Al-Quran

Sunday, April 19, 2015

Kesah Disebalik Lagu

Sudah lama juga tidak membuat posting di sini. Agak kekok juga untuk memulakan ~dimana nak mula tapi yang terlintas diminda sekarang terkenangkan kesah lampau melalui lagu-lagu yang pernah aku dengar sewaktu waktu dahulu. Seperti lagu ini bersuil iramanya sambil meniti permatang sawah sesekali berhenti bersiul untuk menghalau burung pipit sedang memakan padi yang mula menguning. Langkah diteruskan juga, dibahu batang joran dari buluh masih menemani.



Anak lelaki negeri sembilan kalau tak merantau bukan bujang namanya. Cabaran mesti diterima. Halangan apapun akan dirempuh. Hidup bersendirian semuanya perlu diuruskan sendiri.Amat terkesan apabila bulan Ramadhan dari bersahur hingga berbuka. Bangun bersahur dikejutkan jam loceng. Dulu suara emaklah yang membuatkan kita terjaga. berbuka puasa pula juadah air tangan emaklah yang paling enak walau tak semewah orang lain.


Aku cukup minat dengan penyanyi dan komposer ini. Seingat aku dari mula mengenali lagu-lagunya jarang sangat sangat lagu lagu cinta kelas bawahan yang dinyanyikan. Orang bujangan hidup diperantauan ada masa 'gerhana' juga.


Budak-budak sekarang mengungkapkan "dalam hati ade taman" tapi hatiku tetap emas.


Dalam berkelana atau kembara ini banyak dugaan dari kawan kawan, jiran tempat tinggal, alam sekeliling juga memainkan peranan kepada emosi. Banyaknya dari kawan kawan dengan masalah kewangan. Maklumlah kita bujang seolah orang melihat kita tidak punya maasalah kewangan. Seolahnya tak ada tempat lainlah dia orang hendak mengadu padahal nasib sama saja.


Ada saja masalah meraka....Sehinggalah sekarang masih ada yang tak berbayar. Apakah masalah meraka agaknya.

Hutang duit senang dipinta liat dibayar. Oleh itu aku mengingatkan diriku berwaspadalah dengan duit yang dipinjam. Sebab bila meminjam  dalam situ ada janji untuk melunaskan.





Sunday, March 15, 2015

Tun Abdul Razak@ Perdana Menteri Kedua

En3 ini ingin berkongsi dan sebagai rujukan saya yang disedut dari tulisan Tan Sri Abdullah Ahmad (Dolah Kok Lanas) . Sebagai Perdana Menteri yang dekat kepada rakyat, gambarnya tergantung di dinding rumahku dikampung. Dengan imejnya menghisap paip, bertongkat dan juga bush jaket melawat desa dan cerok cerok kampung yang ingin dibangunkan.


Sebelum itu dibawah adalah akronim yang berkaitan
1.MAGERAN = Majlis Gerakan Negara atau NOC = National Operations Council
2.BN = Barisan Nasional sebelum itu PERIKATAN
3.PAS = Perti Islam Se-Malaysia

Ikutilah tulisan beliau dalam Sinar Harian

Tun Razak dalam kenangan
TAN SRI ABDULLAH AHMAD
15 Mac 2015

Rabu lepas 11 Mac - jika Perdana Menteri kedua kita, Tun Razak Hussein hidup, usianya genap 93 tahun (1922 - 1976). Beliau dilahirkan di Pekan, Pahang, 11 Mac 1922 dan kembali ke rahmatullah masih muda lagi (53 tahun) di London, 14 Januari 1976, akibat penyakit leukemia dan disemadikan di Makam Pahlawan di Masjid Negara Kuala Lumpur 16 Januari. Tun Razak perdana menteri tunggal yang meninggal dalam jawatan.

Pemergiannya secara mengejut itu menjadikan rakyat Malaysia, terutama Melayu Islam dan Peribumi sebak menitis air mata kehibaan. Kehilangannya terasa sangat mengenangkan cabaran yang dihadapi oleh bangsanya sekarang.

Masa pentadbiran Tun Razak bermula dengan  Majlis Gerakan Negara (Mageran) 1969-1976. Sungguhpun bilangan Melayu Islam dan Peribumi tidak sebesar jumlah sekarang, kedudukan bangsa teras gagah walaupun tidak perkasa; dihormati dan diiktiraf demikian oleh semua sebab Tun Razak juga peka dan melindungi rakyat bukan Melayu secara adil dan saksama seperti terjamin dalam Perlembagaan.

Tun Razak antara penggubal Perlembagaan selain daripada Tunku Abdul Rahman Putra dan wakil Raja-Raja Melayu yang tidak bertolak ansur mahu dimaktubkan peruntukan khas dalam Perlembagaan kedudukan istimewa orang Melayu / Peribumi, agama Islam dan bahasa Melayu serta status sultan dan Raja-Raja Melayu.   

Tidak ramai lagi penasihat Tun Razak, ahli  panel pemikir dan informal groupnya yang masih hidup, baik dalam Umno, swasta, profesion dan bekas pegawai kerajaan. Majoriti yang masih hidup sudah memasuki usia lapan puluhan; dua tiga orang seperti kolumnis  pertengahan 70-an masih sihat walafiat, cergas dan belum nyanyuk lagi! Tiap tahun mereka yang terdekat dengan arwah memperingati 11 Mac dengan kisah manis dan pahit perjuangan memartabatkan bangsa dan agama sambil mendoakan roh Tun Razak direstui dan dirahmati ALLAH SWT.  

Selasa dan Rabu lepas, stesen TV luar negara dan MalaysiaKini ingin menemu ramah saya tentang Tun Razak dan juga 1MDB. Pada 14 Januari lalu, sempena hari kemangkatannya, saya telah ditemu bual oleh The Malaysian Insider dan memberi ucapan utama pada hari Memperingati dan Mengenang Tun Razak anjuran DAP. Lapan puluh  peratus antara hampir 250 tetamu adalah muda-mudi Melayu dan Peribumi! Minggu lepas saya menolak permintaan TV Singapura dan juga MalaysiaKini. Lantaran itu

MalaysiaKini menjemput saya menulis satu artikel dan saya telah menerimanya. Sila baca artikel yang bertajuk  Remembering Tun Razak on his 93rd Birthday - an honest, towering Prime Minister who believed in constitutional rule yang telah disiarkan oleh MalaysiKini, tanpa pindaan, pagi 11 Mac.

Sungguhpun artikel dalam bahasa asalnya (Inggeris) panjang, 1,600 perkataan, tetapi kerana difikirkan penting dalam suasana politik semasa, saya siarkan sepenuhnya dengan komentari saya dalam bahasa ibunda. Saya juga berbuat demikian kerana menyahut nasihat dan gesaan kerajaan agar rakyat Malaysia memperbaiki bahasa Inggeris mereka! Makalah ini akan disiar dalam dua siri. Berikut adalah bahagian pertama:

"I am happy to have been asked by Malaysiakini to write this article to commemorate Tun  Razak’s   93rd  birthday which falls today.

"Had  he  not died early, the history of Malaysia, and that of some of its personalities, would have been vastly different. We would be, for sure, less divisive, less orthodox and definitely less uncertain about the future.

"This is a dispassionate narrative, which I hope is a good introduction to a leader who rescued and revitalised a nation that was at a nadir in 1969.

"It was in 1954 that I was introduced to Datuk Razak bin Datuk Hussein who was then the state secretary of Pahang and deputy president of Umno. Then, civil servants could become members of any political party they chose and also hold public office.

"I got to know him closely when I became a journalist in 1957. The friendship flourished after I came back from the United States in 1962, following a two-year stint on a Congressional Fellowship.

"At age 25, I became Tun  Razak’s special officer. Then, in succession, I became his political secretary and deputy minister, chief assistant whip and a member of the Umno Supreme Council until Tun Razak’s premature death of leukemia in London on January 14, 1976. He was 53.

"I was subsequently detained under the Internal Security Act (ISA) for five years for what is now admitted to be a settling of old scores to halt my political career. What would become clear to me was the innuendo to discredit Tun Razak’s leadership.

"Tun Razak had been deputy prime minister since independence and became the director of the National Operations Council (NOC) that was established after the vicious race riots of May 1969, when a state of emergency was declared.

"Although Tun Razak held absolute power between May 1969 and September 1970 as head of the NOC, he did not seek to entrench his position, nor did he rob the Treasury, plunder the pension fund and rape the nation for natural resources.

"Instead, as soon as he thought the country had returned to normalcy, he disbanded the NOC and reinstated parliamentary democracy in September 1970, becoming the country’s second prime minister. He resisted and rebuffed the advances of many predators and con men with their suspicious deals.

