Imbau memori Negeri Sembilan dulu-dulu
WARTAWAN SINAR HARIAN
18 SEPTEMBER 2015
Seorang guru menerangkan kepada kanak-kanak tadika tentang gambar yang dipamerkan di Muzium Negeri Sembilan.
SEREMBAN – Sempena dengan sambutan Kemerdekaan Negara dan Hari Malaysia tahun ini, Muzium Negeri Sembilan mengadakan pameran ‘Negeri Sembilan Dulu-Dulu’ bermula semalam sehingga 20 November ini.
Kurator Lembaga Muzium Negeri Sembilan, Aziz Mohd Gorip berkata, lebih 100 gambar menarik tentang peristiwa penting yang berlaku di negeri ini, gambar tokoh tertentu serta bangunan lama termasuk pelbagai barangan antik dipamerkan.
“Koleksi gambar ini kita dapat daripada agensi seperti Majlis Daerah dan Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan. Pameran ini seperti menceritakan kepada kita bagaimana keadaan di negeri ini suatu masa dulu dan kita dapat bandingkan dengan yang ada sekarang.
“Sepanjang pameran ini, kita juga adakan pelbagai aktiviti seperti pertandingan mewarna kanak-kanak, kuiz dan sehari bersama tokoh," katanya pada sidang media diadakan di sini, semalam.
Selain itu katanya, tujuan pameran itu diadakan untuk melahirkan rasa cinta kepada negara khususnya bagi generasi muda yang tidak mengetahui tentang kepayahan mencapai kemerdekaan.
“Pameran ini dibuka pada setiap hari bermula jam 10 pagi hingga 6 petang dan masuk adalah percuma. Saya menyasarkan seramai 15,000 pengunjung dalam tempoh dua bulan pameran ini diadakan.
“Jadi saya minta kepada masyarakat khususnya ibu bapa, bawalah anak-anak ke pameran ini, tunjukkan kepada mereka sejarah Negeri Sembilan yang mungkin tidak pernah mereka tahu," katanya.
Moh laa poi.....
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.