Thursday, December 17, 2009

Salam Maal Hijrah-1Muharam1431=18 Dis 2009-Ahlan Wa Sahlan



Ada pendapat mengatakan dizaman nabi semua ini tidak ada, tapi marilah kita melupakan pertelingkahan pendapat ini sebentar dan mengamal kebaikan darinya semuaga kita semakin hampir denganNya.







Semoga kita dipanjangkan umur, ditetapkan iman dan dimurahkan rezeki.

Tuesday, November 3, 2009

Teruskan Berpesta Ke Bukit Jalil

[KEMASKINI]07 OKTOBER 2009
Sumber,






'Jaringan awal bakar semangat'


PEMAIN Negeri Sembilan, Shahurain Abu Samah meraikan kejayaan menjaringkan gol pertama pada minit ke-18 pada perlawanan akhir Piala Malaysia 2009 di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi. - BERNAMA


KUALA LUMPUR - Jaringan awal beri kemenangan kepada Negeri Sembilan, perkara itu diakui oleh jurulatih, Wan Jamak Wan Hassan selepas pasukannya berjaya menjuarai Piala Malaysia menewaskan Kelantan 3-1 di Stadium Nasional, Bukit Jalil, semalam.

Bekas jurulatih kebangsaan itu berkata, hala tuju perlawanan di Stadium Nasional Bukit Jalil itu sudah dirasainya sebaik sahaja Shahurain Abu Samah menjaringkan gol pada minit ke-17.

"Corak permainan kami bertambah bagus apabila memperolehi jaringan awal, pemain terus bersemangat untuk memburu jaringan seterusnya," katanya pada sidang media selepas perlawanan, semalam.

Tanpa menghiraukan sorakan lebih 60,000 penyokong Kelantan anak buah Wan Jamak terus beraksi seperti biasa, malah mendapat jaringan kedua pada awal separuh masa kedua melalui jaringan Hairuddin Omar.

Disiplin yang tinggi juga menjadi faktor utama kemenangan pasukan Negeri Sembilan, walaupun penyokong Kelantan melontar objek dan mercun ke dalam padang ia langsung tidak mengganggu fokus mereka.

Statistik perlawanan



"Awal-awal lagi saya sudah menasihati pemain supaya sentiasa mengawal disiplin mereka dan ternyata mereka mengikutnya," katanya.

Kekebalan Shukor Adan di barisan pertahanan juga menjadi kunci utama kegagalan Kelantan menembusi kubu pertahanan Negeri Sembilan, pemain terbaik perlawanan akhir itu berganding baik dengan Aidil Zafuan Abd. Radzak.

Bagi B. Sathianathan pula, Negeri Sembilan berhak untuk muncul juara tetapi dia berbangga dengan prestasi yang dipamerkan oleh pemainnya.

"Selepas jaringan pertama dan kedua mereka (Negeri Sembilan) mula menunjukkan keyakinan dan pemain saya mula hilang tumpuan," kata bekas jurulatih kebangsaan itu.

Bagaimanapun Sathia yakin pemain muda yang diturunkan memperoleh pengalaman berharga dan yakin mereka mampu bangkit pada musim seterusnya.

"Saya bangga dengan pemain mereka mampu membawa pasukan sehingga ke peringkat ini dan kehadiran penyokong yang ramai bukan punca kami tewas, ia adalah kelebihan buat kami tetapi kemenangan berhak kepada Negeri Sembilan," katanya.



oOo HANTARAN TERDAHULU oOo



Nogori kita masih lai dalam mood berpesta, tapi pesta kali ini agak eh yang paling manih somanjak tahun 1948 kali terakhir nogori kita monang pesta bola. Maso tu piala HMS. Dalam maso kobolakang ini masok akhir tahun 2000 dan 2006 sekadar naib juara, kalau monang tu yang dikobakan manih tadi tu.

Somugo pasukan kita monang perlawanan bola Piala Malaysia hujung minggu nanti iaitu 7 Nov 2009 nanti Stadium Nasional di Bukit Jalil. Kek sesapo yang nak poi Bukit Jalil tu jangan lupo pakai baju kuning (bukan kempen Bersih) tapi sebagai sokongan kek pasukan kito.
Bulat air kerana pembontong,
bulat kata kerana muafakat.

