Sesiapa yang berminat
dengan barang-barang antik dan terpakai bolehlah berkunjung ke Seremban
tepatnya Jalan Utam Singh. Kok ado yang nak boniago pun boleh pukul talipon
yang ado numbo kek bawah tu. Tanyolah apo-apo yang patut.
Nak bohgi tau yo, antik tu dari bahasa Latin makno antiquus “tua” ialah
bondo menarik yang sudah berusia tua atau barang lamo. Mengikut Akta
Purba 1976, jika sesuatu barangan berusia melebihi 100 tahun dan mempunyai
nilai sejarah, barulah ia disebut antik. Tetapi selepas Akta Warisan Kebangsaan
2005 digubal, barangan antik merujuk kepada barangan yang sudah melebihi usia
50 tahun. Bilo boli jangan lupo mintak resit, kok toboli barang yang disakau.
Lain-lain
lokasi pasar yang menjual barangan lama dan antik:-
1.
Petaling Street, Kuala Lumpur-Setiap hari dari 6.00pg-10.00pg
2. Amcorp
Mall, Kuala Lumpur-Sabtu dan Ahad 9.00pg-5.00ptg
3.Pasar
Loken, Ipoh-Ahad 7.00pg-1.00ptg
4.Pasar
Rope Walk, Butterworth-Setiap hari 9.00pg-5.00ptg
5.Jalan
Hang Lekir/Jonker Walk,Melaka-Ahad 9.00pg-3.00ptg
6.Lorong
Kulit, Pulau Pinang-Setiap hari 8.00pg-1.00ptg Sabtu dan Ahad 8.00pg-2.00ptg
7.Muar-Sabtu
dan Ahad 8.00pg-6.00ptg
8.Jalan Fatimah,Batu Pahat-Jumaat-Ahad 7.00pg-1.00ptg
Bagi memeriahkan lagi pasar ini, Majlis Perbandaran Seremban memperkenalkan jualan barang-barang terpakai kepada para penggunjung sebagai tarikan baru. | |
Pasar Warisan Majlis Perbandaran Seremban Sekarang dikenali sebagai PASAR ANTIK DAN BARANG-BARANG TERPAKAI mulai tarikh 1hb. Mei 2008. Pasar ini terletak dijalan Utam Singh, Seremban. Ianya beroperasi pada setiap hari minggu (Ahad) bermula jam 8.00 pagi hingga jam 5.00 petang. | |
Sesiapa yang berminat berniaga disini bolehlah menghubungi Jabatan Sukan, Rekreasi, Kebudayaan dan Warisan Majlis Perbandaran Seremban, Komplek Sukan Negeri, Paroi. No. Tel/Fax : 06-766 7672 | |
Konsep Pasar ini adalah menjual pelbagai barangan jualan seperti kraftangan, barang antik, tembikar, Komputer terpakai, buku-buku lama, bunga hidup dan bonsai, makanan kering, hiasan dinding, lukisan dan herba tradisional dengan harga berpatutan. Terdapat juga disediakan sudut bagi seniman jalanan pelukis dan nyanyian bagi menampilkan hasil karya seni mereka. |
p/s:cubo poi ke senia
No comments:
Post a Comment