Adat bersendi hukum
Hukum bersendi Kitabullah
Adat tak lapuk dek hujan
Tak lekang dek panas
Diinjak layu dicabut mati
Baru-baru ini di Luak Jelebu telah berlangsung satu acara adat Majlis Kerapatan Menampong Anak-Anak Buah Waris Menteri YAM Dato' Menteri Sah Mangku Alam Raja Sari Hj Mat Tarmizi bin Selamat Pemangku Undang Luak Jelebu. Ianya telah dihadiri oleh Dato' Dato' Lembaga adat, ibu-ibu Soko dan anak-anak buah dari 'Perut 'yang berkaitan.
*Dari buku Negeri Sembilan Gemuk Berpupuk Segar Bersiram - Luak Jelebu.
Dato' Menteri adalah Tali Adat dan juga Lunas Lembaga dan Dato' Ombi sebagai Tali Pesaka mempunyai jurai yang sama disebabkan mereka adik beradik. Empat perut Dato' Menteri itu ialah:
1.Perut Meribung........................Gelaran Buapak -- To' Lela Raja
2.Perut Kampung Tengah............Gelaran Buapak -- To' Beremban
3.Perut Durian Daun....................Gelaran Buapak -- To' Amar Pahlawan
4.Perut Mengkan.........................Gelaran Buapak -- To' Dagang @ To' Siamar Dagang
Perut Dato' Ombi pula ialah:
1.Perut Larong Hulu.....................Gelaran Buapak -- To' Senara Sakti
2.Perut Teriang.............................Gelaran Buapak -- To'Imam Perang
3.Perut Larong Hilir......................Gelaran Buapak -- To' Lela Perkasa

Persiapan Alatan Adat |
Diatas terdapat Tabir Lelangit dan dibawah Lebah Bergayut |
Deta, Tilam Pandak, Tepak Sirih, Tikar Pandak Dan Tabir Lingkung |
Pendaftaran Mengikut Perut |
Sebahagian Anak Buah Waris |
Anak dipanggil makan
Anak buah disorong balas
Kata diseru: Dato' Menteri Sah Mangku Alam Raja Sari Hj Mat Tarmizi bin Selamat Pemangku Undang Luak Jelebu |
Banyak samo disuap sikit samo dicolek, orang memberi kita merasa buah tangan atau boko dari Dato' Menteri untuk anak buah supaya balik tidak berlenggang |
Samo banyak samo moghaso |
Setelah mustaid dijambarkan hidangan |
Kata perbilangan adat;
Bulat air kerana pembentung (buluh)
Bulat anak buah menjadi buapak
Bulat buapak menjadi lembaga
Bulat lembaga menjadi undang
#Tulisan ini secara ringkas sahaja, jika ada kemuskilan sila rujuk kepada pemuka adat yang lebih arif dan buku-buku berkaitan. Malu botanyo sosek jalan, sosek hujung jalan balik pangka jalan. Kok ado yang tak boto sila maklumkan kepada saya.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.