Adat berkeluarga, keluarga dipertahankan
Adat berkampung, kampung dipertahankan
Adat bernegeri, negeri dipertahankan.
Kalau sepasukan, pasukan dipertahankan

Tapi dalam pada itu jangan lupo jago namo baik kito. Jago tingkah laku. Jangan salah tingkah nanti parah.

Tuesday, October 27, 2009

Dirgahayu Yang Dipertuan Besar Ke 11














Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan yang ke 11 dalam upacara istiadat pertabalan. Semuga negeri ini aman dan makmur dibawah pemerintahan tuanku.


Raja Dan Yang Dipertuan Bersar Negeri Sembilan yang terdahulu sebahagian dipetik dari buku Takhta Kerajaaan Negeri Sembilan oleh Tan Sri Abdul Samad Idris:-



1. Raja Melewar 1773-1795

2. Raja Hitam 1795-1808

3. Raja Lenggang 1808-1824

4. Raja Raden 1824-1861

5. Yamtuan Imam (Adinda)1861-1869

6. Tengku Ampuan Intan 1869-1872 (memangku)

7. Yamtuan Antah (Putera Raja Radin)1872-1888
















8. Tuanku Muhammad (Putera) 1888-1933















9. Tuanku Abdul Rahman (Putera) 1933-1.4.1960













10. Tuanku Munawir (Putera) 1960-14.4.1967












11. Tuanku Jaafar (Adinda)1967-27.12.2008














12. Tuanku Muhriz (Putera Tuanku Munawir) Dimasyurkan 28.12.2008 dan ditabalkan pada 26.10.2009


Sunday, October 25, 2009

Istiadat Bersiram


Perarakan menghela Takhta Rencana meninggalkan perkarangan Istana Besar Seri Menanti menuju ke Panca Pesada untuk istiadat bersiram.









Didahului oleh pasukan Dikir Rebana.












Tuanku Muhriz dan Tengku Ampuan bersemayam diatas Takhta Rencana.








Takhta Rencana dihela oleh pegawai/dato' 99 istana.























Doa ditampung dipimpin oleh mufti kerajaan Negeri Sembilan menandakan istiadat bersiram berakhir.













Thursday, October 22, 2009

Pameran Kereta Antik Dan Kelasik



Disepanjang jalan dari Seremban ke Seri Menanti tadi banyaklah bena dan kain pemidang juga panji-panji ditegak dan digantungkan. Dahulu dikhabarkan alat-alat kebesan dikeluarkan satu persatu oleh datuk datuk bergelar di Istana.





Sempena pertabalan DYMM Yang Dipertuan Besar yang ke 11 banyak acara diatur diantaranya pameran kereta yang aku sendiri mengambil bahagian ini. Malam nanti akan diadakan Forum Perdana.
Diantara deretan kereta Volkswagen









Sedang melintasi Panca Persada berlatarkan Istana Lama














Friday, October 2, 2009

Bencana atau amaran

Dalam pertengahan tahun-tahun lapan puluhan aku sangat meminati lagu-lagu puisi dari penyanyi seperti Suhaimi Mior Hassan,M Nasir dari Kembara dan juga Ebet G Ade penyanyi lagu puisi Indonesia.[sekarang aku masih meminati mereka]. Meraka berkarya dalam berbagai tema. Sosok Abet G Ade ini sangat mendalam dengan tema dakwahnya dan alam sekitar. Salah sebuah lagu beliau seperti sedutan dari youtube ini.





Cuba perhatikan disekeliling kita sekarang setiap sudut ada bencana ataukah peringatan dari Allah yang manusia seolah-olah mulai lupa kepadaNya. Apakah kita lupa tsunami yang melanda Acheh dan negara sekitarnya termasuk kita pada 26 Disember 2004.Gempa bumi di Lautan India menyebabkan tsunami melanda banyak negara dan mengorbankan lebih 150,000 orang.Foto dibawah keadaan selepas gempa minggu ini.

