Al-Quran

Sunday, May 3, 2015

Mengenali Barangan Lama

Cuti dua hari aku pulang ke kampung mengemas stor dirumah yang telah lama ditinggalkan. Terjumpa la barang-barang yang telah lama terkumpul. Ada piring yang bercopkan 'made in england' terlupa pulak nak suruh dia senyum...uugraah...

Dibawah ini sebahagian darinya



Ditempat lain rasanya tidak ada yang mengunakan capah. Diperbuat dari kayu/banirnya dipotong dan dibentuk seperti besen bekas air. Hanya menggunakan peralatan yang rengkas seseorang tukang dapat menyiapkannya dalam seminggu mengikut saiznya.

Kegunaan ialah selepas kelapa diparut atau dikukur untuk mendapatkan santannya isi kelapa tadi diperah dalam capah. Semasa kenduri kendara capah digunakan juga untuk menempatkan pulut yang baru dikukus dan digaul bersama santan.


Alamak...!salah eja pulak...harap fahamlah tu ye
Cerek Tembaga


Tak tau apa kegunaan barang di atas dan apa fungsinya pun tidak jelas hanya digunakan sebagai tempat abu rokok.


Anak-anak zaman melinium mungkin tak penah melihat,menyentuh atau menggunakan dapur minyak tanah ini. Punat yang merah berada pada kedudukan bawah itu menandakan sumbu dapur kebawah dan api padam dengan sendiri. Penutup hitam sebalah kakanpunat merah tempat mengisi minyak tanah dan yang sebelah kiri pula dawai berkepala dicucuh dulu dengan mancis untuk menyalankan sumbu dapur.

Dulang ini asalnya tidak berkaki (patah). Aruah ayah mendapat idea menggunakan bahan terbuang tutup lampu minyak tanah. Kebetulan tutup lampu diperbuat dari bahan yang tidak berkarat. (Tak pasti dari bahan ape...tembaga atau perak)


Inilah oven yang kakakku selalu gunakan. Nak raya mulalah sibuk mengeluarkannya. Sebab oven ini juga kakak-kakakku terpaksa berjaga malam. Kalau buat kueh dibelah siang dengan aroma yang menyelinap kadang-kadang terebsen juga puasa. Oven ini diletakkan diatas dapur minyak tanah yang lagi satu-botol minyaknya disebelah tepi (satu dapur) atau ditengah tengah (dua dapur), dapur yang ini tak tau mana ghaibnya.

Parut kelapa yang diperbuat dari kepingan besi bermata seperti duri. Cara menggunakannya isi kelapa dikeluarkan dari tempurungnya kemudian isi kelapa disagat diatasnya. Hati-hati semasa menyagat kelapa kerana silap silap tangan juga boleh tersagat--haah baru tumbuh siong.



Dua barang dibawah ini juga termasuk dalam senarai pengumpul barang walaupun agak baru.




Bila disatukan ada gaya juga:-


Ok...cukup lah tu...ada masa aku tontonkan lagi disini, berkemas tak habis lagi tu....


No comments: