Al-Quran

Saturday, February 27, 2016

Money Is King

Ada ungkapan yang menyatakan, "duit bukanlah segala-galanya" tetapi segala-galanya memerlukan duit. Katanya lagi, dalam hidup tidak memerlukan duit tetapi untuk hidup memerlukan duit hatta mati pun memerlukan duit sekarang . 

Sementara untuk menikmati duit agak jauh, nikmatilah dulu lagu yang berkisar tentang duit. Intergriti adalah penting jika kita menerima amanah.

Jangan sampai songlap orang lain punya duit.  Lebih malang lagi kalau termakan duit anak yatim.

























Wednesday, February 17, 2016

Kerjan Dan Pertabalan

Adat kerjan atau koghojan dalam dailek Negeri Sembilan terpakai kepada orang kebanyakan yang menjawat atau menyadang pusaka adat. Koghojan juga terpakai kepada undang yang empat .

Apabila seseoramg dipilih menyandang pusaka adat setelah dipilih oleh anak anak buah dalam suku-suku  yang berkaitan adat kerjan akan dilakukan dalam suku atau luak (bagi undang) yang berkenaan.
Adat ini dilakukan untuk menghebahkan atau memberi tahu anak-anak buah yang individu itu telah dipilih menyandang pusaka adat dan mengetuai suku berkenaan.

Pemilihan dalam adat perpatih ini dilakukan secara demokrasi, dari bawah keatas, atas pemilihan anak-anak buah. Seperti kata adat
         
                                                      bulat air kerana pembentung
                                                      bulat kata kerana muafakat
                                                      bulat anak buah menjadi buapak
                                                      bulat buapak menjadi lembaga
                                                      bulat lemaga menjadi penghulu
                                                      bulat penghulu menjadi undang
                                                      bulat undang menjadi raja

Setelah itu anak-anak buah terutamanya dalam suku berkenaan haruslah menghormati ketua adat ini sewajarnya. Katua-ketua adat ini juga wajib menjaga tingkah lakunya seiring penghormatan yang diberi oleh anak-anak buahnya. Begitu juga apabila ada kenduri kendara disebelah keluarga isterinya
dato' lembaga itu tidak boleh diperlakukan seperti orang semenda yang lain begitu juga isterinya tidaklah elok baginya  menyinsing lengan seperti orang lain.

Adat kerjan dilakukan oleh orang kebanyakan yang menyandang pusaka dato' lembaga manakala adat pertabalan pula bagi Yamtuan setelah dipilih oleh datuk-datuk undang yang empat.

Berikut ialah dokumentari pertabalan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan yang ke 12 Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir pada 26 Oktober 2009






Monday, February 15, 2016

Rumah Putih Seremban

Kisah sebalik Rumah Putih
Kisah sebalik Rumah Putih
Tugu di hadapan bangunan bagi memperingati pahlawan yang gugur.




BAGI mereka yang pertama kali melalui pusat bandar Seremban, pasti akan terpegun dengan sebuah bangunan putih yang terletak di bulatan jalan berhampiran Wisma Negeri.
Kalau di Amerika Syarikat popular dengan Rumah Putih atau White House, tidak ketinggalan di Negeri Sembilan juga ada.
Mungkin ramai tidak tahu, di bangunan putih itulah pernah menjadi pusat pentadbir ketika penjajahan British dan juga pejabat kerajaan negeri sebelum ia berpindah ke bangunan baharu di Wisma Negeri sehingga kini.
Ia juga pernah menjadi perpustakaan negeri dan hari ini, menjadi salah satu mercu tanda di bandar Seremban.