Kesan Gempa Di Padang


Minggu ini dunia dikejutkan lagi dengan ombak tsunami di negara--negara Polesinia- Samoa, Samoa Amarika dan Fiji, beratus jiwa yang terkorban.Dan pada masa yang hampir sama Filipina juga dilanda oleh ribut tropika Ketsana , Indonesia khususnya daerah Padang Sumatra Barat digegarkan oleh gempa yang dahsyat. Ini semua mungkin peringatan dari Allah kepada kita yang lalai tentang kekuasannya.
Kesan Ribut Ketsana Di Filipina

Tuesday, September 29, 2009

Sujutlah...







Masjid Lama Seri Menanti ini sudah tiada fungsikah lagi. Uasaha harus diambil untuk memeliharanya.


Masjid Kuala Dulang, Jelebu, Negeri Sembilan.
Dikatakan kawasan ini pernah dilanda banjir yang besar tetapi dengan takdir allah masjid ini selamat dari banjir tersebut.





Masjid Datuk Undang Kamat, Johol, Negeri Sembilan.
Kubah/bumbung masjid ini menyerupai bumbung -bumbung masjid yang terdapat di Melaka, apa kaitannya?









Masjid/surau ini terletak diantara Jalan Pedas dengan Linggi. Mungkin benaan yang indah satu masa dahulu, pengajian tiada lagi disini hanya menunggu ia "sujud".

Wednesday, September 23, 2009

Berhari Raya Di Kampung







Masjid Tunku Menawir Seri Menanti. Alhamdulillah dapat juga aku sembahyang ditempat yang agak selesa walaupun orang ramai membanjiri masjid.







DYMM Yang Dipertuan Besar diiringi menteri besar keluar bersalaman dengan rakyat sebelum menuju kemakam di raja.






Aku juga mengunjungi makam kedua ibu dan bapa, sambil berdoa semuga rohnya ditempatkan bersama orang-orang yang soleh dan solehah, amin.






Di Jelebu, sanak saudara mengunjungi saudara yang tua, mengiratkan siratulrahim.

Saturday, September 19, 2009

Minal Aidil Wafaizin 1430Hijrah

Salam dan tahniah hari raya kerana telah selamat menjalani ibadah berpuasa dengan penuh dan kerana tawakallahu. Semuga ibadah anak-anak dan adik-adik diterima allah.
Sementara itu layanlah video dibawah.









Semoga kita akan ditemukan lagi pada ramadhan yang akan datang. Inshaallah.

Thursday, September 10, 2009

Ramadhan Ini

Layaaannnn...!







Ramadhan telah masuk 10 yang terakhir. Kalau nak dikirakan banyak lagi yang patut dilakukan selain dari memikirkan perhiasan rumah dan kosmestik luaran peribadi. Kita hanya punya waktu yang tidak sampai 10 hari lagi sebelum ramadhan ini berakhir dan membuatkan kita rindu kepadanya. Apakah kita akan bakal bertemu lagi dengan ramadhan yang akan datang?
Samalah berdoa agar kita ditemukan lagi pada tahun-tahun mendatang.

Dalam pada kita meniti ramadhan ini, zakat fitrah jangan dilupakan begitu juga dengan zakat-zakat lain yang wajib dikeluarkan, 2.5% darinya bukan mutlak kepunyaan kita ada lagi tangan-tangan lain yang wajib kita hulurkan bantuan. Sedarlah 2.5% yang kita infakkan itu tidak akan menjadikan kita papa melarat, tetapi Allah akan melapangkan jalan untuk kita menambah rezeki, inshaallah. Ingatlah itu wahai anak-anakku. Bukankah tangan yang diatas itu lebih baik dari tangan yang dibawah.

Thursday, August 20, 2009

MARHABAN YA RAMADHAN 1430H

Anak bulan Ramadhan telah pun di sokodeng oleh ahli-ahli sekodeng yang bertauliah petang tadi,khamis 20 Ogos bersamaan 29 Syaaban 1430 Hijrah. Mungkin agaknya anak bulan lebih pandai mengelakkan dirinya dari disekodeng, oleh itu puasa atau 1 Ramadhan telah terjun pada hari sabtu 22 Ogos 2009. Selamat menyambut Ramadhan 1430 Hijrah untuk semua terutama anak-anak dan isteri aku. Semuga di bulan ini dapatlah kita membersihkan rohani dan jasmani. Kerana puasa dalam bulan ramadhan adalah rukun islam yang ketiga yang wajib ditunai jika telah memenuhi syaratnya. Bulan dimana kitab suci alquran diturunkan. Bukan bulan pesta-pestaan hiburan dan makanan dan bukan bulan pesta beli belah (sales) tapi terimalan sales dari Allah dalam bulan ini.

