Sokonyang-konyang banting, Ghumput eh dimamah yo, Sejauh-jauh topolanting Jatuh eh ko tanah yo
Al-Quran
Tuesday, December 7, 2010
Selamat Menyambut Maal Hijrah 1432
Bertambah umur kita setahun lagi- bertambahkah amal kita? Semuga dengan pertambahan umur akan bertambahlah iman dan takwa kepada Allah. Semuga kita dalam peliharaan Allah untuk selamanya.
Monday, August 30, 2010
Malam Lailatul Qadar Malam Merdeka
Malam ini adalah malam ke 21 dalam bulan ramadhan untuk tahun ini. Ulama menyarankan agar melipatgandakan amalam untuk malam 10 yang terakhir ini. Ada yang menyatakan maghrib, isyak dan taraweh telah mencukupi, ada yang menganjurkan di penghujung malam, ada juga yang menganjurkan sepertiga malam dan tidak kurang dikeseluruhan malam. Dimanakah kedudukan (aku)/ kita? Beserdahana mungkin jawapan yang sesuai
Besok juga adalah hari ulangtahun kemerdekaan Malaysia yang ke 53 dengan tema 1 Malaysia Menjana Tranformasi. Syukur juga malam kemerdekaan ini jatuh dalam bulan ramadhan - acara huburan banyak dikurangkan, setidak tidaknya. Sembilan bulan nanti Malaysia juga tidak menanti kelahiran yang tidak diingini.
Wednesday, August 25, 2010
Ramadhan Dah Setengah Bulan
Diam tak diam ramadhan tahun ini telah berlalu 15 hari. Teringat masa dulu-dulu kepala dah berdegar kelantai surau, imam masih lagi tegak berdiri, tersasul beb. (janganlah diperdebatkan soal kunut ini hendaknya...)
Ustaz-ustaz menyarankan supaya kita melipat gandakan lagi ibadah pada 15 hari terakhir ini. Ada mengatakan 15 hari terakhir ini malam yang teristimewa akan berlaku dalam salah satu malam ini. Tetapi apa yang berlaku orang telah mulai kurang dan saf makin pendek. Malam rahmat malam seribu bulan semuga dipertemukan...
Sunday, June 20, 2010
Selamat Hari Bapa
Hanya klip ini yang termampu aku buat untuk mengenangmu. Untuk seorang ayah yang aku rindukan, selamanya. Bukan hari ini saja untuk mengingatimu tapi setiap masa. Semuga engkau dalam rahmat Allah disana. Doa dari anakmu ini tidak akan pernah padam.
Kepada golongan bapa aku mengucapkan selamat hari bapa.
Friday, June 11, 2010
SUKMA DAN PIALA DUNIA FIFA
Kepada peminat sukan khususnya bola sepak jangan lupa tugasan yang lain...Dan inilah lagu tema Piala Dunia 2010 sebagai hiburan semata.
Sunday, May 16, 2010
"Selamat Menyambut Hari Guru, Cikgu!"
Dan selamat menyambut hari guru
Friday, May 14, 2010
Hari Belia Negara
Tuesday, March 9, 2010
Selamat Ulang Tahun Sayang
Friday, February 26, 2010
Kelahiran Junjungan
"Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu, dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.
"Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu, segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.
"Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.
"Wahai manusia sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak ke atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak diberikan makan dan pakaian, dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.
"Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah solat lima waktu, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadah haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal saleh.
"Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.
"Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Qur'an dan Sunnahku.
"Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba-Mu."
Thursday, February 25, 2010
Ulang Tahun Pertama Zarifah Arifah
Foto 31052009 Foto 02012010
Semuga kesihatan sentiasa bersama mu dan diberikan kesihatan yang baik dan yang penting menjadi anak yang solehah, amin.
Foto 25022010 Foto 25022010
Sunday, January 17, 2010
Jumpo Kawan Lamo
Menghadirkan diri bukan sahaja kerana majlis itu tetapi ingin berjumpa kawan-kawan lama, syukur juga ada juga dua tiga orang dapat berjumpa kembali. Mungkin juga diatas kelewatan sampai membuatkan aku terlepas peluang untuk bertemu lebih ramai lagi. Tak apalah bukan rezeki kali ini...
Perbilangan adat atau pepatah petitih dalam hal perkahwinan atau somondo monyomondo antaranya seperti berikut;
Kok nak menghubung nak panjang
Kok nak menyibar nak lebar
Datang berjemput dengan adat
Pergi dihantar sepanjang adat
Untung anak lelaki ditanya-tanyakan
Untung anak perempuan dinanti-nantikan
Diakuk-akukkan
Diminyak-minyakkan
Dah telanjur sampai Somban ni bbudak-budak ni nak bocomporo kek Ulu Bondo, ikut yolah sambil tu buleh yo nengok jalan baru Ulu Bendul
Wednesday, January 13, 2010
Keputeraan Ke 62 DYMM Yamtuan Negeri Sembilan
Rajo bogolek masa dulu penuh permainan disekeliling padang di Senanti. (Senanti= Seri Menanti)Orang berjualan pun banyak. Ramai yang beniaga sambilan seperti bulan Ramadhan sekarang ini. Kacang putih, jagung rebus tapi yang paling sodap teghaso sampai sekarang ni sotong kering titik atau sotong bakar, peralatannya hanyalah takong getah dibuat dapur membakar arang, ketulan kayu beruti sebagai alas untuk menitik sotong, penukul besi (tukul besi? yang siang tadi buat betukang rumah)dan diterangi lampu kabait. Itu semua nostalgia masa kanak-kanak, alangkah indahnya jika dapat dipusing masa itu.
Permainan rakyat disekeliling padang Senanti bukan saja terdiri dari tradisional melayu tapi meliputi seluruh kaum, makyong, wayang cina hinggakan pemainan orang asli pun diadakan. Wayang penganda (propanganda) tiap-tiap malam. Ceritanya tak lain tak bukan memajukan pertanian dan kehidupan orang kampung, heronya tentulah Tengku Abdul Rahman ataupun Tun Razak. Paling tidak pun penghulu atau DO akan berucap antara pertukaran ril filem. Tanpa kenderaan seperti sekarang ini rakyat penuh membanjiri padang tersebut. Ah! Itu semua nostalgia rajo bogolek.