Tuesday, October 18, 2016

Pekanbaru===>Siak

Perjalanan dimulakan 8 Okt 2016 menuju ke KLIA2. Penerbangan dijadualkan pukul 7.45 pagi. Kira -kira 50 minit penerbangan telah sampai di Lapangan Terbang Sultan Syarif Kasim II Pekanbaru.

Berikut beberapa keping foto yang sempat aku shoot di Pekanbaru.











Badan dah penat kerana menempuh perjalanan dari pagi hingga malam dan bergegas shoot persiapan musabaqah al quran provensi Riau ke XXXV 2016 di kota Pekanbaru yag dijadualkan dari 8 Oktober hingga 16 Oktober 2016, aku pulang ke hotel kerana besok akan bertolak ke Siak.

Acara di Siak ialah menghadiri "Siak Bermadah" dan juga Pawai Budaya.  Dari Pekanbaru ke Siak perjalanan darat dua jam lebih.

Setibanya di Siak tempat pertama yang dikunjungi adalah Istana Kesultanan Siak. Istana dari batu dua tingkat ini dijadikan muzium menyimpan beberapa khazanah peninggalan kesultanan Siak. 

Sultan Siak yang terakhir memerintah adalah Sultan Syarif Kasim II. Syarif Kasim adalah anak kepada Sultan Syarif Hashim, sultan Siak ke 11. Sultan Syarif Kasim II naik takhta pada usia yang muda kira-kira berumur 23 tahun adalah sultan Siak yang ke 12 dan terakhir memerintah dari 1915-1946.


Walaupun mempunya beberapa isteri Sultan Syarif Kasim II tidak dikurniakan zuriat. Beliau juga menyokong penuh tentang tuntutan kemerdekaan Indonesia. Tidak lama setelah prolamasi beliau menyatakan kesultanan Siak adalah sebahagian Indonesia. Sultan Syarif Kasim II menyerahkan kekayaan dan mahkota pemerintahan kerajaan Siak Sri Indrapura kepada pemerintahan pusat.

Sultan Syarif Kasim II lahir pada 1 Disember 1893 di Rumbai, Pekanbaru dan meninggal pada 23 April 1968 pada umur 74 .

Komet, sejenis muzik gramopon piring dibuat dari besi
(Aku berpeluang mendengar muzik darinya)

Mahkota kesultanan Siak Sri Indrapura
yang asli disimpan oleh kerajan pusat di Jakarta






Senjata keris dan lain -lain diatas sebahagian adalah hadiah yang diterima oleh Sultan Syarif Kasim II (penjaga istana/muzium)

Kerana kepahlawanan Sultan Syarif Kasim II dan sumbangannya terhadap pejuangan kemerdekaan Indonesia maka pada tahun 1998 Presiden Republik Indonesia ketika itu BJ Habibie telah mengurniakan Bintang Mahaputera Adipradana  kepada beliau.



Tunggu...ada lagi....



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.