Darjah kehormat Undang Luak Johol tak diiktiraf
12 OGOS 2015
SEREMBAN - Kerajaan Negeri Sembilan tidak mengiktiraf darjah kehormat yang diberikan oleh
Undang Luak Johol, Datuk Mohd. Jan Abd. Ghani pada Istiadat Pengurniaan Darjah Kehormat
dan Penghargaan 2015 pada 10 Ogos lepas.
Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, pengurniaan darjah kehormat dan penghargaan
tersebut adalah tidak selaras dengan Perkara 26 Bab 7 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan
1959 berhubung dengan kehormatan dan kebesaran-kebesaran.
"Ini adalah pendirian kerajaan negeri kerana mengikut Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan
bahawa pengurniaan darjah kehormat dan penghargaan Cuma boleh dilakukan oleh kerajaan negeri dan
Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan.
"Sehubungan itu, adalah dimaklumkan Kerajaan Negeri Sembilan dengan ini tidak mengiktiraf darjah
kehormat yang diberikan dalam majlis berkenaan," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Beliau berkata, majlis pengurniaan darjah kehormat dan penghargaan berkenaan diurus dan
dilaksana sepenuhnya oleh Balai Undang Luak Johol.
Katanya beliau membuat kenyataan rasmi ini supaya tidak ada orang yang terkeliru dan salah faham.
Anugerah Undang Luak Naning tidak sah
ALOR GAJAH 29 Mei - Majlis penganugerahan darjah kebesaran dan anugerah gelaran
kehormat yang disampaikan oleh Undang Luak Naning, Datuk Abdul Latif Hashim
kepada 43 penerima pada satu majlis tertutup Selasa lalu dianggap sebagai tidak sah.
kehormat yang disampaikan oleh Undang Luak Naning, Datuk Abdul Latif Hashim
kepada 43 penerima pada satu majlis tertutup Selasa lalu dianggap sebagai tidak sah.
Jawatankuasa Lembaga Adat Naning, Omar Ali berkata, Abdul Latif bukan lagi
Undang Luak Naning pada hari majlis penganugerahan itu berlangsung kerana telah dipecat
daripada jawatan itu pada 21 Mei.
Undang Luak Naning pada hari majlis penganugerahan itu berlangsung kerana telah dipecat
daripada jawatan itu pada 21 Mei.
Menurutnya, Abdul Latif bukan lagi Undang Luak Naning selepas Lembaga Adat Naning
yang dianggotai empat Tiang Balai bersepakat meluruhkan pesakanya (dipecat) pada 21 Mei
lalu."Tindakan memecat Abdul Latif yang juga bekas Undang Luak Naning ke-19 diambil
selepas beberapa kali Lembaga Adat memberikan surat teguran berhubung pelbagai salah
lalu adat dan sivil namun tidak diendahkan olehnya," kata Omar ketika ditemui
Utusan Malaysia baru-baru ini.

Beliau berkata, tindakan Abdul Latif itu disifatkan sebagai satu penderhakaan kepada kerajaan
negeri dan Yang Dipertua Negeri serta jelas melanggar Perlembagaan Negeri. Katanya,
istiadat seumpama itu tidak pernah dilakukan oleh Undang Luak Naning yang terdahulu
sejak wujudnya institusi Adat Perpatih Naning lebih 300 tahun dahulu.

Sementara itu, Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam baru-baru ini memberitahu,
anugerah darjah kebesaran dan pingat gelaran kehormat yang diadakan tidak diiktiraf
kerajaan negeri.Ini kerana, menurut beliau, pihaknya tidak dimaklumkan mengenai
penganjuran majlis tersebut oleh mana-mana pihak berkaitan.

Katanya, darjah kebesaran dan anugerah gelaran yang disampaikan itu adalah tidak sah
dan tidak diiktiraf oleh kerajaan kerana hanya Yang Dipertua Negeri sahaja yang mempunyai
hak mengurniakan sebarang darjah kebesaran. Beliau berkata, penerima seharusnya
memeriksa dengan bahagian protokol negeri terlebih dahulu bagi mengetahui sama ada
darjah dan gelaran yang dianugerahkan itu diwartakan oleh kerajaan negeri atau tidak.

© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.