Masalah gearbox ini amat kerap berlaku dan paling menyusahkan bila gear jadi tidak terkawal bilamana sering saja bertukar dengan sendiri.Ini bukan saja terjadi kepada kereta auto malah ia juga kerap berlaku pada kereta gear manual.
Masalah pertukaran gear yang tidak menentu dan biasa berlaku adalah dari gear 5 ke 4 dan dari 3 ke 2 untuk gear manual dan banyak berlaku dari 4 ke 3 untuk gear auto.
Masalah demikian biasa dirujuk sebagai slip gear dan ini sebenarnya adalah masalah yang disebabkan oleh faktor-faktor penyelenggaraan kereta yang tidak teratur oleh pengguna seperti:-
1.Lambat menukar minyak gear
2.Tidak pernah tukar filter auto
3.Tidak pernah melihat/memeriksa paras minyak gear
4.Membiarkan mounting gearbox pecah tidak ditukar
5.Mengabaikan kebocoran minyak gear dari seal gearbox
6. Tidak pernah menambah minyak gear
Faktor-faktor begini adalah sebab utama mengapa slip transmisi mudah berlaku lebih-lebih lagi untuk kereta auto.Keadaan begini juga biasa terdapat tanda-tanda awal slip transmisi akan berlaku.Tanda-tanda seperti:-
1.Gear susah masuk (biasanya untuk gear manual)
2.Pada awal transmisi untuk auto terdapat sentakan yang agak kuat (contoh dari N ke D atau dari P ke D )
3.Terdapat 'freeplay' (ruang pertukaran gear ) yang agak lama samada dari 1 ke 2,2 ke 3 dan 3 ke 4.
4.Kereta berbunyi kuat setiap kali pertukaran gear auto berlaku
5.Rpm yang jadi tinggi tidak kembali asal setelah gear auto bertukar
6.Berbunyi hentakan seperti 'DUK' setiap kali gear auto bertukar
7.Gear yang bertukar pada keadaan N atau D pada panel meter.
Tanda-tanda seperti di atas adalah tanda-tanda awal slip transmisi (auto slip transmission) akan berlaku dan jika keadaan ini dibiarkan ia akan ketahap maksima dimana pengguna terpaksa menukar keseluruhan kotak gear yang memungkinkan penambahan kos yang lebih tinggi.
Bagaimana ia boleh dibaiki dengan cepat dengan menggunakan kos yang rendah?Cara yang murah tetapi berkesan selain daripada menukar gearbox untuk kereta auto apabila berlaku tanda-tanda sedemikian adalah dengan membuat keseluruhan penyelenggaraan seperti berikut :-
1.Bersihkan ruang auto filter dan tukar auto filter
2.Tukar minyak auto
3.Tukar mounting gearbox
4.Tukar pin pada panel gear
5.Tukar kedua-dua oil seal gearbox
Untuk pengguna gear manual cara yang paling mudah adalah dengan menukar minyak gear seterusnya mounting dan kabel gear.Ada juga yang biasa berlaku air masuk ke ruang gearbox dan membentuk kotoran seterusnya menjadikan gear bertukar dan menggerakan tombol gear ke FREE.
Masalah begini hanya dapat dikawal dengan membuang semua minyak gear dan memasukan minyak gear semula dan dibuangkan.oil seal gearbox juga wajib ditukar dan speedometer harus diperiksa untuk memastikan air tidak berjaya menembusi speedometer ketika mencuci enjin atau melanggar becak yang besar.
Ep90 adalah minyak gear yang paling sesuai untuk gear manual dan EP120 untuk auto tramnsmisi.Untuk kereta lama EP140 adalah minyak gear yang biasa digunakan.
Mileage yang amat sesuai unytuk menukar minyak gear auto dan manual adalah setiap 40000 kilometer ataupun setiap dua kali servis untuk minyak enjin 10000 kilometer. Untuk menukar minyak auto pada 40000 kilometer penggunaan adalah WAJIB untuk mengelakan keadaan slip transmisi berlaku.
Saksikan video auto transmisi gearbox belakang bekerja menggerakan roda belakang kereta.
[Info lanjut: www.news.mydebat.com]"
Nah..! Belanja satu gambar kereta milik askar British Kem Paroi-Seremban (sumber dari internet).
Sokonyang-konyang banting, Ghumput eh dimamah yo, Sejauh-jauh topolanting Jatuh eh ko tanah yo
Wednesday, December 30, 2015
Thursday, December 24, 2015
Rumah Berangguh Undang Luak Johol
Hari ini (22 Dis 2015) rencana tentang rumah ini keluar di Sinar Harian.
oooooo******************oooooo
Rumah berusia 125 tahun jadi kajian
WARTAWAN SINAR HARIAN
22 DISEMBER 2015
KUALA PILAH - Siapa sangka, di Kampung Cheriau, di sini, tersergam indah sebuah rumah kayu tradisional Melayu berusia 125 tahun.