ÙŠٰٓـاَÙŠُّÙ‡َا الَّØ°ِÙŠۡÙ†َ اٰÙ…َÙ†ُÙˆۡا Ùƒُتِبَ عَÙ„َÙŠۡÚ©ُÙ…ُ الصِّÙŠَامُ Ú©َÙ…َا Ùƒُتِبَ عَÙ„َÙ‰ الَّØ°ِÙŠۡÙ†َ Ù…ِÙ†ۡ Ù‚َبۡÙ„ِÚ©ُÙ…ۡ Ù„َعَÙ„َّÙƒُÙ…ۡ تَتَّÙ‚ُÙˆۡÙ†َۙ‏ ﴿Û±Û¸Û³

yaa ayyuhaa alladziina aamanuu kutiba 'alaykumu alshshiyaamu kamaa kutiba 'alaa alladziina min qablikum la'allakum tattaquuna

183. Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa,

Semuga anak-anak dan adik-adik dapat pengajaran dari video ini.






Cuba dengarkan lagu ini pula



Betapa syahdunya pula lagu ini, dalam kesyahduan menuntut pengertian.

Thursday, August 13, 2009

Ustaz Asri Rabbani meninggal dunia

Pagi ini aku dan dunia hiburan dikejutkan lagi dengan berita ini, yang aku petik dari mStar online





Khamis Ogos 13, 2009

Ustaz Asri Rabbani meninggal dunia

Tinggal kenangan..Asri (dua dari kiri, bawah) ketika bersama anggota Rabbani yang lain pada dua hari lalu ketika majlis sidang media dan memeterai satu lagi perjanjian kerjasama bersama Hotel Singgahsana untuk terus membuat persembahan di hotel tersebut sepanjang bulan ramadan yang bakal tiba nanti. -foto The Star

PETALING JAYA: Vokalis kumpulan nasyid Rabbani, Ustaz Mohd Asri Ibrahim, 40, disahkan meninggal dunia kurang sejam yang lalu akibat serangan jantung di Hospital Pantai, Bangsar.

Menurut rakannya, Azadan, jenazah arwah Asri akan dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) selepas ini.

Dimaklumkan, arwah meninggal dunia selepas jatuh pengsan semasa memberikan ucapan dalam sidang media program 'Syahadah' di Angkasapuri, Radio Televisyen Malaysia (RTM) kira-kira pukul 10.30 pagi tadi.

Asri dilahirkan pada 3 Ogos 1969 di Klang, Selangor.

Arwah meninggalkan seorang balu, Halizah Shahzan, 39, dan enam orang anak.

Asri menyertai kumpulan nasyid terkenal itu sejak ia ditubuhkan secara rasmi pada 1 Mac 1997 dengan dianggotai oleh sembilan orang termasuknya.

Asri juga pernah menyanyi secara duet dengan beberapa penyanyi terkenal seperti Mawi menerusi lagu 'Saksi' dan 'Mentari Merah Di Ufuk Timur' nyanyian bersama Amy Search.

Kehilangan Asri kini bermakna hilanglah tunjang Rabbani memandangkan arwah banyak menyumbangkan kemajuan prestasi sekaligus memberikan kejayaan kepada Rabbani.

Atas kejayaan itu, maka tidak hairanlah jika Rabbani dijulang sebagai Penyanyi/Artis Nasyid Popular di Anugerah Bintang Popular (ABP) selama lapab tahun berturut-turut.

Tidak kurang juga anugerah yang dicapai di Anugerah Industri Muzik (AIM) seperti Album Nasyid Terbaik 2001 (Iqrar - 1421), Vokal Berkumpulan Terbaik Dalam Album 2001 (Iqrar-1421), Album Terbaik 2001 (Iqrar-1421), Album Nasyid Terbaik 2002 (Intifada), Album Nasyid Terbaik 2003 (Qiblat) serta Album Nasyid Terbaik 2009 (Nostalgia Nada Murni) dan Lagu Nasyid Terbaik 2009 (Bila Nur Melimpah Di Hati).