"During Tun Razak’s six-year administration (1970-1976) - apart from the emergency interregnum - Umno and Barisan Nasional (BN), which he formed in 1974, emphasised constitutional rule for Malaysia. The Razak administration, I dare say, was easily more democratic, united, stable and enlightened than its successors and the people, happier."

Semasa Tun Razak mentadbir dan memimpin negara, beliau telah memulihkan keamanan juga memberi tenaga dan fokus baharu kepada rakyat terutama Melayu Islam dan Peribumi selepas peristiwa berdarah 13 Mei 1969. Itulah eranya bermula kebangkitan semula bangsa Melayu dan Umno melalui Barisan Nasional.  

Walaupun sebagai Pengarah Mageran, beliau mempunyai kuasa mutlak, beliau tidak menyalahgunakan kuasa untuk mengumpulkan harta-karun. Sebaliknya setelah dilihat keamanan pulih Tun Razak mengembalikan kuasanya kepada Parlimen. Tun Razak telah secara rela melepaskan kuasa mutlaknya menerima jawatan perdana menteri yang kedua  bertanggungjawab kepada Parlimen.

Ini jelas menunjukkan kepercayaannya kepada pemerintahan secara demokrasi ala Parlimen dan Perlembagaan. Saya berani berkata dan mereka seangkatan saya atau rakyat berumur 50-an ke atas bisa menjadi saksi bahawa Malaysia dan bangsa Melayu lebih bersatu padu, negara lebih demokratik, lebih stabil dan rakyat semua bangsa lebih bahagia kerana era itu aman, harmoni dan enlightened yakni wujud idea bebas yang disokong oleh ilmu pengetahuan.

Dalam lain perkataan, bebas daripada prasangka. Perbuatan adalah dalil yang terbesar.

Tuesday, March 3, 2015

Motivasi Orang Kite

Pelajar Orang Asli ulang-alik 20km buahkan hasil dapat 9A

JEMPOL: Kesabaran anak Orang Asli, Jay Nurellieza Arieyona Jaya, 18, berulang alik sejauh 20 kilometer untuk ke sekolah, membuahkan hasil apabila memperoleh keputusan 9A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2014, yang diumumkan hari ini.
Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Batu Kikir (Model Khas) itu berkata, kejayaan itu membuktikan golongan Orang Asli kini tidak lagi ketinggalan dalam aspek akademik kerana banyak keluarga menyedari kepentingan pelajaran.
“Walaupun saya terpaksa berulang alik setiap hari, dari rumah di Kampung Chergun untuk ke sekolah di Batu Kikir, jarak yang jauh itu langsung tidak melemahkan semangat saya untuk berusaha bersungguh-sungguh.
“Malah, keluarga saya terutama bapa serta kakak yang sedang belajar di Universiti Putra Malaysia (UPM) sentiasa memberi motivasi kepada saya untuk mengubah nasib keluarga,” katanya di sini, hari ini.
Bercita-cita menjadi ahli kimia, pelajar aliran sains itu berharap kejayaan yang dicapai olehnya dan semua anak Orang Asli mampu menghilangkan rasa rendah diri mereka untuk bersama-sama mencapai kecemerlangan akademik.

Wednesday, February 25, 2015

Satu Kehilangan Buat Penakuk Destar Negeri Sembilan

Dari Allah kita datang dan kepada Allah kita pulang

Kembalinya kerahmatullah penerima Anugeraha Karyawan Seni Tampak pembuat/penakuk destar di Negeri Sembilan Ustaz Md Isa bin Md Ali di Kampung Triang, Jelebu pada 24 Febuari 2015 dan jenazahnya selamat disemadikan ditanah perkuburan kampung tersebut hampir maghrib semalam.

Beliau semasa hayatnya pernah mengajar di Sekolah Kebangsaan Seri Menanti, ketika itu dan juga Sekolah Kebangsaan Gunung Pasir sebelum berpindah ke Jelabu dan menetap disana. setelah bersara mengajar dimasjid-masjid di daerah ini dan lain lain tempat.

Dari buku cenderemata

Dari buku cenderemata


Beliau pernah menasihati agar membuat sesuatu dengan betul dan memakai tanjak atau deta juga dengan betul, pekai berpatut patut.

Semuga Allah mencucuri rahmah ketas rohnya....

Al-Fatihah...

...amin...




Sunday, February 15, 2015

Asal usul Mukim Terachi



JIKA berkunjung ke daerah Kuala Pilah, pasti akan ditemani pemandangan cukup indah, dihiasi hijauan sawah padi, gunung ganang mendamaikan terletak di Mukim Terachi.

