Pelajar Orang Asli ulang-alik 20km buahkan hasil dapat 9A
JEMPOL: Kesabaran anak Orang Asli, Jay Nurellieza Arieyona Jaya, 18, berulang alik sejauh 20 kilometer untuk ke sekolah, membuahkan hasil apabila memperoleh keputusan 9A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2014, yang diumumkan hari ini.
Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Batu Kikir (Model Khas) itu berkata, kejayaan itu membuktikan golongan Orang Asli kini tidak lagi ketinggalan dalam aspek akademik kerana banyak keluarga menyedari kepentingan pelajaran.
“Walaupun saya terpaksa berulang alik setiap hari, dari rumah di Kampung Chergun untuk ke sekolah di Batu Kikir, jarak yang jauh itu langsung tidak melemahkan semangat saya untuk berusaha bersungguh-sungguh.
“Malah, keluarga saya terutama bapa serta kakak yang sedang belajar di Universiti Putra Malaysia (UPM) sentiasa memberi motivasi kepada saya untuk mengubah nasib keluarga,” katanya di sini, hari ini.
Bercita-cita menjadi ahli kimia, pelajar aliran sains itu berharap kejayaan yang dicapai olehnya dan semua anak Orang Asli mampu menghilangkan rasa rendah diri mereka untuk bersama-sama mencapai kecemerlangan akademik.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.