Kemunculan Rabbani yang turut dianggotai oleh Mohd. Asri Baidul @ Ubaidullah, Azadan Abdul Aziz, Muhammad Luqman Abd Aziz, Muhammad Rithauddeen Yaakob, Mohamad Afandi Ahmad Shafie, Nazrul Azhar Tamrin dan Zulkiflee Azman ini adalah dengan konsep yang tersendiri.

Dalam tempoh lebih 12 tahun berada dalam industri ini, Rabbani telah menghasilkan 19 buah album seperti 'ARAH Dari Mana… Ke Mana…' (1997), 'Pergi Tak Kembali' (1999), 'Intifada' (2000), 'Yalla Beena' (2004) dan yang terbaru, 'Nostalgia Nada Murni'.

Bermula dengan berkonsepkan nasyid klasik, melalui irama-irama yang dipetik dari Timur Tengah, Afrika dan Andalusia, kemudian diadun dan diolah mengikut citarasa yang sesuai dengan era yang terkini.

Juga dipersembahkan bersesuaian dengan citarasa remaja.

Disamping itu ditampilkan dengan adunan muzik ala melayu timur dan digabungkan dengan adunan muzik timur tengah.

Dan kini Rabbani muncul pula dengan konsep yang lebih global dalam bidang muzik tanpa mengurangkan kualiti mesej yang akan disampaikan dengan menampilkan world music didalam lagu-lagu terbarunya.

Ini adalah untuk menjadikan irama nasyid ini akan terus segar dari semasa ke semasa dan terus diminati oleh semua golongan tanpa mengira had bangsa dan negara.

Bagaimanapun dalam menyampaikan irama nasyid ini mesej adalah yang paling utama sekali dengan berpersepsikan bentuk nasihat, dakwah dan panduan.

Sekurang-kurangnya sedikit demi sedikit pendidikan secara tidak langsung itu berjaya masuk ke ruang fikiran sambil berhibur.

Lantaran itu juga boleh mendorong sikap kita ke arah kebaikan.



Takziah dan Al Fatihah...

##Nostalgia NADAMURNI adalah album dari kumpulan HIJJAZ.


Wednesday, August 12, 2009

Dharmala NS Meninggal Dunia



Dalam melayari internet malam ini aku dikejutkan berita kepulangan kerahmatullah Dharmala NS atau Abdul Muluk Daud. Dibawah ini laporan Malaysiakini




Dharmala NS meninggal dunia
Aug 12, 09 4:01pm
Sasterawan dan budayawan Dharmala NS atau nama sebenar beliau Abdul Muluk Daud meninggal dunia di Hospital Selayang, Selangor kira-kira 8.45 pagi ini akibat sakit jantung.

Abdul Muluk, 62, yang turut mesra dengan panggilan Pak Dharma meninggalkan seorang balu dan enam orang anak - empat lelaki dan dua perempuan, antara 16 hingga 31 tahun.

Balunya Adiah Matlana, 54, berkata Dharmala diserang sakit jantung selepas bersahur bersama ahli keluarganya di Taman Seri Gombak, Selangor pada 4 Ogos lepas, lapor Bernama.

"Pak Dharma terus dikejarkan ke Hospital Selayang oleh ahli keluarga dan dimasukkan di Unit Rawatan Jantung (CCU) sehingga menghembuskan nafas terakhir pagi ini," katanya kepada agensi berita itu.

Abdul Muluk juga pengendali laman blog Warga Prihatin Malaysia (Prima).

Adiah berkata jenazah allahyarham dikebumikan di kampung asalnya di Kampung Bachang Mantin, Jelebu selepas solat Asar.

Allahyarham semasa hayatnya merupakan penulis novel, cerpen, sajak, drama televisyen dan penulis skrip filem Raja Melewar.