Mukim Terachi, dibarisi 17 kampung Tradisional bermula dari kampung Ulu Bendul sehingga bersempadanan di Simpang Seri Menanti.

Menyingkap sejarah bermulanya perkataan Terachi itu, Sinar Harian menemubual orang adat di Terachi dengan membawa gelaran Lembaga Kanan Luak Terachi, Ahmad Awaludin.

Ahmad, 65, yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Padang Lebar berkata, mengikut cerita orang dahulu, bermulanya peristiwa itu selepas orang Minangkabau meneroka kampung berkenaan.

“Di sinilah orang Minangkabau mengupah Orang Asli menebang sebatang pokok yang dikenali pokok Merbau.

“Pokok itu dipercayai sangat tinggi dan besar. Di sebalik pokok itu, mereka memberitahu lokasi pokok itu di kiri jalan jika arah Kuala Pilah.

“Difahamkan,  pokok itu turut mengeluarkan air dari akarnya. Tidak hairanlah, di sisi pokok itu terdapat satu perigi dan airnya keluar dari akar pokok Merbau,” katanya.

Disebabkan pokok tersebut terlalu besar, katanya, Orang Asli perlu mengambil tempoh yang lama untuk menebang pokok berkenaan.

“Maklumlah, zaman dahulu mana ada peralatan canggih seperti sekarang. Mereka semua gunakan beliung dan kapak semata.

“Mungkin kerana terlalu ambil masa lama untuk tebang pokok itu, orang Minangkabau berasa tertipu dengan helah Orang Asli yang melambat-lambat kerja penebangan pokok. Ini kerana pembayaran sudah dilakukan tetapi kerja tidak dilakukan.

“Maka, tercetuslah perkataan ‘tak chi’ yang membawa maksud tidak ikhlas, tidak jujur. Orang Minangkabau beranggapan mereka telah ditipu oleh Orang Asli,” katanya.

Selepas itu, katanya, dalam tempoh tersebut, Orang Asli berjaya jua menebang pokok itu dan akhirnya mewujudkan perkataan ‘ter’ chi.

"Sejak dari peristiwa itulah, tempat ini digelar Terachi," katanya.


Sejarah sebalik surau

Menurut Ahmad, kedudukan pokok Merbau itu berada di sebuah surau dua tingkat di kampung Padang Lebar, Terachi. Bagaimanapun perigi yang diceritakan oleh orang dahulu sudah tiada akibat dimamah usia.

“Surau itu turut diberikan nama Surau Perigi Merbau di Padang Lebar, Terachi. Bagi menterjemahkan nama Padang Lebar, ia bermula dari kawasan rata dan sangat luas. Oleh itulah, mereka menggelarkan Padang Lebar dan melekat sehingga kini,” katanya.

Menurutnya, usia surau tersebut melebih 100 tahun kerana dipercayai dibina abad ke-18.

“Surau ini masih aktif dengan pelbagai pengisian keagamaan dan mampu menempatkan 200 jemaah dalam satu-satu masa.

“Memandangkan ia dua tingkat, bahagian atas ditempatkan untuk kita bersolat, manakala tingkat bawah untuk solat jenazah,” katanya.

Sementara itu, Ahmad turut menyingkap tentang kewujudan salah satu khazanah peninggalan bersejarah iaitu batu megalitik yang mempengaruhi serta merujuk kepada perkembangan tradisi dan budaya masyarakat pada suatu ketika dulu.

“Batu megalitik turut tertanam di belakang surau ini. Perkataan ‘megalitik’ yang berasal dari perkataan Greek ‘mega’ yang membawa maksud besar dan ‘lithos’ iaitu batu, boleh didefinasikan sebagai batu besar yang didirikan di atas tanah secara bersendiri dan berpasangan.

“Lebih dari 10 buah batu megalitik tertanam di sini dan ia dilihat seperti hidup. Batu ini dibawah jagaan Lembaga Muzium Negeri Sembilan. Sehingga kini, tiada siapa tahu bagaimana kewujudan batu megalitik di sini.

“Difahamkan, batu ini hanya berada di sekitar Mukim Terachi,” katanya.

angkut dari senia





Saturday, February 7, 2015

Wajah Kolumpor Dulu Dulu

Mohon share....