Dibina pada 1912
Mengikut sejarah, bangunan Rumah Putih yang terletak di Jalan Dato’ Hamzah itu dibina pada 1912 oleh BP Habbach of Britain.
Menggunakan batu bata sebagai bahan asas dan dilepa dengan simen sebagai kekemasan, berbentuk memanjang dan beranjung, mengambil reka bentuk bangunan British. Bagi kerangka atap, kayu digunakan. 
Atap bangunan menggunakan genting dan telah ditukar dan bangunan ini kini hak milik Kerajaan Negeri Sembilan.
Selepas pejabat kerajaan negeri berpindah ke Wisma Negeri pada 1987, bangunan itu menjadi pejabat Perbadanan Perpustakaan Awam negeri (PPANS). 
Projek mengubahsuai dimulakan pada 29 Mac 1988 dengan peruntukan kerajaan persekutuan melalui Jabatan Perpustakaan Negara dan siap pada Mei 1989, sebelum dibuka kepada orang ramai pada Ogos 1989.
Sebelum PPANS berpindah di Bangunan Wisma Umno di Jalan Dato' Sheikh Ahmad, ia sekali dibaik pulih di bawah peruntukan Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan.
Selain itu, Rumah Putih pernah menempatkan pejabat menteri besar.
Pejabat itu diduduki dari Menteri Besar Negeri Sembilan yang pertama, Tun Abdul Malek Yusof sehingga Menteri Besar Negeri Sembilan ke-9, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad. dari 1982-1997 sebelum pejabat Menteri Besar berpindah ke Wisma Negeri.
“Selama 15 tahun saya di situ sebelum pejabat pentadbiran kerajaan negeri berpindah ke Wisma Negeri.
“Saya yang memutuskan supaya bangunan itu menjadi perpustakaan negeri bagi memberi kemudahan kepada orang ramai berkunjung ke perpustakaan," kata Mohd Isa.
Bagaimanapun, katanya, keadaan sudah berubah dan persekitaraan dilihat tidak sesuai menyebabkan perpustakaan negeri berpindah ke bangunan lain.

Majlis peringati pahlawan
Bagi bekas Penolong Setiausaha Kerajaan Negeri (Bahagian Dewan dan Protokol), Datuk Amran Sameon, ketika perkhidmatannya sebagai pegawai kerajaan pada zaman Tan Sri Rais Yatim sebagai Menteri Besar, di Rumah Putih itulah menjadi pejabat sebagai menteri besar pada sekitar pertengahan 80an.
“Bangunan itu juga menjadi tempat saya bekerja. Banyak kenangan saya perolehi ketika bekerja di bangunan tersebut.
“Bangunan itu memang unik dengan reka bentuk kolonialnya yang menjadi tarikan kepada pengunjung dan pelancong luar pada hari ini,” katanya.
Selain itu, katanya, apa yang paling diingati satu majlis bagi memperingati pahlawan turut diadakan di hadapan bangunan itu.
“Di hadapan bangunan itu, setiap tahun kita mengadakan Hari Memperingati Pahlawan dengan turut dihadiri Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan pada masa itu.
“Itu sebabnya, jika semua orang melihat ada terdapat tugu peringatan di hadapan Rumah Putih ini,” katanya.
Beliau berkata, Rumah Putih ini mempunyai nilai sejarahnya tersendiri dan perlu dipelihara sebagai bangunan warisan.
"Sudah semestinya kenangan yang diperolehi pada zaman itu boleh diceritakan kepada generasi muda pada hari ini," katanya.

Diwartakan bangunan warisan
Pengarah Jabatan Warisan Negara Zon Selatan, Johar Kadir berkata, bangunan berkenaan telah diwartakan sebagai Akta Warisan Kebangsaan 2005 (Akta 645).
“Pada tahun 2006-2007 kerajaan negeri memohon peruntukan daripada Jabatan Warisan Negara untuk kerja-kerja konservasi terhadap bangunan tersebut, di mana pihak jabatan menyalurkan sejumlah peruntukan.
“Kerajaan negeri melantik Jabatan Kerja Raya (JKR) negeri sebagai pegawai penguasa bagi cadangan kerja pemuliharaan bangunan perpustakaan lama negeri sebelum perpustakaan berpindah ke tempat lain,” katanya.
Kurator Bahagian Pengurusan Muzium, Lembaga Muzium Negeri Sembilan, Aziz Mohd Gorip pula berkata, pihaknya telah membuat inventori terhadap bangunan tersebut.
“Tujuan inventori adalah untuk diangkat Jabatan Warisan Negara sebagai bangunan warisan untuk diiktiraf,” katanya.



Tuesday, February 9, 2016

Lagu-Lagu Nogori Sembilan Vol 7

Bila hutang bertingkat memang masalah, kalau duit betingkat selesai semuanya.


Duit banyak tapi tak mahu menjelaskan hutang itu tandanya dalam diri ada masalah. Jati diri dan integriti dah lari.






Sebuah lagu rakyat Bongai Si Cantik Manih















Friday, January 15, 2016

Tunku Alif Saifudin Al-Amin Mangkat

Putera bongsu Tuanku Muhriz mangkat
SARINAH MAT KASIM

Anakanda Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tunku Alif Hussein Saifuddin Al-Amin ibni Tuanku Muhriz (duduk tengah) telah mangkat di Hospital Canselor Tuanku Muhriz hari ini. - Foto Bernama

'Kemajuan tiada erti jika rakyat beta susah'


Bena dari FB:-Lembaga Pelancongan Negeri Sembilan



Kemodenan dan kemajuan tidak akan membawa erti yang besar jika rakyat dibelenggu kesusahan dan dihimpit peningkatan kos sara hidup yang tinggi, titah yang dipertuan besar Negeri Sembilan.
Tuanku Muhriz Tuanku Munawir menitahkan supaya kerajaan negeri itu menangani isu peningkatan kos sara hidup dengan serius dan menyediakan tindakan proaktif dan efektif.
“Keperluan asas rakyat beta terutama kemudahan kediaman yang benar-benar mampu milik perlu disediakan dan menjadi fokus utama kepada apa jua perancangan pembangunan yang dibuat, di samping kemudahan pengangkutan awam yang efisien dan infrastruktur yang serba lengkap,” titah baginda.
Tuanku Muhriz bertitah demikian di Istana Besar Seri Menanti sempena hari keputeraan ke-68 hari ini.
Sementara itu, baginda juga bertitah pelaksanaan Dasar Jaringan Keselamatan Sosial akan mewujudkan kesinambungan kepada usaha Negeri Sembilan menangani kemiskinan tanpa keciciran kelompok tertentu.
“Dasar ini memungkinkan semua kategori masyarakat menikmati faedah pembangunan yang dilaksanakan oleh kerajaan.
“Melaluinya juga, golongan kurang bernasib baik akan sentiasa diberi perhatian demi memastikan mereka dapat meneruskan kelestarian kehidupan,” titah baginda lagi pagi tadi.

Sunday, January 3, 2016

Inilah Punca-punca Kereta 'Makan' Minyak Hitam@Keluar Asap Putih

Aku ingin berkongsi ilmu ini kebetulan kereta aku pun baru buat semua ini. Habis juga la riban-riban.


Sekiranya anda berada di dalam situasi yang mana setiap minggu terpaksa menambah minyak hitam atau kereta anda mengalami pengurangan minyak hitam setiap kali diperiksa.
Apa yang perlu dibuat ?
Kalau pergi ke bengkel, biasanya mekanik akan suruh kita buat 'top overhaul' yang mana belanjanya mungkin melebihi RM500. Ada juga kebenaran kata-kata mekanik tersebut tetapi hanya dia yang tahu kenapa dia berkata demikian kerana jika kita diminta buat top overhaul bermakna enjin kita sudah berada dalam keadaan tenat.
Bagaimanapun di ruangan ini saya akan berkongsi pengalaman tentang kenapa pengurangan minyak hitam boleh berlaku, bagaimana untuk mengelakkannya daripada berlaku dan apa yang perlu dibuat jika sudah berlaku.
Minyak hitam akan berkurang disebabkan oleh beberapa sebab yang kadang-kadang tidak diambil peduli oleh kebanyakan pengguna kereta.
(1) Minyak hitam terbakar di dalam kebuk silinder bersama-sama petrol. Ini disebabkan 'ring' piston yang berfungsi menghalang minyak hitam masuk ke ruang pembakaran telah haus atau telah mengalami regangan yang berlebihan yang menyebabkan wujud ruang di antara piston dan dinding silinder blok menyebabkan minyak hitam memasuki kebuk pembakaran dan terbakar bersama-sama petrol/diesel.
Tanda yang dapat dilihat adalah asap yang keluar akan menjadi berwarna kebiruan dan berbau minyak hitam. Lama - kelamaan minyak hitam di dalam enjin akan berkurangan. Keadaan ini sebenarnya adalah perkara yang pasti akan berlaku kepada semua jenis enjin bersilinder. Tetapi jangkamasa yang ia pasti akan berlaku biasanya sehingga 10 tahun atau lebih.
Faktor yang mempercepatkan perkara ini berlaku adalah seperti penukaran sistem pengeluaran gas ekzos (penggunaan ekstraktor) kepada bukan standard, penggunaan minyak hitam yang tidak mematuhi specifikasi yang diberikan pengeluar, tidak menukar minyak hitam mengikut jangkamasa yang ditetapkan pengeluar, tidak menukar penapis minyak seperti yang disyorkan pengeluar, penggunaan minyak hitam yang tidak mencukupi, pemanduan yang terlalu agressive (selalu buat spin wheel) dan untuk enjin turbo; tidak memberikan masa kepada suhu minyak hitam turun kepada normal operating temparature (tak pasang turbo timer).