Novel hasil buah tangannya termasuklah Hanya Tinggal Kenangan, Lembah Tercinta dan Tinggal Kasih Tinggallah Sayang, sementara cerpennya pula Rumah Baru (antologi bersama), Sayembara II (antologi bersama), Sayembara III.

Drama TV karyanya antaranya Terbang Kenyalang dan Satu Anugerah
.





Takziah kepada keluarga beliau dan Al Fatihah untuk seorang penulis yang bernama Dharmala NS.




Dan ini adalah laman blog beliau http://abdulmulukdaud.blogspot.com/

Monday, July 20, 2009

Israk Dan Mikraj

Beruntunglah penduduk Negeri Sembilan kerana mendapat cuti empat hari berturut mulai 16 Julai hingga 21 Julai, jangan lupo naik kojo hari rabu 22 Julai pulak. Cuti cuti jugak jangan nak mombuto yo. Kan ko hari Ahad 26 Rejab malam tu kato eh Nabi Israk dan Mekraj.

Hari ini bersamaan 27 Rejab 1430 hari yang penuh peristiwa bagi umat Islam . Dimana Nabi Muhammmad Salallahhualaihiwasam telah Israk di Masjidil Haram di Mekah ke Masjidil Aqsa di Batulmuqadis dan Mikraj ke Sidratul Muntaha dilangit ketujuh.

Kita tinggalkan dahulu hujah-hujah Israk dan Mikraj Nabi ini dengan jasad dan roh atau roh sahaja.

Sedari kecil kita diperdengarkan tentang peristiwa perjalanan Nabi SAW ini oleh ustaz-ustazah bagi memperkukuhkan keimanan kita. Bagaimana Nabi dalam peristiwa ini diperlihatkan akan pembalasan wanita-wanita yang telah melakukan dosa (tak silap 10 semuanya) dan keagungan wanita bernama Masyitah. Ambillah pengajaran dari semua itu.

Dan yang penting sekali bagaimana Baginda mendapat wahyu yang teristimewa di Mustawa dibawah Arash Allah menembusi langit ke tujuh ia itu solat (sembahyang) lima kali sehari semalam. Tidak dipesan-pesan seperti ibadat-ibadat lain melalui Jibril.



Sistem adat perpatih juga tidak lepas dari mengikut hukum, seperti kata pebilangan;


Adat bersendikan hukum

Hukum sersendikan kitabullah

Kuat adat tak gaduh hukum

Ibu hukum muafakat

Ibu adat muafakat

Tuesday, July 14, 2009

"Wahdah Pemangkin Khaira Ummah"

Itulah tema musabaqah membaca al quran peringkat kebangsaan tahun ini dan bermula malam ini. Apa maksudnya pun kurang faham. Dalam berita-berita diakhbar internet pun tiada satu pun berita tentang musabaqah al quran malam ini. Tak taulah mungkin berita tentang kekalahan UMNO/BN dalam PRK DUN Manik Urai, Kelantan itu lebih penting. Walau apa pun, penerangan tema ini hendaklan diberi penerangannya oleh pehak yang berotori. Kalau tidak tema akan hanya tinggal tema dan ditahun tahun akan datang akan dicari tema yang sedap mulut menyebut dan lunak telinga mendengarnya.

Bulat air kerana pombontong
Bulat kato kerana muafakat

Sepakat pangka selamat
Sengketa pangka colako

Saturday, July 11, 2009

Persukuan Adat Perpatih 2009




Perasmian hari ini oleh DYMM Yang Dipertuan Bosa. Mulo dari semalam hinggo sampai esok 12 Julai 2009. Opo nak buek tak dapek balik. Alangkah baik eh kalau dapek balik, buleh yo nonga-nonga seminar atau nengok-nengok aktiviti kek sinun. Donga eh macam-macam ado, dari lauk pauk eh yang tak ponah den donga, khoba ada gulai "bono" (apo namo eh tu...)hinggolah ko majlis-majlis yang buleh tambah sikit ilmu adat pepatih ni.

Inilah namo eh ni...

yang bulat datang bogolek
yang pipih datang melayang

tapi tak bosambut

Thursday, July 9, 2009

Selamat Hari Lahir Along




















Dengan doa agar sehat dan mencapai segala impian sendiri dan ibu dan bapa mu. Jadilah anak yang solehah. Boleh diharapkan oleh semua orang.