Kuala Lumpur dinobatkan sebagai ibu negara Malaysia sebaik saja negara ini bebas dari penjajahan British. Bagaimana agaknya wajah bandaraya Kuala Lumpur suatu ketika dulu?
Kami bawakan untuk anda wajah-wajah klasik Kuala Lumpur dari zaman seawal 1880-an hingga ke zaman 90-an seperti yang telah dikongsikan diTumblr Vintage KL.
Kami percaya gambar-gambar ini pasti membawa kembali nostalgia lama buat Gen X dan memberi keterujaan untuk Gen Y mengenali Kuala Lumpur di masa silam.


1. 1888 – Sukarelawan kebakaran di Jalan High Street ( kini Jalan Tun HS Lee). Ya anda tak silap baca, ini gambar dari zaman 1888. Jauh di masa silam.

2. Sekitar 1920 – Hiasan dalaman sebuah banglow di pinggir Sg Klang. Rumah ini di diami oleh Major R.J.H Sidney, guru besar Victoria Institution.

3. 1920 – Stesen KTM


4. 1923 – Members of the (Dutch?) Far Eastern Association of Tropical Medicine sedang meninjau sistem perparitan sewaktu berkunjung ke Kuala Lumpur


 5. 1929 – Platform No 4, Keretapi Tanah Melayu
6. 1948 – Lapangan Terbang Sg Besi

7. 1950 – Warga British di Kuala Lumpur Rubber Plantation (kini bangunan Lembaga Getah Asli)

8. 1950 – Peace Corp mendarat di Lapangan Terbang Sungai Besi

9. 1953 – Isteri President Richard Nixon melawat Sekolah Perempuan Methodist


10. 1959 – Perpustakaan Universiti Malaya

11. 1960 – Pejabat IBM Malaysia di Jalan Pudu

12. 1960 – 2 bas di Jalan Sultan Sulaiman, berhampiran stesen KTM


13. 1960 – Kg Baru, wanita ini sedang berhari raya. Klasiknya!
4. 1960 –  South Building, Jalan Ampang

15. 1960 – Pasaraya Robinsons di Jalan Mountbatten (kini Jalan Tun Perak)
16. 1963 – Pelakon Willliam Holden and Tetsuro Tamba, di lokasi filen ‘Seventh Dawn’. Lokasi kemungkinan besar di Stesen KTM.

17. 1965 – Yang Dipertuan Agong, Tuanku Syed Putra di Stadium Merdeka

18. 1966 – Subang Airport. Kapal terbang yang membawa Presiden Lyndon B Johnson.

19. 1966 – wanita dan kacamata. Ini adalah di dalam bangunan Standard Chartered Bank, Jalan Melaka, KL. Teringat pop yeh yeh!

20. 1970 – Subang Airport, balai ketibaan selatan




21. 1970 – Pusat Lumba Kereta Batu 3, Shah Alam (kini dah jadi kawasan perumahan)


22. 1971 – Bangunan Abdul Samad; sewaktu banjir kilat

23. 1971 – Keratan akhbar The Straits Times bertarikh 6 Jan 1971

24. 1972 – Orkestra RTM mengiringi sebuah persembahan TV Malaysia iaitu rancangan Keroncong Merdeka 1972

25. 1976 – Miss Malaysia Cik Puteh Naziadin dan kereta Datsun 120Y. Wah wah, memang cantik lah!

26. 1980 – Kumpulan Rock! Rockers mana la ni. Anda kenal?

27. 1980 – Jalan Chow Kit

28. 1982 – Seorang pekerja mengendalikan botol minuman 7UP di kilang Kuala Lumpur Glass Manufacturers Company
29. 1983 – Di hadapan Kompleks Dayabumi. Lihatlah fesyen tudung orang dulu-dulu. 
Tapi nampaknya lebih kepada tangga Muzium Negara Kuala Lumpur


30. 1986 – Lawatan ke Tugu Negara. Nampaknya design Handbag LV memang long lasting dan tak lapuk dek zaman (alasan untuk membeli, hehe)


31. 1986 – Gambar ‘couple’ di Stesen Bas Pudu


32. 1988 – Pesawat Cessna di Lapangan Terbang Subang

33. 1989 – Petaling Street

34. 1990 – Kedai burung di Jalan Sultan, Chinatown

1947-Seorang kanak-kanak British bermain di Hotel Majestic Kuala Lumpur
1980'an Bangunan Hotel ini pernah dijadikan Balai Seni Lukis Negara

1979-Stesen Keretapi Kuala Lumpur


1989-Bangunan rumah kedai di Jalan Sultan



1989-The Mall dari dalam bangunan, 2 tahun selepas dirasmikan pada tahun 1987


Sedut dari sini dan asal dari sini