15 JANUARI 2016
Anakanda Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tunku Alif Hussein Saifuddin Al-Amin ibni Tuanku Muhriz (duduk tengah) telah mangkat di Hospital Canselor Tuanku Muhriz hari ini. - Foto Bernama |
SEREMBAN - Putera bongsu Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, Tunku Alif Hussein Saifuddin Al-Amin, disahkan mangkat kira-kira jam 11.55 pagi tadi di Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Kuala Lumpur, hari ini.
Menurut Setiausaha Kerjaan Negeri, Datuk Mat Ali Hasan, jenazah almarhum akan dibawa ke Istana Besar Seri Menanti untuk urusan pemakaman pada hari ini.
Katanya, pemakaman Almarhum Tunku Alif Hussein Al-Amin akan diadakan secara tertutup melibatkan kehadiran kerabat terdekat sahaja.
Tunku Alif Hussein Saifuddin Al-Amin diputerakan pada 3 September 1984, dan merupakan putera ke tiga.
Baginda merupakan adinda kepada Tuanku Besar Seri Menanti, Tunku Ali Redhauddin dan Tunku Zain Al’Abidin.
Almarhum Tunku Alif Hussein Al-Amin mangkat pada usia 32 tahun.
*************************************************************************************************************
Ketentuan Allah, sehari selepas Yamtuan menyambut hari keputraan baginda ke 68 anakandanya pulang menemui Khalidnya. Semuga roh anakanda baginda ditempat bersama-sama roh orang yang solleh.
Sembah Tahziah diucapkan kepada keluarga ini.
Hujan mengiringi pemergian tunku alif
dari fb sahabat |
Kredit foto en mohd shahrudin |
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.