Rumah itu pernah menjadi tempat persinggahan Datuk Undang Luak Johol sebelum beliau meneruskan perjalanan ke Seri Menanti.
Keseluruhan struktur binaan rumah itu menggunakan kayu cengal dibina oleh dua tukang bernama Achat dan Achin.
Rentetan itu, Lembaga Muzium Negeri Sembilan (LMNS) terpanggil untuk menjalankan kajian rumah yang dimiliki Sharifah Fazilah Syed Agil, 60-an.
Penolong Kurator Unit Monumen dan Tapak Tanah Bersejarah Bahagian Antikuiti LMNS, Mohd Nazim Abd Gaman, berkata, tujuan utama kajian itu dijalankan adalah untuk menginventorikan rumah tradisional warisan Negeri Sembilan.
“Salah satunya ialah rumah ini. Difahamkan, rumah ini diperbuat daripada kayu cengal yang diambil dari hutan dan ditarik dengan menggunakan kerbau pada zaman dahulu. Peralatan yang digunakan untuk membuat rumah ini adalah beliung, kapak dan ketam.
“Tingkap rumah dan pintu diperbuat daripada kayu malah terdapat beberapa bendul sebagai pemisah ruang yang terdapat dalam rumah ini. Dari pintu hingga ke kekisi rumah, terdapat ukiran halus dengan motif tradisional melambangkan kesenian masyarakat adat perpatih,” katanya.
Lebih menarik rumah ini, apabila terdapat tangga diperbuat daripada batu dan berbentuk seperti kapal.
Menurutnya, rumah itu juga terdapat loteng yang digunakan sebagai tempat untuk menyimpan barang lama seperti peralatan memasak.
Loteng itu juga dilihat sama fungsi seperti loteng di Muzium Lama Diraja Seri Menanti.
“Meskipun rumah ini nampak luas tetapi ia hanya ada dua bilik dan dapur.
"Salah satu ciri istimewa rumah ini, adalah alat penunjuk arah angin. Biasanya alat ini dipasang pada bahagian bumbung rumah tetapi ia letak di bawah rumah,” katanya.
Dalam pada itu, beliau menambah, rumah yang dibina pada tahun 1890 ini mempunyai ruang serambi untuk menyambut tetamu dan tempat upacara adat istiadat.
Uniknya, ruang itu hanya boleh diduduki golongan lelaki.
“Saya difahamkan, upacara adat yang pernah dijalankan di rumah ini adalah pelantikan jawatan Datuk Andika Lembaga Suku Seri Lemak Pahang Lingkungan yang sekarang ini disandang Nor Azli Awaludin,” katanya yang turut berharap agar seni bina tradisional rumah itu dipelihara sebaiknya.
Difahamkan, sebelum ini, rumah tersebut didiami Kubun Karim iaitu moyang Sharifah Fazilah.
Apabila moyangnya telah meninggal dunia, waris rumah ini diperturunkan kepada Zainab Raja Bakar nenek kepada Sharifah kemudian mewariskan pula kepada ibu Sharifah, iaitu Raja Azizah Raja Omar.
Salasilah keturunan Kubin Karim Suku Seri Lemak Pahang Lingkungan (Senaling) Datuk Andika Haji Nor Azli Awaludin juga dipamerkan di rumah ini.
Perlis Indra Kayangan
Tidak banyak tempat yang dilawati, hanya ke Kangar, Wang Kelian dan Padang Besar.
19 Dis 2015
Perjalanan dimulakan pada lebih kurang pukul 4.00 petang menyusuri lebuh raya utara selatan.
19 Dis 2015
Perjalanan dimulakan pada lebih kurang pukul 4.00 petang menyusuri lebuh raya utara selatan.
Tempat penginapan dituju hanya di Seri Malaysia Kangar, agak selesa juga,anak pun senang.
Bilik mandi yang lengkap dengan keperluan |
Kolam renang |
Kangar: Pandangan dari Kg Bakau |
20 Dis 2015-Pagi
Pendakian telah bermula |
Apa sudah jadi? |
Pos Imigresen dan Kastam Malaysia |
Deretan kedai Wang Kelian |
20 Dis 2015-Petang
20 Dis 2015-Malam
Dewan Undanagn Negeri |
21 Dis 2015- Perjalanan balik
Satu kg di Ayer Hitam |
Sawah padi saujana mata |
Mendaki di Torowong |
siang malam kau melambaikan bendera |
menuruni Gua Tempurung |
Perlis kami akan datang lagi, kami ingin meneroka tempat-tempat yang menarik dibumi mu.
Monday, December 14, 2015
Pengarah 'The Godfather' Pertahan Islam Sebagai Agama Keamanan
Artikel ini dipetik dari TKO sebagai simpanan dan ingatan aku juga untuk dikongsikan bersama.
