Adat kerjan atau koghojan dalam dailek Negeri Sembilan terpakai kepada orang kebanyakan yang menjawat atau menyadang pusaka adat. Koghojan juga terpakai kepada undang yang empat .
Apabila seseoramg dipilih menyandang pusaka adat setelah dipilih oleh anak anak buah dalam suku-suku yang berkaitan adat kerjan akan dilakukan dalam suku atau luak (bagi undang) yang berkenaan.
Adat ini dilakukan untuk menghebahkan atau memberi tahu anak-anak buah yang individu itu telah dipilih menyandang pusaka adat dan mengetuai suku berkenaan.
Pemilihan dalam adat perpatih ini dilakukan secara demokrasi, dari bawah keatas, atas pemilihan anak-anak buah. Seperti kata adat
bulat air kerana pembentung
bulat kata kerana muafakat
bulat anak buah menjadi buapak
bulat buapak menjadi lembaga
bulat lemaga menjadi penghulu
bulat penghulu menjadi undang
bulat undang menjadi raja
Setelah itu anak-anak buah terutamanya dalam suku berkenaan haruslah menghormati ketua adat ini sewajarnya. Katua-ketua adat ini juga wajib menjaga tingkah lakunya seiring penghormatan yang diberi oleh anak-anak buahnya. Begitu juga apabila ada kenduri kendara disebelah keluarga isterinya
dato' lembaga itu tidak boleh diperlakukan seperti orang semenda yang lain begitu juga isterinya tidaklah elok baginya menyinsing lengan seperti orang lain.
Adat kerjan dilakukan oleh orang kebanyakan yang menyandang pusaka dato' lembaga manakala adat pertabalan pula bagi Yamtuan setelah dipilih oleh datuk-datuk undang yang empat.
Berikut ialah dokumentari pertabalan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan yang ke 12 Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir pada 26 Oktober 2009
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.