Untuk megelakkan perkara ini dari berlaku dengan cepat, tukar minyak hitam mengikut jadual bersama-sama penapis minyak yang disyorkan pengeluar. Sekira boleh, masukkan sedikit enjin treatment setiap 7 atau 8 kali menukar minyak hitam, pasang turbo timer (untuk enjin turbo), panaskan enjin dalam keadaan melahu sebelum memulakan perjalanan, elakkan spin wheel atau pemanduan aggresive, gunakan kebuk pelepasan asap eksoz standard.
Jika keadaan ini sudah berlaku, apa yang boleh dibuat cuma menambahkan minyak hitam setiap kali berkurangan dan kalau keadaan tidak begitu serius mungkin dengan penambahan enjin treatment (yang mengandungi plumbum) dapat membantu menutup ruang antara piston dan dinding silinder. Jalan terakhir terpaksalah tukar piston ring baru atau kalau silinder dah 'makan', terpaksa tukar piston dengan ringnya sekali dan rebor silinder.

2) Sebab lain, jika kita dapati setiap pagi ada minyak hitam di atas lantai bawah kereta kita, ini bermakna ada kebocoran di enjin kereta kita. Kita tak akan dapat memastikan perkara itu dengan hanya menjenguk ke bawah enjin. Perkara pertama yang perlu kita buat, pergi ke kedai mencuci enjin, cuci semua bahagian bawah enjin dengan menggunakan sejenis chemical sehingga betul-betul bersih, kemudian gunakan kereta seperti biasa. Selepas sehari, pergi ke bengkel dan angkat kereta, kita akan dapat lihat di mana kebocoran itu berlaku.
Biasanya ada tiga tempat di mana kebocoran berlaku i.e. di penyambung drive shaft, di penyambung gear box atau di oil sum gasket. Keadaan ini tidak berapa kritikal berbanding dengan keadaan satu di atas dan kita cuma perlu membaikinya jika kita terpaksa menukar clucth plate, timing belt, drive shaft atau peralatan yang lebih major.
Keadaan ini berlaku kerana penggunaan minyak enjin yang tidak sesuai, enjin terlalu panas, semasa menukar peralatan yang berkaitan, oil seal tidak ditukar bersama (seperti timing belt, jika ditukar, eloklah ditukar sekali kesemua oil seal kerana jika bocor, minyak akan terkena belt dan bila-bila masa belt akan putus)
(3) Jika minyak hitam kita berkurangan tetapi tiada kebocoran dan tiada pelepasan asap kebiruan, cuba periksa air di radiator. Jika airnya berminyak, ini bermaksud terdapat kebocoran dalaman enjin yang menyebabkan minyak hitam masuk ke dalam saluran air penyejuk. Keadaan ini sangat kritikal dan memerlukan enjin di angkat dan ditukar gasket yang terlibat. Keadaan ini berlaku kerana enjin terlalu panas dan sistem penyejukkan enjin tidak dapat berfungsi dengan baik.
(4) Minyak hitam berkurangan juga boleh disebabkan minyak hitam menjadi berketul-ketul dan menjadi padat dan likat. Ini biasanay berlaku bila air bercampur dengan minyak atau penggunaan oil treatment yang tidak sesuai. Keadaan ini juga boleh berlaku jika kita tidak menukar minyak hitam mengikut jadual. Jika ini berlaku, minyak enjin perlu diganti dan enjin perlu di flush dengan menggunakan engine flush chemical (tidak digalakkan kerana akan merosakkan gasket dan oil seal).(


5) Kadang-kadang minyak hitam akan berkurangan jika kita selalu memandu pada kelajuan tinggi (melebihi 120 km/j selama lebih 30 minit). Ini kerana minyak enjin terkeluar melalui bahagian atas penutup enjin atau top cover enjin. Biasanya ini tidak melibatkan apa-apa kerosakan, cuma jika kita ingin memandu pada kelajuan tinggi, pastikan kita menukar penutup minyak enjin kepada yang lebih tahan tekanan tinggi (macam enjin turbo).


Sekian info kali ini. 

angkut dari disini dan disini