Tun Ghafar Baba |
Dilahirkan di kampung Tobek Kogheng, Kolo Pilah 18 Februari 1925. Kampung yang agak terpencil pada waktu itu. Pendidikan terakhir di Maktab Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim (sekarang UPSI) dari 1946-1949. Berada dalam politik sejak Malaysia Merdeka dengan berbagai-bagai jawatan. Seorang yang setia kepada partinya. Jawatan terakhir beliau ialah Timbalan Perdana Menteri dibawah Tun Mahathir Mohammad dari bulan Mei 1986 hinggga Oktober 1993. Beliau pernah menyandang jawatan pemangku Presiden MCA sewaktu pergolakan antara Tan Koon Swan dengan Tan Sri Neo Yee Pan-antara 1983 -1985. Anda boleh baca di sini. Pada tahun 1989 memangku jawatan Perdana Menteri sewaktu Dr Mahathir menjalani pembedahan jantung. Tun Ghafar kembali kerahmatullah pada 23 April 2003.
Tan Sri Abu Zahar Ujang |
Lulusan undang-undang Lincoln's Inn, London. Bekas presiden Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia. Pernah menjadi presiden Persatuan Peguam-peguam Muslim Malaysia. Juga pernah menjawat Timbalan Penguasa di Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman tahun 1979. Mulai 26 April 2010 menjawat Yang Dipertua Dewan Negara hingga sekarang, baca link di sini. Pernah menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri Pilah dari 1986 - 1995 dan pernah menjadi Ahli parlimen Kuala Pilah 1995 - 1999.
Jeneral Tan Sri Dato' Abdul Aziz Zainal |
Dilahirkan pada 26 Ogos 1951. Pernah memimpin MALCON III kontijen Malaysia di Bosnia dibawah NATO dari 1996-1997. Panglima Tentera Darat ke 21 dari 9 September 2004 hingga 31 Januari 2007. Jawatan terakhir dalam perkhidmatan tentera sebagai Panglima Angkatan Tentera dari 1 Februari 2007 hingga 31 Ogos 2009. Setelah bersara dari perkhidmatan tentera selama 40 tahun beliau pernah dilantik sebagai duta Malaysia ke Perancis pada 3 Julai 2010.
Selamat mambaca...
Lain-lain rujukan di sini dan di sini
No comments:
Post a Comment