Al-Quran

Friday, January 15, 2016

'Kemajuan tiada erti jika rakyat beta susah'


Bena dari FB:-Lembaga Pelancongan Negeri Sembilan



Kemodenan dan kemajuan tidak akan membawa erti yang besar jika rakyat dibelenggu kesusahan dan dihimpit peningkatan kos sara hidup yang tinggi, titah yang dipertuan besar Negeri Sembilan.
Tuanku Muhriz Tuanku Munawir menitahkan supaya kerajaan negeri itu menangani isu peningkatan kos sara hidup dengan serius dan menyediakan tindakan proaktif dan efektif.
“Keperluan asas rakyat beta terutama kemudahan kediaman yang benar-benar mampu milik perlu disediakan dan menjadi fokus utama kepada apa jua perancangan pembangunan yang dibuat, di samping kemudahan pengangkutan awam yang efisien dan infrastruktur yang serba lengkap,” titah baginda.
Tuanku Muhriz bertitah demikian di Istana Besar Seri Menanti sempena hari keputeraan ke-68 hari ini.
Sementara itu, baginda juga bertitah pelaksanaan Dasar Jaringan Keselamatan Sosial akan mewujudkan kesinambungan kepada usaha Negeri Sembilan menangani kemiskinan tanpa keciciran kelompok tertentu.
“Dasar ini memungkinkan semua kategori masyarakat menikmati faedah pembangunan yang dilaksanakan oleh kerajaan.
“Melaluinya juga, golongan kurang bernasib baik akan sentiasa diberi perhatian demi memastikan mereka dapat meneruskan kelestarian kehidupan,” titah baginda lagi pagi tadi.

No comments: