Tuesday, March 29, 2016

Adat: Masalah Dan Penyelesaiannya?

JOHOL

Ahad ( 27 MAC 2016 )
Kronologi Pertuduhan Salah Laku dan Pemecatan YTM Dato' Undang Luak Johol
## 0734 - Rombongan Dato' Adat Undang Luak Johol berkumpul di rumah Dato' Baginda Tan Mas ( Kg. Tanggai, Johol )
## 0757 - Konvoi Dato' Adat ( l/kurang 6 biji kereta / 10 orang ) bergerak menuju ke Balai Undang Luak Johol tanpa penyertaan Dato' Baginda Tan Mas yang hanya menunggu di rumah beliau.
## 0805 - Konvoi sampai di Balai Undang Luak Johol dan hanya dimasuki oleh Dato' Jenang dan dua Dato' Adat dengan kereta Vellfire ke dalam Balai Undang Luak Johol.
## 0813 - Kesemua konvoi Dato' Adat masuk ke dalam Balai Undang Luak Johol.
## 0838 - Dato' Jenang Undang Luak Johol sedang membacakan pertuduhan salah laku terhadap YTM Undang Luak Johol.
## 0854 - Along ( Anak YTM Undang Luak Johol ) bersama KPD Kuala Pilah dan OCS Balai Johol sampai dan masuk ke dalam Balai Undang Luak Johol.
## 0907 - Konvoi Dato' Adat selesai membaca pertuduhan terhadap YTM Undang Luak Johol dan bergerak keluar menuju kembali ke rumah Dato' Baginda Tan Mas.
## 0914 - Konvoi Dato' Adat sampai di rumah Dato' Baginda Tan Mas.
Bermesyuarat berkaitan pertuduhan salah laku YTM Dato' Undang Luak Johol ( keputusan sepakat yang dibuat oleh Buapak Yang Enam adalah dengan memecat YTM Dato' Undang Luak Johol dari terus menyandang jawatan beliau ) dan prosedur-prosedur menyerahkan surat pemecatan serta mengambil semula Alat-Alat Kebesaran Undang Luak Johol.
## 1028 - Tok Batin Undang Luak Johol sampai di rumah Dato' Baginda Tan Mas.
## 1031 - Tok Jenang bersama seorang wakil Dato' Adat bergerak menuju ke Balai Polis Johol untuk buat report polis.
## 1039 - Tok Jenang buat report polis berkaitan pemecatan YTM Dato' Undang Luak Johol dan memohon kerjasama PDRM untuk mengiringi konvoi mereka masuk ke dalam Balai Undang Luak Johol untuk menyerahkan surat pemecatan YTM Dato' Undang Luak Johol.( Johol Report: 108/16 @ bertarikh 27 MAC 2016 ).
## 1045 - Tok Pawang Undang Luak Johol sampai dan masuk ke dalam Balai Undang Luak Johol.
## 1228 - Dato' Nengarang ( Buapak Yang Enam ) membuat laporan polis di Balai Polis Johol berkaitan untuk mengambil Alat-Alat Kebesaran Undang Luak Johol ( 12 barang ) dari YTM Dato' Undang Luak Johol kerana beliau tidak layak menyimpan atas sebab telah dipecat dari menyandang jawatan tersebut. ( Johol Report: 109/16 @ bertarikh 27 MAC 2016 ).
                                                 ====== adatadatadatadatadatadatadatadat======

JELEBU
Sementara itu Luak Jelebu agak panas ketika ini, menanti akan pelantikan Undang yang baru (ke 16) pemecatan Dato' Menteri berlaku sekarang ini. 
Pencarian mata benih penyandang pusaka undang terletak dibahu Dato' Menteri setelah menerima nama calon dari kepala waris yang layak dan mengikut giliran perut setelah ibu ibu soko mempersetujuinya.
Hendak mendapatkan penyandang yang  yang betul dan berhak, latar belakang seseorang yang dipilih itu perlu disiasat;
Dahaga dahagi
Sumbang sulit
Membuat rumah dalam rumah semenda
Satu diberi dua diambil
Pelesit dua sekampung
Enau sebatang dua sigai

Bukan nak menuduh tetapi ada desas desus mengatakan ada ahli politik yang telah bersara  tidak berpuas hati dengan perjalanan perlantikan ini dan mempunyai calonnya sendiri. Bak kata perbidalan,
berung ruang bak durian
berlopak lopak bak sawah

berumpuk masing masing
Umpuk orang jangan diambil
Umpuk awak jangan diagih
Jangan ada permainan dibelakang lalu rusuk ditumbuk. Pesan orang orang tua dahulu hendaklah didengar dan dihayati takut-takut nanti ada yang tak patah tiek.

p/s:Catatan ini hanya sebagai renungan bersama tiada istilah diluar kandul kerana kita dalam kandul adat perpatih yang dikelek,  agama yang dijunjung. Ibarat menarik rambut dalam tepung, rambut tak putus tepung pula tak berselerak.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.