Francis Ford Coppola memetik ayat al-Quran dan menegaskan Islam sebagai agama keamanan ketika diminta mengulas tentang perkembangan semasa di Festival Filem Antarabangsa Marrakesh minggu lalu.
Coppola yang merupakan ketua juri bagi festival filem tersebut menjawab soalan wartawan tentang situasi semasa yang sering mengaitkan Islam dengan keganasan.
Selepas mengulas tentang sejarah keganasan berkaitan Islam yang perlu dikaji seawal Perang Dunia Pertama, Coppola mengkritik kumpulan pengganas yang memberi tafsiran songsang terhadap kitab suci mereka sendiri.
“Tetapi jika kamu tahu tentang Quran, ayat pertama di dalam Quran ialah: dengan nama Tuhan, yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.”
Coppola terus menyatakan terjemahan surah Al-Fatihah sehingga ayat keempat, lancar dan tegas tanpa merujuk sebarang catatan kemudan menyambung komentarnya, “Maha pemurah dan maha mengasihani. Tuhan malah mengulang ayat ini dua kali dalam satu muka surat yang sama.”
Bicara Coppola tidak terhenti di situ. Dia menyambung dengan menyebut baki terjemahan surah tersebut hingga ke ayat terakhir dan kemudian berkata:
“Sesiapa yang tahu tentang agama ini (akan tahu bahawa agama ini) mencapai kegemilangan pada kurun ke-13, tamadun yang memberikan kita sains dan matematik. Semua orang tahu akar umbi agama ini, dua perkataan paling penting, bahawa Tuhan itu pemurah lagi mengasihani. Kita percaya pada Tuhan itu agar membebaskan kita dari segala salah faham yang menyakiti ramai orang ini. Tuhan tidak mahu sesiapa disakiti.”
Francis Ford Coppola yang dilahirkan di Detroit pada tahun 1939 merupakan pengarah tersohor Hollywood yang telah mengarahkan beberapa filem terbaik sepanjang zaman seperti trilogi The Godfather dan Apocalypse Now.
Beliau juga merupakan antara enam orang dalam sejarah anugerah Academy yang pernah memenangi Oscar bagi kategori penerbitan, arahan, dan lakon layar.
--Awani
Sunday, December 13, 2015
Taiping (2)
Cuaca sewaktu sampai disini tidaklah seperti diharapkan, tapi sedaya mungkin dicuba juga untuk sampai kesusuatu tempat dengan selamat dan sebaik mungkin memenuhi keinginan membuat shoot terbaik. Jangan dilupa Taiping ialah bandar yang lembab.
Masih lagi disekitar Taiping
Taman Tasik |
Salah sebuah bangunan pasar |
Bangunan dibawah seliaan majlis |
Satu lagi bangunan seliaan majlis |
Dalam perjalanan ke Kuala Sepetang singgah di Muzium Matang@Kota Ngah Ibrahim Matang.
Kota Ngah Ibrahim |
Makam Ngah Ibrahim |
Bukan nelayan saja yang berehat, bot mereka juga turut melepaskan lelah |
Tugu landasan keretaapi Kuala Sepetang @ Port Weld |
Burung helang ini boleh dipanggil dengan hanya meniup wisel |
25 Nov 2015-Kuala Sangga. Dengan menaiki bot selama lebih kurang 30 minit dan tambang berpatutan kita boleh sampai di tempat yang begitu asing dan jauh tanpa adanya jalan raya dan deruan kereta.
Chelet ditengah kuala sungai |
Sebuah keluarga menekmati makan malam |
26 Nov 2015-Perjalanan balik singgah dulu di satu lagi tempat bersejarah Istana Kellies.
Terjumpa pulak satu ciptaan Allah yang tak pernah aku ketahui, kelapa tanpa bunga mayang.
Bagaimana dengan hasrat aku untuk menaiki Maxwell Hill @ Bukit Larut. Hemmmm sampai kesudah tak kesampaian.
Saturday, December 12, 2015
Ke Taiping Lagi (1)
Kali kedua ke Taiping dengan hasrat menaiki Bukit Larut. Perjalan dimulakan seawal pukul 7.30 pagi hari sabtu 25 November 2015 yang lalu.
Perhentian Pertama: Hentian Sungai Perak |
Perjalanan diteruskan ke Kemunting menumpang di homestay yang tersangat murah sekitar RM 40 semalam dengan kemudahan yang baik, bilik air yang bersih, katil yang selesa untuk seorang backpacker.
Hati mula menjadi gundah, hujan sudah mulai turun, mungkin hasrat menaiki Bukit Larut (Maxwell Hill) akan terbantut sekali lagi.
Hati mula menjadi gundah, hujan sudah mulai turun, mungkin hasrat menaiki Bukit Larut (Maxwell Hill) akan terbantut sekali lagi.