Ini aku sangat setuju, sekiranya pantai-pantai peranginan di PD ini jadi hak kepada hotel-hotel di sepanjang pantai dimanakah tempat orang ramai yang merhain untuk bersantai.
Matahari terbenam dan masin air laut orang kampung yang bayar GST ini juga ingin merasainya.
Selagi menteri besar Negeri Sembilan bernama Datuk Seri Mohamad Hasan pantai-pantai PD akan selamat tetapi bagaimana jika beliau tidak lagi menjadi MB? Atau beliau ditarik ke pusat?
Satu lagi masalah di pantai PD adanya individu yang berniaga yang tidak masuk akal seperti rungutan ini:-
·
Sekarang diPD tiada tempat lagi nak berkelah sebab .....semua tempat dipenuhi payung payung ..siapa nak ....sewa .....siapa tak nak boleh cari tempat lain ....tapi malangnya semua tempat telah dipenuhi payung dan meja '........ Harap kerajaan negeri ambil perhatian
Eloklah rasanya peraturan ini di kuat kuasakan melalui undang-undang.
Pantai PD tidak boleh dijadikan hak milik persendirian
NURULATIQ AHMAD BANDI
8 APRIL 2017
PORT DICKSON - Kerajaan negeri memberi jaminan bahawa kesemua pantai di daerah pelancongan ini akan kekal sebagai pantai awam, walaupun kawasan itu kini sedang dalam gerak kerja pembangunan semula Port Dickson termasuklah projek mega, Malaysian Vission Velly.
Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, kawasan pantai berpasir di daerah ini akan terus kekal sebagai pantai awam dan kerajaan negeri memberi jaminan ke atas perkara itu.
Menurutnya, ini kerana kawasan pantai berpasir adalah milik awam dan akan kekal seperti itu walaupun kini kita sedang rancak membangunkan Port Dickson.
“Kita tidak akan benarkan sesiapa pun menutup pantai untuk tujuan hak milik persendirian dan sebagainya.
“Walaupun projek itu membabitkan pembangunan hotel lima bintang dan itulah yang kerajaan negeri lakukan, menolak permohonan pembinaan hotel lima bintang di pantai Batu 7, kerana mereka meminta pantai di situ menjadi milik persendirian.
“Biarlah satu dua orang (pemaju) marah dengan saya daripada enam tujuh ribu orang (awam) marahkan saya,” katanya kepada pemberita di Port Dickson baru-baru ini.
Mohamad berkata, pada masa akan datang, Port Dickson juga akan dibangunkan dengan hotel bertaraf enam bintang.
“Hotel ini akan di bina di pulau-pulau yang terdapat di sini.
“Jajaran jalan di persisiran pantai dari Batu 1 hingga Batu 12 juga dinaiktaraf. Kita akan letakkan syarat agar pemaju kawasan yang akan memajukan kawasan tersebut bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas,” katanya lagi.
Pantai Saujana, Pantai Telok Kemang, Pantai Bagan Pinang, Pantai Cermin dan Pantai Tanjung Biru antara pantai-pantai indah yang terdapat di daerah ini dan sering menjadi tumpuan orang ramai.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.