kemenangan kepadanya.



Wednesday, May 1, 2013

Lagu Propaganda

Selamat menyambut Hari Pekerja, tapi posting kali ini bukan membicarakan tentang hari pekerja yang umumnya semua sudah tahu dan faham. Tahun ini hari pekerja khabarnya akan disambut secara besar-besaran, akan ada ucapan menyanjung pekerja dari majikan yang  sepatutnya ikhlas sebegitu dan selama seseorang itu jadi perkerja. Akan ada juga ucapan (ungkitan sebetulnya) tahu membalas dan mengenag budi majikan yang selama ini memberikan mereka (pekerja) rezeki kononnya. Subhanallah...iman nak digantung kepada siapa? Ok lah kito tingga an propanganda itu mari kito donga lagu propaganda ini pulak.





Lagu propanganda yang lain-lain sudah selalu kita dengar dan tonton melalui radio atau TV setiap masa 24 jam sehari 7 hari seminggu. Ini hanya posting hendak memeriahkan dalam suasana yang meriah ini. Jangan marah, selamat beramal.