Wednesday, July 8, 2009

Harimau Mati Meninggalkan Belang...

Seminggu ini banyak yang belaku dalam negeri dan juga di luar negeri. Dari penamaan calon di DUN Manik Urai isu PPSMI yang telah dimansuhkan dalam mesyuarat kebinet sebentar tadi (setelah menjalankan ujikaji selama 12 tahun kerana anak aku juga terlibat dalam ujikaji ini) hinggalah ke kematian raja pop dunia Michael Jackson pada 25 Jun 2009. Seorang biasa yang matinya diratapi oleh peminatnya yang terlampau. Orang biasa yang matinya dikatakan setelah beriman kepada Allah pada November 2008. Amin!

MJ akan dijadualkan membuat persembahan yang terakhir dan istimewa dalam abad ini di London tetapi belum pun persembahan itu berjalan beliau telah pun menemui Tuhannya. Raptai persembahan itu telah berlangsung beberapa ketika.

Subhanallah, bagi aku tiada ruginya beliau menemui rabuljalil ketika ini, Tuhan itu maha kaya dan pengetahuannya melitupi sekelian alam memandangkan persembahan-persembahan beliau sebelum ini dan juga kelakuan peminatnya dalam setiap konset yang diadakan. Mungkin Allah mahu memelihara beliau dari kemuflisan iman…
Hari ini dikatankan hari pengkebumian jenazah beliau,wallahualam.

Disini aku selitkan salah satu daripada raptai terakhir beliau.

Sunday, May 10, 2009

Selamat Hari Ibu

Untuk ibu ku dan semua yang telah mendahulu kita Al Fatihah semua sejahtera di sana...


Khas buat ibu-ibu yang disayangi oleh anak mereka aku didikasikan video di bawah yang tak seberapa ini untuk mereka.


Wednesday, March 25, 2009

Aqiqah,Marhaban,Berindoi Dan Cukur Jambul

Hari ini 25 haribulan genaplah usia putri baru kami sebulan.














Marhaban dan berzanji memuji-muji nabi Muhammad s.a.w













Potong jambul atau cukur jambul yang pasti gunting rambut













Berindoi tradisi dan adat melayu, syair-syairnya penuh dengan pengajaran dari asal kejadian hingga membesarnya seorang manusia.











Ini baru bercukur.
Keletihan seharian menjadi perhatian dan mangsa pisau cukur/shaver ayahnya, licin kene kerjakan.










Hari ini juga kebetulan hari ulang tahun aku, macam Mr Been pulak sendiri ucap selamatlah...

Semuga bertambah rezeki lagi dan redha Allah bersama kami.


