Tuesday, March 29, 2016

Masalah adat undang Johol

Undang Luak Johol pertama dilucut jawatan







28 MAC 2016

Masalah adat, biar adat selesaikan
Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan beramah mesra bersama pesara-pesara sempena Majlis Penghargaan Pesara Pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan hari ini. - Foto Bernama
SEREMBAN - Apa juga masalah berhubung adat di Negeri Sembilan, biar adat yang menyelesaikannya, kata Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan.  
Katanya, mengikut Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri, kerajaan negeri tidak mempunyai kuasa untuk campur tangan mengenai masalah adat.
"Kerajaan negeri sebagai pentadbir dan adat memang berdiri bersama-sama tetapi kita tak campur mencampuri antara satu sama lain.
"Jika berlaku perkara sebegitu kita serahkan kepada orang adat atau pun di luak tersebut...malah antara luak pun kita tak boleh campur.
"Kalau Luak Johol biar Undang Luak Johol yang tentukan," katanya kepada pemberita hari ini ketika mengulas desas-desus kononnya berlaku konflik Undang Luak Johol.  
Mengulas lanjut, Mohamad berkata sebagai pentadbir, kerajaan negeri juga akan menjalankan siasatan sama ada ia berjalan selaras dengan hukum adat.  
Katanya, beliau yakin perkara ini akan dibincangkan dalam Dewan Keadilan dan Undang Negeri Sembilan - dewan tertinggi bagi membincangkan perkara itu.
"Jadi, untuk buat masa sekarang kita tak boleh kata apa dan tak boleh nak campur atau buat apa-apa keputusan," katanya.
Dalam struktur pemerintahan beraja di Negeri Sembilan, institusi Undang Yang Empat dan Tunku Besar Tampin mempunyai fungsi kuasa secara mutlak di luak masing-masing.
Undang Yang Empat adalah bertanggungjawab melantik Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan bagi menaiki takhta menggantikan baginda Yang di-Pertuan Besar yang mangkat.
Fungsi berkenaan diperjelaskan dalam Undang-Undang Tubuh Negeri Sembilan iaitu Undang Yang Empat (Undang Luak Sungai Ujong, Undang Luak Jelebu, Undang Luak Johol dan Undang Luak Rembau serta Tunku Besar Tampin) adalah pemerintah (The Rulers) bagi Negeri Sembilan bersama Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan. - Bernama

Dari sini

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.