kemaskini...
Berikut beberapa foto yang sempat di copy dari whatsApp group.
Katanya ini pelantikan undang luak Jelebu ke 16, individu kedua. Nak gelak pun ada....
Bilo nak aman ni...asik botokak pasal ni yo. Banyak kojo lain lai yang perlu dibuek. Dunio nak kiamat tak soda ko. Boghobutkan umpok orang.
Ni lai satu....yang pandai politik usahlah nambah sudu lai, maso awak dah lopeh...
Kok nak jadi penasihat tu bialah elok-elok, jangan nambahkan koruh lai...lopak orang....adat orang biar lah dio orang solosai an.
Isu Undang Luak Jelebu: MB nafi beri kebenaran
1 JUN 2016
Mohamad Hasan
SEREMBAN - Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan menafikan dakwaan kononnya beliau dan Dewan Keadilan membenarkan upacara pengisytiharan lantikan baharu Undang Luak Jelebu yang dijadualkan berlangsung esok.
Beliau berkata ia adalah satu pembohongan dan menegaskan bahawa Balai Undang Luak Jelebu adalah hak kerajaan negeri.
"Tiada pihak boleh sewenang-wenangnya menggunakan lokasi itu termasuk untuk mengadakan upacara pengisytiharan yang dijadualkan berlangsung esok... tiada siapa boleh guna melainkan seorang Undang yang telah disahkan Dewan Keadilan dan diperakui kerajaan negeri. "Tempat itu (Balai Undang) kita akan kunci...saya harap supaya semua penjawat awam tidak salah faham kerana ini (upacara pengisytiharan) tiada kena mengena dengan kerajaan negeri," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Exco Negeri di sini hari ini.
Mohamad mengulas dakwaan pihak tertentu kononnya beliau dan Dewan Keadilan telah memberi kelulusan untuk Balai itu digunakan bagi upacara pengisytiharan itu.
Pada 8 April lepas Pemangku Undang Luak Datuk Menteri Sah Mangku Alam Raja Sehari, Tarmizi Selamat mengisytiharkan Datuk Mendika Menteri Akhirulzaman Muhamad Azafean Muhamad Fahmi, 39, sebagai Undang Luak Jelebu ke-16, berikutan kematian Undang Luak Jelebu Ke-15 Datuk Mendika Menteri Akhirulzaman Datuk Musa Wahab pada 11 Sept, 2014.
Sehari kemudian, Datuk Menteri Sah Mangku Alam Raja Sari Ismail Md Zin menyatakan tindakan Tarmizi membuat pengistiharan nama Undang Luak Jelebu ke-16 itu adalah tidak mengikut aturan adat yang menjadi amalan Luak Jelebu. - Bernama
dari sini
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.