Monday, March 9, 2009

Keputeraan Junjungan Muhammad SAW

[KEMASKINI]
Hari ini juga kebetulan hari ulang lahir anak kami yang kedua Zahidah Amirah yang ke 11. Ayah dan ibu mu mengharapkan semoga anak sejahtera dan murah rezekinya. Semoga menjadi anak yang boleh digantungkan harap. Dalam tergesa-gesa ayah cuba menyiapkan VT ini, terimalah sumbangan yang tidak seberapa.
OOOOOOOooooooOOOOOOO
Apa yang terjadi pada 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 20 April 571 Masihi tidak lain hanyalah keputeraan Nabi Muhammad s.a.w (Sallallahu Alaihi Wasallam). Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh Malaysia khususnya dan dunia amnya akan mengadakan majlis maulud nabi bagi memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya.. Menyambut Maulud (kelahiran) Nabi Muhammad SAW bertujuan untuk memuliakan Nabi Muhammad SAW berasaskan firman Allah dalam Al-Quran (terjemahannya ) :- "maka orang yang beriman kepadanya (Muhammad saw) memuliakannya, menolongnya dan mengikuti cahaya yang terang yang diturunkan kepadanya (Al-Quran) mereka itulah yang beruntung." Al-Araf: 157 Disamping mengingati akan semangat Salahudin al Ayyubi ketika menghadapi pasukan salib dan berhasil memimpin tentera Islam memasuki Jurusalem. Kita juga mengingati 12 Rabiul Awal dengan zikir khusus nyanyian lagu-lagu memuji Nabi Muhammad S.A.W. Terdapat 2 pendapat mengenai Maulud Nabi, iaitu pendapat pertama melakukannya adalah satu perbuatan yang dianjurkan bagi umat Islam. Pendapat kedua pula menyatakan menyambut hari Maulud adalah satu bidaah disebabkan ia tidak pernah dilakukan semasa zaman Rasullullah dan para sahabat. Aku pun tidak ada kepakaran untuk menjawab dalam soal ini tetapi cuba perhatikan pendapat-pendapat berikut. Menurut pendapat pertama, yang telah diamalkan oleh umat Islam di Malaysia rata-rata ahli sunah waljamaah mengikut Iman Al Syafie berhujah mengapa Maulud Nabi boleh diraikan adalah :- Bahawasanya Nabi Muhammad S.A.W. datang ke Madinah maka beliau mendapati orang-orang yahudi berpuasa pada hari Asyura iaitu hari 10 Muharram, maka Nabi S.A.W. bertanya kepada orang yahudi itu: "Kenapa kamu berpuasa pada hari Asyura?" Jawab mereka: Ini adalah hari peringatan, pada hari serupa itu dikaramkan Firaun dan pada hari serupa itu Musa dibebaskan, kami berpuasa kerana bersyukur kepada Tuhan. Maka Nabi S.A.W. berkata: "Kami lebih patut menghormati Musa berbanding kamu." Riwayat Bukhari dan Muslim.

Wednesday, February 25, 2009

Ahli Keluarga Kami Yang Ke Lima 25 Feb 2009@30 Safar 1430Hijrah
















Foto pada 02 Mac 2009





Foto pada 07 Mac 2009

Foto Kira-kira Jam 10.00 pagi

Dari seorang dah berdua. Dari berdua dah bertiga dan seterusnya hinggalah kelima buat masa sekarang ini. Syukur pada Allah hari ini isteriku selamat melahir anak kami yang kelima tetapi yang ada sekarang ini tiga termasuk yang baru lahir pagi tadi kira kira jam 9 pagi. Pada orang kiranya telah dikurniakan anak perempuan sementah lagi telah ada dua tentulah mengharapkan yang bakal lahir anak lelaki, tetapi siapalah kita yang boleh menentukan semua itu. Aku tetap bersyukur anak aku lahir selamat dengan cara biasa seberat 3.9kg Putri kami yang ini tetap dibelai juga. Hari ini bertalu-talu panggilan masuk diterima. Semuanya bertanyakan baby apa yang lahir, hadiah dan amanah Allah yang aku terima.Semuanya secara kebetulan seolah-olah mereka tahu isteriku masuk hospital hendak melahirkan. Tetapi soalan yang popular baby apa yang aku dapat.

Foto Kira-kira Jam 7.00 malam







Tuesday, February 10, 2009

Selamat Pengantin Baru



Tahniah dan selamat menjalani hidup berumahtangga. Selamat menempuh gerbang perkahwinan pada 6 Feb 2009. Acu didikasikan vedio tak seberapa ini untukmu. Hidup dalam alam rumahtangga ini juga ada pasang surutnya. Bila pasang berhati-hati dan bila surut pun berhati-hati.Ingatlah perkahwinan satu ibadah, bila dikatakan ibadah ada rukun dan tertibnya. Acu mengingatkan diri Acu dan semuanya tentang perkara ini. Pesan orang tua-tua hendaklah di ingat; keruh dihulu selesaikan dihulu

Tuesday, January 13, 2009

Tokonang Maso Dulu

Bilo lai nak baik kampung. Donga lagu ni baru semalam ghaso eh jadi bebudak. Nek ari tak ado lai bas Union ni, lopeh mogok drebar bas lobih kurang tahun tahun 80'an syarikat ni tukar namo kopado United, sampailah sekarang ni. Mulo-mulo naik bas 'merah' ni poi Sommban macam poi England ghaso eh.

Ghupo eh orang nogorilah yang mulo-mulo menyanikan lagu yang ado rap, tak cayo teruskan tengok. Jangan lupo nak fokus kek orang tuo sorang tu.

>">